Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Shah Alam | Pengedar Vivix Shaklee Shah Alam
Viewing all 145 articles
Browse latest View live

Apa Nak Buat Jika Ada Kesan Adverse Selepas Imunisasi/ Vaksin

$
0
0

Apa Itu Vaksin dan Imunisasi

Imunisasi merupakan proses pemberian vaksin kepada seseorang untuk meningkatkan imun system terhadap penyakit berjangkit yang merbahayakan nyawa. Vaksin atau dikenali sebagai antigen (virus atau bakteria) yang mati atau yang dah dilemahkan akan disuntik ke dalam badan atau ada juga yang diberikan secara oral (makan). Selepas itu, badan akan bertindak balas dengan hasilkan antibody baru dan sel-sel memori yang akan kenal kepada ciri virus @ bakteria tadi dan akan menyerang virus @ bakteria jika ada serangan berlaku.

Program imunisasi dikatakan sebagai cara terbaik untuk melindungi seseorang terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang lebih lemah seperti bayi dan kanak-kanak daripada terkena serangan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.

Mengikut sejarah, program imunisasi telahpon dapat mengawal dan menghapuskan penyakit berjangkit yang mengancam nyawa. Dalam rekod, dianggarkan antara 2-3 juta kematian setiap tahun dapat dielakkan melalui program imunisasi

<

Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia

Di Malaysia, Program Imunisasi Kebangsaan telahpun diperkenalkan sejak awal tahun 1950an lagi dan diberikan secara percuma kepada kanak-kanak untuk melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang berbahaya bagi golongan tersebut.

Senarai penyakit berbahaya yang boleh dicegah dengan vaksin bagi kanak-kanak termasuklah seperti;

  • difteria,
  • kancing gigi,
  • batuk kokol,
  • jangkitan Haemophilus influenza jenis b,
  • hepatitis B,
  • demam campak,
  • beguk,
  • rubella,
  • batuk kering,
  • polio dan
  • beberapa penyakit yang disebabkan oleh papillomavirus manusia.

Program ini ada disediakan secara percuma di semua klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.

Ibu bapa bertanggungjawab dan mempunyai pilihan untuk memastikan anak mereka dilindungi daripada penyakit berjangkit berbahaya yang boleh dicegah dengan vaksin dengan mengikuti jadual imunisasi kebangsaan Malaysia (seperti di bawah) dan memastikan anak mereka menerima setiap vaksin pada tempoh masa yang ditetapkan.

>

>

Kesan Advers Selepas Imunisasi (AEFI)

Kesan advers selepas pelalian atau lebih sinonim dengan Adverse Events Following Immunization (AEFIs) adalah sebarang kesan advers yang dialami setelah pelalian dan tidak semestinya mempunyai kaitan dengan vaksin yang digunakan. Kesan advers yang berlaku berkemungkinan adalah sesuatu yang tidak dijasangka, penemuan bacaan makmal yang tidak normal, timbulnya gejala-gajala atau penyakit. Kesan advers yang dilaporkan berkemungkinan adalah disebabkan oleh vaksin atau proses imunisasi itu sendiri atau mungkin hanya secara kebetulan sahaja.

Pada tahun 2012 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengemaskini jenis atau klasifikasi AEFI kepada beberapa jenis iaitu reaksi berkaitan vaksin, reaksi berkaitan kualiti vaksin, reaksi berkaitan kesilapan immunisasi, reaksi berkaitan kegelisahan semasa immunisasi dan reaksi kebetulan.

Reaksi Terhadap Vaksin

Terdapat dua jenis reaksi atau tindakbalas terhadap vaksin iaitu tindakbalas yang biasa dan ringan atau tindakbalas yang jarang dan lebih serius. Kebanyakan reaksi vaksin adalah ringan dan sembuh dengan cepat seperti reaksi pada tempat suntikan dan demam. Reaksi yang lebih serius seperti anafilaksis adalah sangat jarang berlaku dan, secara amnya, tidak menyebabkan masalah jangka panjang.

>

Cara Menguruskan Kesan Advers Selepas Imunisasi

1. Pemerhatian Selepas Menerima Vaksinasi

Penerima vaksin harus diletakkan di bawah pemerhatian anggoto kesihatan di fasiliti yang memberi suntikan bagi waktu yang singkat, sekurang-kurangnya 15 minit selepas suntikan untuk memastikan bahawa mereka tidak mengalami sebarang kesan advers yang berlaku secara tiba-tiba. Kejadian anafilaksis serius biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh 10 minit selepas menerima suntikan dan boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dirawat dengan serta-merta.

Kesan advers selepas imunisasi yang paling serius ialah anafilaksis. Walau bagaimanapun, di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih berusia, kesan advers yang sering berlaku dengan cepat adalah episod vasovagal (pengsan), sama ada ia berlaku serta-merta atau beberapa minit selepas suntikan. Oleh itu, sesiapa yang mengadu pening sebelum atau selepas vaksinasi harus dinasihatkan supaya berbaring sehingga bebas daripada gejala bagi mengelakkan sebarang kesan buruk akibat dari jatuh. Kesan advers pengsan selepas imunisasi biasanya berlaku dalam tempoh 5 minit dan kebanyakannya berlaku dalam tempoh 30 minit selepas suntikan.

2. Mengendalikan Reaksi pada Tempat Suntikan

Kesan advers pada tempat suntikan seperti kemerahan, gatal-gatal, bengkak atau pedih adalah perkara biasa dan akan sembuh dalam 1 ke 2 hari selepas suntikan. Ubat penahan sakit seperti Paracetamol mungkin diperlukan untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Kadang-kala, terdapat ketulan kecil dan keras yang berterusan untuk beberapa minggu atau bulan tetapi ianya tidak memerlukan rawatan.

3. Mengendalikan Demam Selepas imunisasi

Paracetamol mungkin diperlukan jika bayi atau kanak-kanak mengalami demam yang tinggi berikutan vaksinasi. Dos paracetamol adalah 15 mg/kg, dan dos maksimum adalah sebanyak 75 mg/kg sehari. Teknik sponging boleh membantu dalam mengurangkan suhu badan yang tinggi dan memastikan pengambilan kuantiti air yang lebih daripada biasa kepada bayi atau kanak-kanak. Sekiranya suhu badan bayi tinggi, elakkan memakai pakaian yang berlebihan.

<

Sistem Pemantauan Keselamatan Vaksin

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) berperanan untuk memantau keselamatan ubat dan vaksin yang didaftarkan di Malaysia. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan bertanggungjawab untuk mengumpul semua laporan kesan advers berkaitan produk farmaseutikal termasuk vaksin. Semua laporan kesan advers yang dilaporkan akan didokumentasikan manakala kes-kes serius selepas imunisasi akan disiasat dengan segera bagi mengenalpasti punca kejadian kesan advers berkaitan. BPFK seterusnya akan membuat siasatan lanjut dari aspek kualiti produk dan tindakan regulatori akan diambil berdasarkan keputusan siasatan. Jenis tindakan regulatori yang boleh diambil adalah penggantungan pendaftaran produk, panggil balik produk atau pembatalan pendaftaran produk.

Sistem pelaporan kesan advers ubat atau vaksin ini telah diperkenalkan di Malaysia bagi membolehkan anggota-anggota kesihatan untuk mengambil bahagian dalam pemonitoran keselamatan ubat-ubatan dan vaksin dengan cara melaporkan kesan advers yang ditemui. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat latihan kepada anggota-anggota kesihatan tentang kepentingan untuk melaporkan kejadian AEFI seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Farmakovigilans Vaksin KKM. Latihan berterusan masih dan akan diadakan dengan lebih giat lagi bagi mempertingkatkan kesedaran di kalangan anggota kesihatan dan ibubapa/penjaga atau pengguna untuk melaporkan kejadian kesan advers selepas imunisasi.

<

Pelaporan Kesan Advers Selepas Imunisasi di Malaysia

Orang awam, ibubapa atau penjaga kanak-kanak yang mengalami sebarang kesan advers selepas imunisasi perlu melaporkan dengan kadar segera. Borang bercetak (Lampiran A) boleh diperolehi dari hospital, klinik atau farmasi komuniti dan dihantar melalui mel biasa ke alamat:

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan,
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan,
Peti Surat 319, Pejabat Pos Jalan Sultan,
46730 Petaling Jaya
atau
Faks ke nombor 03-79567151.

Orang awam/ibubapa/penjaga boleh mengembalikan borang berkenaan yang telah diisi kepada fasiliti kesihatan dimana suntikan diberikan dan borang tersebut akan memanjangkannya kepada BPFK. Selain itu, borang tersebut juga boleh didapati dan dicetak dari laman web BPFK atau boleh dihantar secara online di www.bpfk.gov.my

<

Kebaikan Pelaporan Kesan Advers Selepas Imunisasi

Sistem pelaporan yang diwujudkan di Malaysia dengan menggalakkan anggota-anggota kesihatan, orang awam, ibubapa atau sesiapa sahaja untuk melaporkan kejadian kesan advers adalah bertujuan untuk memastikan bahawa sebarang isyarat keselamatan dapat dikesan, dianalisa dan diambil tindakan dengan segera, sekiranya perlu.

BPFK sebagai Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan memantau secara berterusan semua kejadian kesan advers ubat termasuk kesan advers selepas imunisasi yang dilaporkan dan membuat analisa dan penilaian bagi memastikan semua ubat termasuk vaksin yang digunakan/dipasarkan di Malaysia adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Sekiranya terdapat keadaan dimana sesuatu ubat/vaksin itu didapati risiko penggunaanya melebihi munafaat kepada pesakit/pengguna, maka tindakan regulatori sewajarnya akan diambil bagi melindung keselamatan pesakit/pengguna di Malaysia.

Orang awam digalakkan untuk melaporkan kesan advers ubat atau kesan advers berikutan imunisasi kerana laporan-laporan tersebut sangat berguna dalam mengesan sebarang isyarat keselamatan berkaitan dengan penggunaan ubat-ubatan/vaksin.

>

>

Rujukan

Hasil tulisan Nurulhuda bt. Hamdan 24 Jun 2015 Akreditor oleh Rokiah bt. Ishak Kementerian Kesihatan Malaysia

  1. Guidelines for immunization programme managers on surveillance of adverse events following immunization, Second Edition
  2. http://www.immunise4life.my/
  3. http://www.who.int/topics/immunization/en/
  4. Immunization Safety Surveillance


Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik

$
0
0

Hah bestkan. Dalam 20 minit pon tanpa sedar sebenarnya memang dah ada side effect yang bagus tak merokok ni. Tahu tak berapa lama nicotine akan berada dalam badan perokok? Jenis nicotine withdrawal macam mana pulak ada dalam badan perokok? Withdrawal ni bermaksud tindakan badan kita nak keluarkan sesuatu dari badan.

Secara fitrahnya badan kita ni pon nak sangat sihat. Sebab tu kalau berhenti sekejap pon, badan kita akan cuba sedaya upaya untuk menyihatkan dirinya semula.

Jom tengok apa akan jadi bila perokok berhenti merokok, hatta untuk 20 minit pon.

20 Minutes Selepas Berhenti Merokok

Effect berhenti merokok ni memang cepat sebenarnya, cume kita jarang appreciate sebab kita tak nampak. Tau tak selepas hanya 20 minit dari rokok terakhir yang anda hisap, degup jantung mula dah jadi normal kembali. Masa menghisap rokok tu, sebenarnya kadar degupan jantung memang sangat meningkat. (CDC, 2004).

2 Jam Selepas Berhenti Merokok

Selepas 2 jam pulak, degupan jantung dan juga tekanan darah menurun ke paras normal paling ketara, hujung jari akan rasa lebih hangat berbanding masa tengah merokok. Hujung-hujung jari kaki pon makin hangat disebabkan pengaliran darah menjadi lancar. Tapi ada beberapa withdrawal effect awal (kesan akibat berhenti merokok) mula terasa, iaitu;

  • Rasa lapar sangat
  • Rasa debar-debar, tension dan frust
  • Pening dan susah nak tidur

12 Jam Selepas Berhenti Merokok

Selepas 12 jam pulak, kandungan bahan kimia karbon monoksida akan sangat berkurang dalam darah dan kandungan oksigen dalam darah pulak akan meningkat ke paras yang normal. Ramai yang tak tahu yang bila kita merokok, tobacco yang dibakar akan melepas kan gas karbon monoksida. Jika gas ini banyak disedut, karbon monoksida ni akan masuk dalam sel darah. Kepekatan gas yang tinggi akan menyebabkan sel darah merah susah untuk membawa oksigen dalam darah dan meningkatkan risiko kepada masalah cardiovaskular atau penyakit berkaitan jantung.  (CDC, 2004).278_quit-smoking-timeline_3 {focus_keyword} Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik 278 quit smoking timeline 3

24 Jam Selepas Berhenti merokok

Kadar serangan sakit jantung di kalangan perokok adalah 70 % lebih tinggi berbanding nonsmokers. Selepas hanya 24 jam berhenti merokok, chances untuk kene sakit serangan sakit jantung tu dah pun menurun!

48 Jam Selepas Berhenti Merokok

Bayangkanlah, tanpa disedari, dalam masa 2 hari (28 jam berhenti merokok), tiba-tiba deria rasa kita start untuk kembali pulih. Makan terasa lebih sedap, deria bau terasa lebih peka! Sedangkan rasa perokok sebenarnya dah kurang peka dengan deria rasa dan bau mereka. (Cleveland Clinic, 2007).

3 Hari Selepas Berhenti Merokok

Paling hebat adalah wakti ini, sebab masa nilah semua nikotin yang diambil 3 hari lepas dah dikeluarkan sepenuhnya dari badan kita. Malangnya, masa ni lah biasnaya perokok akan mula rasa kesan withdrawal effect yang akan memuncak. Masa ni akan rasa mual teruk, muntah, demam, sakit kepala, kejang dan sebagainya. Ada yang sampai tak boleh bangun sebab migrain teruk. Jangan putus asa, terus berhenti dan belanje diri sendiri sesuatu yang best sebagai ganjaran 3 hari berhenti merokok.

2 Hingga 3 Minggu Selepas Berhenti Merokok

Selepas beberapa minggu pula, kita akan perasan yang kita lebih fit dan aktif membuat kerja dan boleh mula bersenam aktiviti fizikal tanpa rasa sakit. Semua ni sebab sel badan mula pulih dan peredaran darah berjalan lancar serta fungsi paru-paru juga bertambah effective dengan mendadak. Masa ni dah mula rasa senang sangat nak sedut udara dan tak ada rasa macam semput-semput. Withdarawal effect tadi pon dah mula berkurang bila masuk minggu ke 2 dan ke 3 ni. (AHA, 2012)

http://www.cdc.gov/tobacco/data_statistics/sgr/2004/posters/20mins/index.htm

1 Hingga 9 Bulan Selepas Berhenti Merokok

Selepas sebulan, paru-paru akan bertambah baik dengan mendadak. Malah paru-paru mula perbaiki sel dirinya dan fungsi paru-paru semakin baik. Dengan itu batuk akan sangat mula berkurang. Sesak nafas atau rasa nafas pendek-pendek tu mula terasa hilang. Biasanya kalau perokok tegar sekalipon, paling cepat withdrawal effect akan memakan masa beberapa bulan. InsyaAllah selepas tu akan baik semuanya.

Setahun Selepas Berhenti Merokok

Kalau tadi berhenti merokok 24 jam pon dah bolrh turunkan risiko serangan sakit jantung, ini berhenti merokok selama setahun, kadar kene serangan sakit jantung ni turun sebanyak 50% berbanding perokok! Tadi kita cakap orang yang merokok berisiko dapat serangan sakit jantung 70% lebih tinggi berbanding bukan somker kan? Nah, berhentilah setahun merokok. Kita dapat 50% peratus turun berbanding mereka yang masih merokok. (CDC, 2004).

Lima Tahun Selepas Berhenti Merokok

Tahukah kita bahawa bahan kimia karbon monoksida yang bertoksik tu yang dilepaskan oleh asap rokok akan membuatkan salur darah kita bertambah sempit? Bila salur darah sempit, risiko untuk kene strok semakin meningkat. Nah, berhenti merokok selama 5 tahun akan kurangkan risiko untuk menghidap strok, sama sja macam orang yang tak pernah merokok. (CDC, 2004).

10 Tahun Selepas Berhenti Merokok

Orang yang merokok memang sangat berisiko menghidap kanser (pelbagai jenis kansr), dan kanser paru-paru adalah yang paling bahaya. Ok, mungkin untuk dapat kanser paru-paru tu mengambil masa sampai 10 tahun merokok baru boleh dapat. Tapi kalau berhenti merokok, kira 50% statistik kata takkan kene lah kanser tu (CDC, 2004). Malah, risiko kanser lain macam kanser mulut, kanser tekak, kanser salur makanan, kanser buah pinggang, kanser hempedu dan kanser pankreas pon sama-sama jadi rendah! Soalannya, nak kanser ke tak nak kanser?

Quitting-and-stop-Smoking {focus_keyword} Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik Quitting and stop Smokingbenefits-of-quitting-smoking {focus_keyword} Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik benefits of quitting smoking

15 Tahun Berhenti Merokok

Kalau dah 15 tahun berhenti merokok, kira macam sama betul dah dengan orang yang tak merokok langsung. Dari segi risiko serangan sakit jantung, kira sama dah macam orang yang tak pernah hisap rokok (CDC, 2004), dalam erti kata lain, memang rendah la untuk kena sakit jantung.

cdc-quit-smoking-facts-1024x643 {focus_keyword} Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik cdc quit smoking facts

Faedah Berhenti Merokok Jangka Masa Panjang

Dari segi jangka masa panjang, purata orang yang berhenti merokok akan hidup 14 tahun lebih lama berbanding orang yang merokok (AHA, 2011). Jadi, berhentilah merokok sekarang, akan dapat extra faedeah hanyat dan kesihatan lain.

Macam Mana? Dah Bersedia Untuk Behenti Merokok?

Berhenti merokok memang tak mudah, tapi bukan lah mustahil. Memang banyak cabarannya terutama untuk melepasi tahap nicotine withdrawal tu. Tapi, hendak seribu daya, tak hendak memang berjuta dalih.

Decaf Coffee: Baik Atau Buruk?

$
0
0

Siapa je yang tak sukakan kopi? Memang ramai sangat kot yang suka kopi. Siap ketagih lagi. Lagipon kopilah antara minuman yang paling popular seantero dunia.  Ada yang rasa wajib minum kopi, kalau tak memang tak boleh buat keje. Bila minum kopi, tenaga bertambah katanya.

Ada yang memang suka minum saja-saja sebab memang nikmat minum kopi ni. Apa pon alasannya, biasanya tak ada lah orang nak minum bergelen-gelen kopi sehari. Walau macam mana suka pon, ramai yang cuba untuk limitkan pengambilan kopi ni.

Antara alternatif kepada minum kopi ni dek kerana risaukan kesan sampingan, ramai yang cuba beralih kepada decaf coffee, iaitu kopi yang telah dibuang caffeinnya. Decaf coffee sama jek macam coffee biasa, cuma bahagian caffeinnya dibuang.

coffee_beans_cup_decaf_570 {focus_keyword} Decaf Coffee: Baik Atau Buruk? coffee beans cup decaf 570

Macam Mana Decaf Coffee Dibuat?

Decaf adalah singkatan kepada decaffeinated coffee. Ia adalah kopi sebenar tetapi 97% daripada caffeinnya dibuang. Ada banyak cara untuk buang caffein dari biji kopi (coffee beans). Kebanyakannya melalui proses yang melibatkan air, bahan larutan organik atau penggunaan karbon dioksida (1).

Biji kopi ini dibasuh di dalam larutan tertentu sehinggakan extract cafferin dapat diektrak keluar, barulah larutan tadi dibuang. Pembuangan caffein ni dilakukan sebelum biji kopi itu dibakar dan dikisar. Kuantiti dan kualiti bahan nutrisi lain dalam biji kopi sebenar pulak tak ada banyak berbeza dengan kopi biasa yang tak dibuang caffeinnya. Cuma ada sedikit berbeza dari segi rasa, bau dan juga warna kopi tadi, bergantung kepada jenis cara pembuangan caffein (1).

Berapa Banyak Kandungan Caffein Dalam Decaf Coffee?

Decaf coffee bukanlah maksudnya 100% tak ada caffein langsung. Ia masih mempunyai caffein, tapi dalam kuantiti yang amai sedikit iaitu lebih kurang 3% sahaja untuk satu cawan kopi (2). Ada juga decaf coffee yang ada 0-7mg caffein, pon juga masih dikira sangat sedikit (3), sedangkan kopi biasa mempunyai 70 – 140 mg caffein, bergantung kepada jenis kopi, cara penyediaan dan saiz sajian (4). Jadi, minum decaf coffee meskipon tidak lah 100% bebas caffein, tapi kandungan caffeinnya ter amatlah sedikit berbanding kopi biasa.

goldnescafinated._nescafe-gold-decaf-decaffeinated-coffee-100-gms {focus_keyword} Decaf Coffee: Baik Atau Buruk? goldnescafinated

Contoh decaffeinated Coffee

Decaf Coffee Kaya Dengan Antioksidan dan Nutrisi Yang Diperlukan Badan

Betul ke? Bukan lah kopi ni jahat? Kopi bukan lah jahat. Dan tiada sebab pon untuk mengharamkan kita minum kopi. Malah kopi sangat kaya dengan antioksidan (567). Decaf coffee juga sama berkhasiat dengan kopi biasa. Jika ada pon pengurangan nutrisi, maksimum pon hanya kurang sampai 15% je. Selain tu, kita masih dapat manfaat nutrisi dari decaf coffee (891011).

Memang ada kajian yang menyatakan ada juga bahan antioksidan yang hilang akibat proses decaf ni, tapi taklah banyak. Antara antioksidan utama yang terdapat dalam kopi sebenar dan decaf coffee adalah hydrocinnamic acids and polyphenols (112). Apa tugas antioksidan? Antioksidan ni sangat bagus untuk melawan sel radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan kita. Bila badan terlalu banyak sel radikal bebas, kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah penyakit jantung, kanser dan diabetes type-II (13141516).

Bukan setakat antioksidan, decaf coffee juga mengandungi 2.4% magnesium, 4.8% of potassium, dan  2.5% of niacin ( vitamin B3) nilai nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh (117). Mungkin nampak macam tak banyak, tapi kalau minum sampai 2, 3 cawan kopi sehari tu, kira banyak jugak dapat topup nutrisi harian.

Kebaikan Minum Kopi

Walaupon banyak desas desus yang kata minum kopi ni tak baik, sebenarnya banyak kebaikan kopi.

Berikut adalah antara sebab kenapa perlu minum kopi secara umum:

  • Memperbaiki mood, memori dan fungsi otak (36,3738).
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan dan pembakaran lemak (39,4041).
  • Meningkatkan prestasi ahli sukan (42,434445).
  • Mengurangkan risiko tekanan perasaan di kalangan wanita (46,47).
  • Mengurangkan risiko cirrhosis hati atau kerosakan hati (48,4950).

Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian yang dilakukan ke atas kopi sebenar berbanding decaf coffee.

Kenapa Pulak Kene pilih Decaf Coffee Berbanding Kopi Biasa?

Walaupon kopi memang jadi kegemaran ramai, ada je orang yang tak boleh tolerate dengan caffein. Tapi disebabkan kebaikan kopi ni banyak dan untuk tak melimitkan kebaikan kopi pada yang gemar caffein, sebab itulah decaf coffee ni diproses.

Untuk sesetengah orang, minum secawan kopi pon dah boleh jadi leng-long, pening dan sebu perut dan sebagainya. Tapi ada je orang yang boleh tahan minum sehingga 4 – 6 cawan kopi sehari. Yang lebih dari itu pon ada.

Kopi tak bersalah, yang memberi kesan-kesan ini adalah caffein. Kandungan caffein berlebihan akan mengganggu sistem saraf, menyebabkan badan rasa segar dan tak boleh tidur, rasa debar-debar, masalah kembong perut dan sukar untuk tidur. Orang yang memang sensitif dengan caffein perlu limitkan pengambilan kopi, atau lebih baik tukar sahaja kepada teh ataupun decaf coffee.

Malah ada juga kesan caffein terhadap pengambilan ubat (3). Jadi pastikan juga nasihat dari doktor sebelum mengambil apa-apa ubat, dan masih ingin meminum kopi.

Bukan itu sahaja, ibu mengandung, ibu menyusu juga memang perlu melimitkan pengambilan caffein harian (51). Sebab itulah decaf coffee ni wujud, untuk memberi alternatif kepada golongan ini yang masih suka akan kopi, tapi perlu limitkan caffein dalam kopi.

Kesimpulannya, Adakah Decaf Coffee Baik atau Buruk?

Disebabkan kopi adalah minuman yang baik, maka sama ada ia mengandungi caffein atau tidak, ia tetap bagus untuk kesihatan. Ia kaya dengan antioksidan, dan boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu. Cumanya, ada orang yang tak boleh terlebih caffein. Dengan itu, wujudlah decaf coffee sebagai alternatif.

Kesan buruk decaf coffee? Boleh dikatakan TIADA.

Selamat minum kopi!

Betul Ke Makan Protein Banyak Boleh Kuruskan Badan?

$
0
0

kuruskan badan 2 {focus_keyword} Betul Ke Makan Protein Banyak Boleh Kuruskan Badan? kuruskan badan 2

Betul ke kalau makan protein banyak-banyak boleh kurus? Tapi macam mana? Protein mahal tak? Mana nak dapat protein?

Protein sebenarnya merupakans alah satu nutrient yang sangatlah penting untuk turunkan berat badan. Kalau nak bentuk badan cantik, banyakkan makan protein. Tapi ada rulesnya.

Ambik protein banyak boleh boostkan metabolisme badan, kurangkan rasa  nak makan banyak-banyak dan bertindak balas dengan hormon yang berkaitan dengan turun naiknya berat badan (123). Dalam erti kata lain, protein boleh tolong kita turunkan berat badan dan buang lemak kat perut tu, tapi tentulah dengan mekanisme yang berbeza-beza.

kuruskan badan 3 {focus_keyword} Betul Ke Makan Protein Banyak Boleh Kuruskan Badan? kuruskan badan 3

Protein Bantu Regulate Hormon Yang Berkaitan Dengan Berat Badan

Berat badan kita ni sebenarnya di-regulate atau dikawal oleh otak kita, di bahagian yang bernama hypothalamus (4). Bahagian otak ni yang akan tentukan, berapa banyak kita nak makan, dan bila pulak rasa nak makan. Jadinya, yang hantar signal kepada otak ni adalah hormon-hormon (5).

Bila kita makan protein banyak, kita sebenarnya tingkatkan paras hormon berikut; GLP-1peptide YY and cholecystokinin iaitu hormon-hormon yang kurangkan selera makan. Dalam masa yang sama,  protein jugak bantu kurangkan hormon yang buatkan kita rasa lapar iaitu hormon ghrelin (678910).

Jadinya, dalam erti kata lain, dengan menggantikan karbohirat macam nasik dengan roti kepada protein dan lemak (lemak baik), kita kurangkan hormon lapar, tapi tingkatkan hormon rasa kenyang. Itu yang jadikan kita rasa kurang sangat lapar, secara automatik. Maka dengan automatik jugaklah kita rasa kurang nak makan, maka boleh lah jadi kurus jugak.

Betul Ke Protein Boleh Bakar Kalori??

Lepas kita makan, sebahagian kalori digunakan untuk hadamkan makanan dan metabolismekan makanan. Ini dinamakan sebagai thermic effect of food (TEF). Protein mengandungi TEF yang tinggi iaitu sehingga 20% – 30% berbanding karbohidrat iaitu 5%-10%. TEF lemak pulak hanya 0-3%.

Maksud kata, kalau makan protein, banyak kalori terbakar masa nak hadamkan makanan. Jadi tak ada lah lebihan kalori disimpan dalam badan (11). Ingat, lebih banyak kalori terbakar, adalah lebih baik. Malah masa tidur pon, kalori tu boleh terbakar (1213).

Siap ada kajian yang mana menyatakan mengambil protein dengan banyak akan boostkan kadar metabolisme badan dan bakar kalori sehingga lebih 80 ke 100 kalori sehari, berbanding pembakaran kalori dengan diet yang tak ada protein banyak (141516).

Betul Ke Protein Kurangkan Selera Makan?

Memang sebenarnya protein dapat jadikan kita rasa kurang makan, dan rasa kurang berselera untuk makan (1). Salah satu sebabnya tadi sebab kita automatik rasa kurang nak makan sebab hormon. Jadi bila selera pon dah kurang, automatiklah jugak kalori intake pon akan jadi kurang. Tak payah dah jadinya nak kira-kira berapa banyak kalori setiap kali nak makan, sebab kurang selera tu sendiri dan bantu kita (1718). Malah memang ada kajian jika kalori dalam protein tu ada sampai 30%, kita akan kurang nak amik makanan lain sehinggakan 441 kalori banyakknya (19). Besar amount tu. Maksud kata, makan protein yg ada 30% kalori, kita dapat elakkan 441 kalori dari makanan-makanan lain.

Makan Protein Juga Jadikan Kita Tak Teringin Nak Makan Sangat

Teringin nak makan ni memang bahaya. Sikit-sedikit nak kek, sikit-sikit nak kuih. Ni namanya craving. Craving ni lah yang jadikan banyak diet orang hancus kelaut. Makan tengah malam pon salah satu sebab juga diet hancus. Bila teringin nak makan masa tengah lewat malam, memang bahaya sebab kalori tu takkan digunakan sebab lepas tu kita akan tidur. Itu yang boleh jadi gemok bertambah-tambah, tak kurus-kurus.

Menariknya, kalau memang ambik protein, kita akan kurang rasa craving dan teringin-teringin makan tengah malam buta pon akan berkurang. Kajian kat bawah ni ada tunjukkan diet orang yang makan protein dengan kadar dia fikirkan pasal makanan (20):

kuruskan badan 1 {focus_keyword} Betul Ke Makan Protein Banyak Boleh Kuruskan Badan? kuruskan badan 1

Yang palang biru adalah orang yang amik protein dengan tinggi. Yang palang merah adalah orang yang ambil protein macam biasa. Dalam kajian ni, orang yang makan protein banyak, rasa craving for food tu rendah 60% berbanding orang yang makan sikit protein. Dan rasa teringin nak makan tengah malam pulak turun sampai 50% banyaknya. Sarapan pagi adalah meal terbaik yang perlu ada protein banyak, dan memang ada kajian yang reportkan bahawa siapa yang makan sarapan yang tinggi protein, memang akan kurang perasaan craving for foods (21).

Jadi lepas ni, ambillah sarapan yang kaya dengan protein.

kuruskan badan {focus_keyword} Betul Ke Makan Protein Banyak Boleh Kuruskan Badan? kuruskan badan

Macam Mana Nakkan Diet Yang Tinggi Protein

Simple jek. Cume perlu tingkatkan makanan-makanan berikut. These include:

  • Daging:Ayam, Ayam Belanda, lean beef (daging yang paling kurang lemak)
  • Ikan:Ikan Salmon, Ikan sardines
  • Telur:Semua jenis telur
  • Produk Tenusu:Susu, cheeseyogurt, etc.
  • Kekacang:Kacang merah , kacang kuda
  • Makanan tinggiprotein sebagaimana dalam artikelartikel artikel ini.

Mengambil makanan tambahan berbentuk protein juga boleh sangat membantu untuk capaikan target protein harian jika nak kurus. Memang dah ada banyak kajian pasal kebaikan kebaikan,  sumber protein berbentuk serbuk yang famous di pasaran dalam mengurangkan berat badan (4041).makanan untuk kuruskan badan {focus_keyword} Betul Ke Makan Protein Banyak Boleh Kuruskan Badan? makanan untuk kuruskan badan

kuruskan badan 4 {focus_keyword} Betul Ke Makan Protein Banyak Boleh Kuruskan Badan? kuruskan badan 4

Mengambil Protein Adalah Cara Paling Senang Untuk Turunkan Berat Badan

Bila katakan kita nak kuruskan badan dan pada masa yang sama nakkan body yang fit, memang ternyata sumber protein dalam nutrisi tu amatlah penting. Tak perlu pon terhadkan diri makan benda-benda yang lain. Apa yang penting, cuba banyakkan pengambilan protein dalam makanan harian.

InsyaAllah senang sebab protein mmg sedap. Yelah, ayam dan daging dan ikan memang sedap pon. Kalau ambik makan ayam tu, ambillah bahagian daging yang memang mengenyangkan. Macam yang kita bincang kat atas tadi, makan protein banya, akan kurangkan rasa nak makan benda lain. Jadi “kalori yang masuk akan jadi kurang dan kalori yang keluar” akan jadi banyak.

Kalau kita amalkan berbulan-bulan, memang akan namoak sangat berbeza dari segi saiz pinggang.

Ingat tips paling utama, kurangka kalori yang masuk, tapi tingkatkan kalori yang keluar. Dan protein dapat membantu dalam hal ni.

Ada pendapat lain dan cadangan? Boleh hubungi saya untuk penjelasan lanjut. Selamat berdiet!

Info Pasal Telur, Kenapa Ade Telur Murah dan Ade Telur Mahal?

$
0
0

Telur oh telur!! Siapa jek yang tak sukakan telur kan. Siapa yang tak alergik dengan protein telur sure suka akan telur. Putih telurnya yang kenyal-kenyal makan banyak mana pon rasa tak kenyang (haha), dan kuning telurnya yang lemak berkrim dan cair di mulut. Pergh siapa jek la yang tak cintakan telur. Hatta budak kecik pon sangat suka makan telur. Menjadikan emak-emak pon suka bebeno masak telur sebab senang.

Tapi jangan tak tahu, telur bukan sebarang telur. Telur pon ada macam-macam jenis telur. Yang mana satu lebih baik? Mana satu lebih sedap? Apa jenis-jenis telur ni sebenarnya. Tak ramai pon yang ambil tahu dan ambil peduli (asal kenyang sudey… kata mereka)

Ada yang tulis “All Natural”, ada yang tulis “Diperkaya dengan Omega-3″, ada yang tulis “Telur Kampung”, ada yang tulis “Telur Organik” dan ada juga yang tulis KESEMUANYA!!! Ada juga yang tak tulis apa-apa pon. Yang ni kita panggil “Telur” sahaja. Hahaha. (Kadang dipanggil telur Komersial/ Konvensional)

<

Telur Konvensional/ Komersial

Telur ni adalah telur biasa tanpa label-label tambahan. Biasanya telur ini ada jual di supermarket dengan harga terkawal standard. Telur ini diperoleh dari ladang-ladang ayam telur yang memang full dan penuh dengan ayam, sama ada di rumah ayam yang tertutup atau di dalam sangkar. Dan ironinya, biasanya ayam-ayam telur ni tak pernah pon bergerak ke sana ke mari dan tak pernah pon nampak cahaya matahari. Makanan kepada ayam telur ni biasanya adalah dedak dan grain-based crap, supplement dan juga vitamin dan mineral. Ayam-ayam ini juga biasanya dirawat dengan hormons dan diberikan antibiotik. Senang cerita, telur ayam ini adalah paling murah dan jika harga berbeza pon adalah disebabkan oleh perbezaan saiz telur itu sendiri.
>

Telur Organic

Telur organic adalah dihasilkan oleh ayam yang organik. Iaitu ayam itu pon diberikan makanan yang organik-organik sahaja dan tiada antibiotik diberikan pada ayam tu (melainkan jika ada jangkitan teruk). Tidaklah bermaksud ayam organik ni bebas bergerak ke sana ke mari. Ayam organik jugak masih juga dalam sangkar, atau rumah ayam, cuma jenis makanan kepada ayam telur tadi ni semuanya organik belaka.

>

All Natural

Biasanya semua yang betul namanya adalah telur, akan dilabel sebagai “All Natural”. Memang la telur natural. Telur yang tak natural adalah telur fake dari China la kot. Selagi namanya telur yang betul-betul keluar dari bontot ayam, ia adalah natural. Hehehehehe. Saja lah penjual ni pon nak propaganda lebih. Aduhai laah.

>

Omega-3 Fortified (Telur yang Diperkaya dengan Omega 3)

Dulu pon saya pelik macam mana telur ni diperkaya dengan Omega 3. Rupenya adalah dengan beri ayam tu makanan yang kaya dengan Omega 3. Contoh makanan tu adalah, flax seed, linseed atau pon memang diberi makan supplement Omega 3. Sebab tu telur ni agak mahal. Sebab makanan ayam tu sendiri adalah mahal. Tapi jangan tertipu jugak. Sebab flax seed pon bukanlah sumber utama omega 3 terbaik. Lagipon kita tak pasti berapa darjah atau berapa kuantiti omega 3 yang diberikan kepada ayam tu. Kalau katakan nakkan yang diperkaya dengan Omega 3 sekalipon, ayam organik dan ayam kampung pon adalah lebih baik. Semua nutrisi pon ada.

egg+yolks {focus_keyword} Info Pasal Telur, Kenapa Ade Telur Murah dan Ade Telur Mahal? egg yolks

Telur yang kuningnya lebih pekat warnanya adalah lebih baik.

>

KESIMPULAN

Kita ni bukan ahaja kene perhatikan apa yang kita makan. Tapi kita kena ambil perhatian jugak dengan apa yang makanan kita makan. Macam contohnya telur ayam tadi ni. Ayam yang dibesarkan dan diternak dalam keadaan dan suasana yang stress sudah tentu takkan hasilkan telur yang berkualiti. Bayangkan lah ayam ni makan jagung (GMO pulak tu), penuh antibiotik, dibesarkan di sangkar yang kecik dan sempit, dan mungkin juga disuntuk steroid.

Kalau tak ada ayam kampung, carilah ayam yang at least tidak dikurung dalam sangkar. Dibesarkan dalam sarang yag cukup besar dan luas.

Yang paling bagus adalah ayam kampung. Ayam yang mencarik makan dengan kais kakinya sendiri, dan makan rumput liar dan cacing liar. Ayam yang berlari ke sana ke sini bebas tanpa batasan. Telur dari ayam ini, adalah sangat berkualiti. Malah kalau tengok telur kuningnya sahaja pon dah berwarna terang oren pekat berbanding telur dari ayam yang dipasarkan secara komersial.

Ayam telur kampung, lebih kaya dengan beta-carotene, Vitamin A dan Vitamin E, tinggi kandungan Omega-3, kurang kolesterol dan kurang lemak tepu berbanding ayam komersial.

Harganya tentu sekali jauh lebih mahal.

Kalau dari segi turutan, mana satu telur yang lebih baik? Jawapannya seperti di bawah ini;

Telur Ayam Kampung > Telur Ayam diperkaya dengan Omega 3  > Telur Ayam Organic > Telur Ayam Free Cage Free > Conventional/ Telur ayam biasa atau komersial

cagefree_01_wide-8596ea43f086c063b0ab9dbc51c7511f26c9378b {focus_keyword} Info Pasal Telur, Kenapa Ade Telur Murah dan Ade Telur Mahal? cagefree 01 wide 8596ea43f086c063b0ab9dbc51c7511f26c9378b

Ayam Free Cage. Meskipon tak ada dalam cage, tapi ayam ni bebas bergerak dalam sangkar @ ruang yang sangat besar.

controversy_brewing_poultry_cage_size_1_634612664379028000 {focus_keyword} Info Pasal Telur, Kenapa Ade Telur Murah dan Ade Telur Mahal? controversy brewing poultry cage size 1 634612664379028000

Ayam yang dalam cage. Kesian dia tak dapat gerak-gerak. Makan, dan bertelur jek kerjanya.

image_1 {focus_keyword} Info Pasal Telur, Kenapa Ade Telur Murah dan Ade Telur Mahal? image 1

Ayam yang Free range. Kalau kita kat Malaysia ni, ayam kampung dibebaskan begini la kot kan. Free, bebas!

Pilihan adalah mengikut poket anda~!!

Terkejut Sebenarnya Minyak Canola Adalah Tak Baik Untuk Kesihatan

$
0
0

Lemak sememangnya penting dalam diet kita. Tanpa lemak, badan kita ni takkan dapat berfungsi dengan baik. Tapi ada banyaaaaak kekeliruan pasal lemak, dan minyak. Mana satu lemak baik, dan minyak yang baik.

Perasan tak, kat pasaran, minyak Canola selalunya diiklankan sebagai minyak yang baik. Kita selalu fikir minyak Canola baik, malah lebih baik dari minyak kelapa sawit. Kononnya minyak canola ni rendah kandungan lemak tepu dan tinggi dengan kandungan lemak tak tepu termasuklah asid lemak omega-3. Pihak pengeluar pulak war-warkan kononnya minyak canola ni adalah minyak terbaik dunia, kononnya. Sedangkan fakta ni banyak disangkal oleh pakar-pakar dalam bidangnya.

Untuk bincang dan argue pasal bende ni, memang kena study betul-betul macam mana sebenarnya minyak canola ni sebenarnya boleh jejaskan kesihatan kita.

<

Apa tu Sebenarnya Minyak Canola, dari Mana ia Datang?

Dulu-dulu kala, ia dikenali sebagai minyak rapeseed. Ia mudah dihasilkan, tapi tak boleh dimakan sebab ada 2 bahan ni, iaitu;

  • Erucic acid: asid lemak yang boleh sebabkan kerosakan jantung (dalam study yang dbuat ke atas tikus) (1).
  • Glucosinolates: bahan compound yang jadikan rasa minyak ni pahit dan tak sedap (2).

 

Then lepas tu ada la beberapa saintis Canada ni nak jadikan minyak raseseed ni kepada minyak yang boleh dimakan. Jadi diorang ni gunakan teknik breeding @ kacukan untuk hasilkan bijian yang kurang bahan berbahaya ni, dan jadikan ia kurang rasa pahit. Dari situlah terlahirnya Canola, nama yang digunakan di pasaran. Sedangkan ia sebenarnya bermaksud Canadian Oil (ada juga yang kata ia bermaksud Canada Oil, Low Acid).

Canola tu sendiri bukanlah nama sejenis tumbuhan. Ia adalah dari tumbuhan bernama rapeseeds yang dihasilkan supaya bahan yang tak diingini dalam rapeseed ni dikurangkan.

Dari Wikipedia pulak, cerita pasal maklumat Canola ni, ia dikacukkan di University of ManitobaCanada, boleh Keith Downey and Baldur R. Stefansson pada awal tahun 1970an, dan berjayalah mereka menghasilkan minyak yang boleh dimakan (edible oil) dengan tahap erucic acid yang jauh lebih rendah.[3] 

Harini, lebih kurang 90% dari hasil tanaman utk buat canola oil ni adalah semuanya GMO (Genetically Modified Organisme)

<

Macam Mana Minyak Canola Dibuat?

Dah baca tadi kan yang sebenarnya minyak Canola ni asalnya tak boleh dimakan, tadi dimodify supaya boleh dimakan. Dari situ jek kita dah tau bahawa minyak ni cukup tak bagus sebenarnya. Tapi kalau nak tengok jugak video cara pembuatan minyak Canola ni, memang rasa geli pon ada.

Tengoklah, sure takkan beli dah minyak Canola. Sebab tak nampak natural langsung!

Kalau bahan makanan lain macam minyak kelapa sawit, perah-perah terus dapat minyak. Kalau proses buat butter @ mentega pulak, memang sah dari lemak susu. Sama juga proses minyak kelapa dan jugak minyak zaitun. Semua nya simple jek prosesnya. 1 – 2 proses terus jadi dah makanan yang kita makan.

Tapi tak sama dengan minyak Canola ni. Tanaman rapeseed tadi ni kena dipanaskan pada suhu yang amat tinggi. Dah pulak tu minyak ni pulak sangat la tak tepu. Kaya dengan ikatan polyunsaturated fats yang sangat tak stabil dengan suhu tinggi. Kita dah belajar dulu pasal lemak tepu dan lemak tak tepu dalam artikel sebelum ini di sini >> Perbezaan Lemak Tepu Dan Tak Tepu.

canola-and-its-seeds {focus_keyword} Terkejut Sebenarnya Minyak Canola Adalah Tak Baik Untuk Kesihatan canola and its seeds

Canola-oil-1 {focus_keyword} Terkejut Sebenarnya Minyak Canola Adalah Tak Baik Untuk Kesihatan Canola oil 1

Bila suatu ikatan kimia tu tak tepu, ia sangat sensitif suhu tinggi dan mudah bertindak balas dengan oksigen menjadikan ia mudah teroksida. Bila teroksida, bahan ini menjadi rancid atau beracun.

Kemudian, bukan senang nak keluarkan minyak dari rapeseed ni. Suatu bahan kimia dinamakan sebagai hexane terpaksa digunakan untuk extract minyak dari rapeseed tadi. Sungguh, kalau diuji, memang ada sisa-sisa hexane dalam minyak masak bernama Canola ni sebenarnya.

Disebabkan proses pembuatan minyak ni sangatlah tak natural (suhu tinggi, guna kimia), minyak ni seriously tak berbau langsung! Cuba kita bau minyak jagung dan minyak kelapa sawit. Ada bau tertentu (dan berbau makanan). Minyak Canola ni sungguh tak berbau.

Malah ade kajian pulak kat US, mereka dapati bahawa 0.56% sehingga 4.2% asid lemak yang ada dalam minyak Canola ni merupakan trans fat yang bertoksik (4). Malangnya, tentu lah tak ada tulis dekat label botol dia. Trans fat yang bertoksik ini tersangatlah teruk dan memang banyak dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit, di seluruh dunia! (5, 6).

Meskipon begitu, ada jek minyak Canola yang diproses secara  cold-pressed dan juga ada jek minyak Canola yang diproses secara organik (wallahualam macam mana). Untuk yang ini, asid lemak teroksida dan juga trans fatnya tak ada lah sebanyak yang diproses menggunakan suhu yang tinggi. Tapi macam susah jek nak jumpa yang organik dan cold-pressed prosses ni. Kebanyakan yang jual murah-murah tu semua guna proses industri biasa yang standard.

<

Jadi, Minyak Canola ni Berkhasiat Ke Tak Sebenarnya?

Boleh katakan yang sebenarnya baik tak yah makan minyak ni daripada makan. Sebab nutrisi yang ada dalam minyak Canola ni tak banyak mana pon. Memang ada juga sikit Vitamin E dan K. Kemudia memang ada juga asid lemak perlu iaitu (7):

  • Lemak Tepu (Saturated Fat): 7%.
  • Lemak Tak Tepu (Monounsaturated Fat): 63%.
  • Lemak Tak Tepu (Polyunsaturated Fat): 28% (with Omega-6 and Omega-3dalam nisbah 2:1 ratio).

Kita dah belajar dulu, lemak tepu bagus untuk kesihata, lemak tak tepu tak bagus. Untuk ulangkaji, rujuk artikel ini >> Perbezaan Lemak Tepu Dan Tak Tepu.

Memang betul yang minyak Canola ni ada nisbah Omega-6 dengan Omega-3 yang seimbang. Tapi Omega-3 dalam minyak Canola adalah dalam bentuk ALA (Alpha Linolenic Acid), bukannya dalam bentuk GLA (Gamma Linolenic Acid). Omega-3 dalam bentuk ALA, adalah langsung tak berguna melainkan ia diconvert kepada EPA and DHA.

Jadinya, sungguhpun minyak Canola ni kaya dengan Omega-3, sebenarnya adalah jauh lebih baik makan asid lemak dari ikan, 2 kali seminggu. Malah supplement yang ade minyak ikan tu sebenarnya jauh lebih baik!

<

Kesimpulannya, Boleh Makan Tak?

Kalau katakan nak jugak minyak Canola, boleh, bukan tak boleh. Tapi pilihlah yang melaluio proses cold-pressed dan juga rapeseed yang ditanam secara organik.

Tapi kalau betul nak sihat? Minyak zaitun dan minyak kelapa jaaauhh lebih baik. Nak tau lagi pasal minyak apa yang sihat? Baca artikel berikut >>  Healthy Cooking Oils – The Ultimate Guide.

Bahaya Sangat Makan Kentang Berwarna Hijau

$
0
0

*Jangan simpan kentang dalam peti sejuk!*

Siapa je yang tak makan kentang. Seluruh dunia makan kentang. Tapi ramai tak tahu yang makan kentang pon boleh bawak mati.

Sejarah Keracunan Kentang Hijau

  • 1899: 56 Askar Germanr didapati keracunan solanine selepas makan kentang yang mengandungi 0.24 mg solanine pergram kentang. Semuanya pulih selepas rawatan dan ada yang disahkan mengidap kuning dan ada yang separuh lumpuh.
  • 1918: Di Glasgow, Scotland, 61 orang dari 18 buah rumah yang berbeza dalam satu kawasan yang sama, jatuh sakit disebabkan oleh kumpulan kentang yang sama. Esoknya, seorang kanak-kanak berumur 5 tahun mati sebab muntah teruk dan cirit birit yang teruk. Kes ini sangat teruk sampaikan dibuat kajian dan dipublishkan pada tahun 1933. Kajian tersebut adalah “An Investigation of Solanine Poisoning” oleh S. G. Willimott, PhD, B.Sc. dan disiarkan pada tahun 1933, selepas disiasat oleh scientists, R. W. Harris dan T. Cockburn. Dalam kajian tersebut, keracunan adalah disebabkan oleh kandungan solanine dalam kentang adalah 5 atau 6 kali lebih banyak berbanding kentang biasa.
  • 1922: Pada musim panas,  satu kes penyakit epidemic menular di German yang mana kemudiannya berjaya disiasat berpunca dari tanaman kentang yang mengandungi solanine yang tinggi.
  • 1925: Tujuh sekeluarga teracun dengan kentang hijau dan dua mati. Dalam report, symptom yang jelas adalah termasuk muntah-muntah, penat teruk, dan pernafasan yang laju. Kemudian pengsan dan selepas beberapa jam kemudian, disahkan meninggal dunia.
  • 1948: Satu lagi kes keracunan direkodkan. Tajuk artikel adalah “A Fatal Case of Solanine Poisoning disiarkan dalam British Medical JournalPada 13 August 1948, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dikejarkan ke wad sebab mengalami muntah-muntah, sakit perut di abdomen dan susah bernafas. 2 hari selepas tu, beliau meninggal dunia. Post motem dapati ada pendarahan di perut dan usus. Beliau memang ada kegemaran makan tumbuhan yang menjalar di rumahnya dan disahkan keracunan akibat solanine.
  • 1983: 61 orang dari 109 orang kanak-kanak dan staff sekolah di Alberta, Canada, jatuh sakit selepas makan kentang bakar. 44% dari mereka memang perasa ada warna hijau pada kentang yang mereka makan dan rasa kentang pon memang ada pahit.

<

Kenapa Kentang Jadi Warna Hijau? Memang Warna Semulajadi kah?

Kentang jadi warna hijau sebab ia terdedah lama sangat pada cahaya. Jadi terbentuklah klorofil pada kentang tu. Meskipon memang tumbuhan hijau semuanya ada klorofil, kehadiran klorofil dalam kentang adalah kes lain. Dalam kentang, tanda hijau ni menunjukkan paras toksin yang ada dalam kentang tu. Toksin ni dinamakan sebagai glycoalkaloids atau solanine. Lagi hijau kentang tu, lagi tinggi paras toksin glycoalkaloids/solanine ni.

download (4) {focus_keyword} Bahaya Sangat Makan Kentang Berwarna Hijau download 4

<

Apa Jadi Kalau Makan Kentang Hijau? 

  • First sekali, kentang hijau ni rasanya pahit! Lepas makan dan rasa pahit, sure memang orang tak makan banyak dah. (Indication yang bagus untuk kita – pahit, jangan makan)
  • Lepas 10 – 12 jam makan kentang hijau ni, biasanya kita akan rasa sakit perut, cirit birit dan muntah tak henti-henti.
  • Pemandangan boleh jadi kabur, loya dan ada kalanya berhalusinasi (nampak benda bukan-bukan) – mabuk
  • Lebih teruk, ditambah pulak dengan sakit kepala, demam dan sakit pada badan
  • Ada juga kes teruk yang sampai boleh bawak mati

download (2) {focus_keyword} Bahaya Sangat Makan Kentang Berwarna Hijau download 2

<

Macam Mana Nak Simpan Kentang Supaya Tak Jadi Hijau?

Simpanlah kentang di tempat yang gelap, dan kering serta sejuk. Kalau salah simpan atau simpan terlalu lama (jenis jarang memasak), hati-hati sebab memang solanine ni boleh meningkat pasarasnya. Better beli kentang dalam kuantiti yang sikit dan terus sahaja masak, jangan simpan lama-lama sebab ia tak elok. Tapi jangan salah jugak, kentang tak boleh simpan dalam peti ais! Suhu 0 – 5°C pon boleh jadikan bahan toksin glycoalkaloids ni meningkat!

download (1) {focus_keyword} Bahaya Sangat Makan Kentang Berwarna Hijau download 1

<

Perlu ke Buang Kentang Hijau?

Kalau sikit jek yang jadi hijau, tak perlulah buang seluruh kentang. Potong jek bahagian yang jadi hijau tu. Tapi maklumlah, rakyat Malaysia sokmo nak berjimat cermat (sampai kadang memudaratkan diri). Kalau dah nampak hijau tu, tak perlulah pegi beli (walaupon murah). Pastikan beli kentang yang bersih dan tiada hijau dan tiada tumbuh akar lagi.

<

Tak semua benda murah adalah elok ok!

<

<

RUJUKAN

https://www.fsai.ie/faq/green_potatoes.html

http://humannhealth.com/how-green-potato-are-very-dangerous-for-health/1102/

https://drbenkim.com/green-potato-solanine-dangers.html

http://www.foodsafetywatch.org/factsheets/glycoalkaloids/

10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu!

$
0
0

Minyak kelapa ni seriously superfood yang magik! Ramai yang tak hargainya zaman sekarang ni. Sedangkan minyak kelapa memang boleh sangat improvekan kesihatan kita. Kat sini saya nak senaraikan 10 sebab kenapa lepas ni kena ada minyak kelapa sentiasa dalam rumah. Ada banyak lagi, beratus-ratus kebaikan minyak kelapa ni. Tapi cukuplah 10 dulu. Mana tau ia boleh selamatkan nyawa kita? Kan kan?

<

#10 PENAWAR KERACUNAN MAKANAN

Siapa sangka minyak kelapa boleh jadi ubat kalau kita terkena keracunan makanan. Minyak kelapa ni betul-betul boleh kurangkan kesan keracunan makanan tu dengan buh bakteria yang sebabkan simptom keracunan tu. Tak percaya? Boleh baca lagi 333 kegunaan minyak kelapa ni kat sini >>  ( Hybrid Rasta Mama).

<

#9 MELEGAKAN SAKIT TEKAK

Minyak kelapa bila dimakan, ia jadi satu lapisan nipis yang melegakan kat bahagian anak tekak yang sakit tu. Cara makannya pon mudah jek. Nak makan terus 1 sudu besar minyak tu terus pon boleh, nak campur dengan minuman lain pon ok jek. Minyak kelapa ni dalam suhu bilik adalah berbentuk pepejal putih. Jadi amik satu sudu tu dalam bentuk pepejal tu, telan perlahan-lahan, kenakan pada bahagian tekak. Suhu panas sikit, ia akan jadi cecair, so minum terus pon boleh >> ( Sun Warrior).

<

#8 BANTU LEMBUTKAN TUMIT MEREKAH

Disebabkan minyak ni macam pepejal, boleh ambik dan sapukan pada rekahan-rekahan tumit dan pakai stokin. Buat setiap malam sebelum tidur. Suprisingly memang makin hari makin lembut tumit tu dan rekahan pon hilang. ( Don’t Mess With Mama ).

CrackedHeels {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! CrackedHeels

>

#7 KURANGKAN VARICOSE VEINS

Varicose veins, atau salur darah yang mengembang dan membengk ni memang hodoh dan memang orang tak nak! Tapi atas sebab tertentu, ia muncul. Biasa juga berlaku pada ibu yang mengandung. Cara nak kurangkan varicose ni nampak jelas sangat, sapukan minyak kelapa yang hangat selama 5 – 15 minit setiap hari. ( Bustle ).

VaricoseVeins_CocounutOil {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! VaricoseVeins CocounutOil

<

#6 SEBAGAI UBAT SEMBELIT

Siapa yang selalu ade sembelit tu, makanlah minyak kelapa. Satu sudu kecik pon dah boleh bagi kesan “loosening effect” pada najis dalam usus kita. Untuk orang yang tak pernah cuba, jangan makan banyak sangat. Takut cirit birit pulak. Minyak kelapa ni bertindak sebagai natural laxative. Ia bantu stimulatekan usus untuk membuang. ( Fussy Body).

<

#5 MELEGAKAN RONGGA HIDUNG YANG KERING

Malaysia ni humidity tinggi. So tak ramai yang rasa hidung kering. Tapi kat negara yang suhu tinggi dan himidity rendah, biasanya memang ada masalah lubang hidung kering. Jadinya minyak kelapa ni boleh sangat membantu. Bukan sahaja ia semulajadi, kesannya sangat effective dan baunya juga sangat sedap. Cuma colet sikit dengan cotton bud dan sapu dalam lubang hidung. ( Everyday Roots).

<

#4 SEBAGAI KRIM RUAM LAMPIN

Takut dengan cream ruam lampin yang ada bahan kimia? Hah cuba minyak kelapa. Bukan je minyak kelapa ni jadi satu lapisan pelindung, the best part ialah ia pon ade antimicrobial dan antiviral serta anti fungal supaya kulit baby kekal lembut. ( Home Remedies for Life ).

<

#3 MELEGAKAN KESAN GIGITAN SERANGGA

Nyamuk! Sakit woo kalau gigit. Gigit kita ok lagi. Tapi kalau gigit baby, memang kesan merah-merah dan gatal tu lama nak hilang. Siap bengkak lagi. So kalau nak legakan cepat, sapukan jek minyak kelapa ni macam sapu krim. Jadi kesan luka akibat gigitan serangga dan nyamuk ni cepat sangat hilang. ( Coconut and Health ).
<

#2 BANTU HILANGKAN KESAN STRETCH MARK DISEBABKAN MENGANDUNG

Yang ni mak-mak dan ibu-ibu mengandung paling suka. Mak mak memang pening tengok stretch mark yang muncul dek kerana mengandung. Minyak kelapa pon memang dah famous sangat dah digunakan sebagai pelembab dan untuk jadikan kulit anjal dan mudah meregang. Jadi tak ada stretch mark tu muncul. Cara gunanya senang jek, sapukan jek kat kulit selepas mandi. Sapu sampai rasa ia meresap masuk dalam kulit. Kesannya memang best! ( The Healthy Homes).

StretchMarks {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! StretchMarks

<

#1 HILANGKAN BAU BADAN

Siapa sangka minyak kelapa pon memang boleh dijadikan sebagai deodorant semulajadi!!! Bukan jek boleh lembabkan kulit bawah ketiak, baunya pon sedap! Tak percaya boleh baca penghalaman wanita ini. Dia dah sungguh jatuh cinta jadikan minyak kelapa ni sebagai deodorant. Kurang risiko kene kanser payudara tau. ( Xovain ).

MTE5NTU2MzA4NzM5Nzg2MjUx {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! MTE5NTU2MzA4NzM5Nzg2MjUx

<

Hah ok sampai sini dulu. kalau ikutkan memang ada banyak lagi kegunaan minyak kelapa ni. Tak tau nak beli kat mana? Cube ke sini. Memang ada jual minyak kelapa dara atau dikenali sebagai Virgin Coconut Oil (VCO). Kalau boleh belilah yang guna kaedah cold-pressed. Iaitu yang tak gunakan haba langsung untuk dapatkan minyak kelapanya. Memang agak mahal, setanding khasiatnya.

BIO-coconut-oil-small-235x310 {focus_keyword} 10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu! BIO coconut oil small

Virgin Coconut Oil


Takut Jeragat Tak? Kalau Takut, Sila Pakai SPF Sunscreen

$
0
0
[Video] Perempuan ni cantik, tapi tengok apa matahari buat pada kulit dia. Video ni tunjuk macam mana matahari “tengok” kita. Maksudnya, apa yang sinar matahari tu akan buat pada kulit kita kalau tak pakai sunscreen. Dan dalam video ni jugak akan tunjuk, apa jadi pada kulit kita, kalau kita pakai suncreen. Macam mana pulak matahari “tengok” kita kalau kita pakai suncreen.
 <
Saksikan. Sure korang takkan miss nak pakai sunscreen lagi lepas ni. Hehehhe.8-) {focus_keyword} Takut Jeragat Tak? Kalau Takut, Sila Pakai SPF Sunscreen icon cool
Tengok dulu video ni. Video ni tunjuk jeragat kita yang bakal muncul.
<
Nah, nak ke umur 40 tahun ade jegarat. Jeragat susah gila nak hilang tau. Bila dia dah mula menepek, tobat lahum memang menangis la korang tengok jegarat tu. Macam mana jeragat boleh jadi? Meh nak ajar cara nak hilangkan dia.
sunscreen-UV-example {focus_keyword} Takut Jeragat Tak? Kalau Takut, Sila Pakai SPF Sunscreen sunscreen UV example
Tengok ni. Kanan tu pada cahaya biasa. Kiri tu didedahkan pada sinar UV. Bahagian yang disapu dengan sunscreen / sunblock akan nampak gelap. Bermaksud bahagian tu dilindungi oleh cahaya matahari. So sinar UV tak kena pada bahagian yang sapu sunscreen / sunblock.
 >
>

Kepentingan Sunscreen / Sunblock

Ok, mula-mula kena paham, apa kepentingan Sunscreen/ Sunblock? Ia membantu untuk menghalang sinaran UVA dan UVB yang boleh merosakkan kulit kita. UVA ni lebih kepada effect jangka masa panjang macam kedut-kedut dan juga jadikan kulit lebih cepat jadi tua (penuaan pramatang).
 >
>

Apa maksud SPF?

SPF bermaksud – Sun Protection Factor. Ia ada serendah 2 dan boleh sampai 70. Lagi tinggi nilai SPF, lagi lama lah ia boleh tahan sinar UVA dan UVB dari kena pada kulit kita dari terbakar dek sinar UV tu (lalu terhasillah jeragat). Sebagai contoh, SPF 15 bermaksud, ia dapat tahan kulit kita dari terbakar cahaya matahari selama 150 minit (sahaja). Jadi, selepas 150 minit, kenalah pakai lagi SPF 15 tu.
 >
>
Ingat ya, tak semestinya matahari kena bahang, tak semestinya matahari kena terik. Asalkan kita terdedah jek dengan cahaya matahari, sure akan kena sinar UV ni. Ingat jugak, cahaya matahari ni boleh terpantul di permukaan apa-apa. So tak semestinya kat bawah bumbung tak kena sinar UV (cuma mungkin sikit lah kena). Jadi penting sangat Sunscreen / Sunblock (kalau nak kekal kulit sihat dan cantiklah kan).
 >
>
Menurut satu badan organisasi yang berkisar pasal kanser kulit – Melanoma Foundation, 1 daripada 5 orang America akan terkana kanser kulit. Ini menjadikan kanser kulit antara penyakit yang paling ditakuti. Itu Amerika! Diorang ada musim sejuk (matahari hilang). Kita ni kat Malaysia, sentiasa matahari tegak atas kepala. Rasanya patut lagi takut kan? Kita khatulistiwa memang terik sepanjang hari, sepanjang tahun. Seolah-olah berada kat tepi pantai sepanjang hari. Ngeri.
 >
>
Nah, takut tak? Takut tak?
So jangan lupa lah naa pakai sunscreen lepas ni ya.

Telur Tak Boleh Dibasuh dan Disimpan Dalam Peti Sejuk

$
0
0

Salah handling makanan – telur yang telah dibasuh tak boleh disimpan dalam peti sejuk. Basuh bersih-bersih dan terus guna untuk masak. Itu baru penyediaan telur  yang betul.

{focus_keyword} Telur Tak Boleh Dibasuh dan Disimpan Dalam Peti Sejuk 670px Clean Eggs Step 7

Majoriti kita terutama Muslim akan sangat geli dengan telur yang mentah yang baru dibeli kerana ada najis ayam pada telur tu. Lebih-lebih lagi memikirkan telur tu kan keluar dari bontot ayam. Pulak tu kita pulak habit masukkan telur dalam peti ais, jadi kita fikir najis tu akan merebak kepada makanan lain dalam peti ais tu.

  • Siap berus telur ayam tu dengan sabun lagi haaa.
  • Siap basuh pakai sabun lagi haaa.
  • Sedangkankan semua tu jadikan telur lebih teruk terdedah kepada bakteria.

Masukkan telur dalam peti ais tak salah. Memang boleh panjangkan usia telur ayam. Tapi bukan masukkan telur ayam yang sudah dibasuh.

<

Telur Mentah Mengandungi “Protective Bloom”

“Protective Bloom”  ni memang semulajadi Allah dah ciptakan pada telur ayam untuk melindungi bakteria Salmonella dari masuk ke dalam telur. Lapisan ini jugak yang lindungi anak ayam dalam telur dari dijangkiti bakteria Salmonella ni. Kalau kita basuh telur (bayangkan pulak basuh dengan sabun, siap berus lagi), pori-pori pada kulit telur tu lagilah terdedah dengan bakteria. Kita mungkin tak nampak pori tu, tapi dengan bersihkan pori tu, lagi mudah isi telur terdedah dengan bakteria Salmonella.

Malah, kalau kat UK dan EU, mereka haramkan telur yang dibasuh untuk dijual. Tapi disebabkan ramai sceptical dengan telur yang ada najis atau telur yang nampak kotor, so ada yang basuh telur tu dan sembur pulak dengan lapisan lain untuk halang bakteria masuk. Sebab tu ada telur yang nampak bersih sangat-sangat dan berkilat kat pasaraya [5].

{focus_keyword} Telur Tak Boleh Dibasuh dan Disimpan Dalam Peti Sejuk eggs 15

<

Apakah itu Salmonella?

Salmonella merupakan sejenis bakteria jahat yang terkadang hadir di dalam bekalan makanan termasuk ayam, tomato, guacamole, kacang tanah dan juga terdapat di dalam makanan haiwan. Habitat yang subur bagi bakteria jahat ini ialah didalam usus haiwan dan manusia yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Sekiranya terkena penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella ini, risiko nya mungkin membawa kepada kematian. Namun begitu, kita boleh melindungi diri kita dari terkena jangkitan dari bakteria jahat ini dengan amalan kebersihan.

<

Di manakah Bakteria Salmonella boleh didapati?

Telur separuh masak. Bakteria Salmonella boleh didapati dari sumber makanan yang berasal dari haiwan seperti daging, susu, ayam, produk tenusu, telur dan makanan laut juga beberapa jenis sayur dan buah-buahan. Oleh kerana itu, kita tidak digalakkan untuk memakan makanan yang separa masak atau tidak dimasak sepenuhnya. Amalan memakan telur separuh masak yang sering menjadi menu sarapan di Restoran mamak dan Kopitiam di Malaysia merupakan makanan yang kurang elok kerana kebarangkalian untuk terdapat bakteria Salmonella adalah tinggi dan ini dikhuatiri akan menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan.

<

Memasak dan Membasuh boleh membasmi Salmonella?

Masak yang sempurna boleh membunuh Bakteria Salmonella. Walaupun membilas dan membasuh buah merupakan amalan baik sebelum makan, namun ia tidak akan mampu membasmi Salmonella terutama semasa wabak. Sekiranya terdapat amaran dari Kementerian kesihatan untuk tidak memakan sesuatu makanan yang berpotensi tercemar, maka adalah lebih baik untuk tidak makan makanan tersebut sama ada dimasak atau tidak.

<

{focus_keyword} Telur Tak Boleh Dibasuh dan Disimpan Dalam Peti Sejuk 8193757

Terus gunakan telur yang sudah dibasuh, bukan simpan dalam peti ais.

<

 <

Elakkan Telur Yang Pecah Dan Kotor

Bakteria dari najis ayam dari kulit telur boleh masuk melalui rekahan telur yang mungkin pada kita rasa ia tak ketara sangat pon. Sedangkan ia sangat bahaya dan kalau bakteria tu dah masuk ke dalam telur, jangkitan penyakit akan boleh jadi sangat teruk. Jadi telur yang nampak retak memang kene dibuang terus, walaupaon nampak macam tak ada apa-apa.

<

Apa Nak Buat Bila Dah Beli Telur

Bila beli telur, ada beberapa perkara kena ambik kira dan ambil tahu

  1. Bukak telur dan tengok ada tak telur yang retak. Kalau ada, jangan beli.
  2. Elakkan beli telur yang tak ada tarikh luput, atau telur yang dipilih sendiri sebab kitatak tahu macam mana telur tu dikendalikan, bila tarikh “best before” nya.
  3. Telur lebih besar mempunyai kulit yang lebih nipis berbanding telur kecik. Jadi nipis tu lebih banyak chances ia retak dan terdedah dengan bakteria.
  4. Kalau ada telur kotor dan retak pulak tu, basuh pon tak menjadikan ia lebih selamat. Lebih selamat buang.
  5. Jangan basuh telur dan simpan. Bila telur dibasuh, terus guna dan masak. Sebab kulit telur yang dibasuh bukan sahaja hilang lapisan “Protective Bloom”. Malah bila basuh, pori pada kulit telur jadi lembab, lagi senang bakteria nak masuk dalam telur.
  6. Kekalkan telur dalam bekas dia, tanpa dibasuh dan simpan dalam peti sejuk. Dalam masa yang sama, semua makanan yang ada dalam peti sejuk haruslah ditutup. Lagi-lagi makanan yang dah dimasak. Disebabkan kulit telur ada pori-pori halus, makanan yang kuat baunya (seperti durian) boleh cemarkan telur. Sebab tu lebih selamat letak telur dalam bekas asalnya.
  7. Lagi sebab kenapa kena letak telur dalam bekas asalnya, adalah tarikh “best before”. Tanpa bekas asal, kita tak tahu tarikh “best before” tu.
  8. Tanda tarikh “best before” dalam kotak telur bermaksud best before dalam keadaan telur tu disimpan dalam peti sejuk. Makna kata, kalau tak simpan dalam peti sejuk, kena guna lebih awal dari tarikh “best before”.
  9. Simpan telur pada bahagian dalam peti, bukan pintu sebab pintu akan selalu bukak dan tutup, maka ada banyak perubahan suhu. Ia tak bagus untuk telur.

<

Tips Keselamatan Makanan

Food & Drugs Association (FDA) mengesyorkan amalan-amalan ini untuk semua buah- buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan keracunan makanan:

  • Cuci tangan dengan betul iaitu menggunakan sabun dan air suam sebelum dan selepas mengendali.
  • Basuh sayuran dan buah dengan teliti di bawah air yang mengalir, bukan dalam tab atau tenggelam.
  • Gunakan papan pemotong bersih dan perkakas dapur.
  • Jangan biarkan menghasilkan bersentuhan dengan makanan mentah atau permukaan yang telah disentuh bagi mengelakkan pencemaran silang terjadi.

<
Bakteria Salmonella bukan dari sumber makanan

Bakteria bukan sahaja boleh berjangkit melalui makanan yang dimakan, malah ia juga boleh dijangkiti dari sumber yang bukan makanan. Haiwan peliharaan mengandungi bakteria salmonella di dalam usus mereka dan ini berpotensi untuk berjangkit kepada anda. Sebagai langkah keselamatan, pastikan tangan dibasuh dengan betul selepas tersentuh mana-mana haiwan atau najis mereka.

<

Gejala dan Rawatan Salmonella

Gejala yang dipanggil gejala salmonellosis termasuk kekejangan perut, demam yang terjadi dalam waktu 12-72 jam selepas makan dan cirit-birit. Kebiasaannya orang yang menghidap sakit ini akan pulih dalam masa empat hingga tujuh hari dan tidak memerlukan rawatan lain.

<

Rujukan:

  1. http://www.wellfedhomestead.com/should-you-wash-your-chickens-eggs
  2. http://www.safeeggs.com/eggs/egg-myths
  3. http://www.foodsafetynews.com/2014/12/how-to-store-eggs-safely-its-all-a-matter-of-how-you-look-at-the-data/#.VglPlfmqqko
  4. http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/12/07/refrigerating-chicken-eggs.aspx
  5. http://www.forbes.com/sites/nadiaarumugam/2012/10/25/why-american-eggs-would-be-illegal-in-a-british-supermarket-and-vice-versa/
  6. http://kursuspengendalianmakanan.com/kenali-bakteria-salmonella/

http://vitamin.ibucergas.com/catalog/

http://vitamin.ibucergas.com/kelebihan-jadi-ahli-shaklee/

Vegetable Shortening – Bahaya Sebab Ia Adalah Trans Fat

$
0
0

Kita dengar perkataan “minyak sayur” atau “lemak sayur”. Kita fikir ia sihat sebab diperbuat dari sayur. Semua tertipu. Memang sangat berjaya mengaburi pemikiran kita. Sebab “lemak sayur” ni, atau dikenali sebagai Vegetable Shortening, adalah TRANS FAT!

Selama ni kita makan makanan bergoreng, kita cukup risau eeiii banyaknya minyak ni. Serba salah makan sebab tertelan banyak minyak. Siap balut dengan paper towel banyak-banyak sebab nak buang minyak tu. Sedangkan trans fat sebenarnya terbentuk semasa penggorengan. Bila mana minyak yang asalnya berbentuk cecair, tiba-tiba menjadi pepejal, itu sudahpon membentuk trans fat.

Trans fat bukan sahaja terbentuk masa makanan digoreng. Tapi ia juga terbentuk sebab melalui proses penghidrogenan.

Ia jauh lebih bahaya dari butter (pure butter). Dan ia lebih bahaya berbanding minyak sayur yang dalam bentuk cecair.

Ok takpe, masih keliru? Kita baca sejarah dulu macam mana Vegetable Shortening dibuat.

Kenapa Minyak Sayuran Dibuat? 

Kita dah pernah belajar kenapa pure butter (mentega) adalah lebih baik dari minyak kelapa sawit >> Minyak Masak Terbaik. Kita dah tahu apa beza ikatan tepu dan ikatan tak tepu pada molekul asid lemak. Kita pon dah tahu apa beza saturated fat dengan unsaturated fat. Semua boleh dibaca di link di atas tadi.

Minyak sayur yang dijadikan sebagai lemak sayuran atau Vegetable Shortening ni, berubah dari ikatan tak tepu (unsaturated) kepada ikatan tepu (saturated) melalui proses penghidrogenan. Iaitu penambahan atom hidrogen pada molekul minyak, supaya ia menjadi stabil dan tepu dengan ikatan hidrogen.

{focus_keyword} Vegetable Shortening - Bahaya Sebab Ia Adalah Trans Fat low trans fat

Kata mudahnya begini:

Minyak sayuran mempunyai ikatan molekul asid lemak yang tak tepu dengan hidrogen, jadi ia berbentuk cecair dalam suhu bilik. Bila ditambahkan hidrogen pada ikatan molekul asid lemak, maka molekul itu akan tepu dengan hidrogen. Minyak sayuran itu berubah bentuk kepada pepejal dalam suhu bilik.

Pernambahan atom hidrogen akan menyebabkan keadaan “trans” atau separa pepejal. Lemak sayuran ini hanya dihidrogenasi sebahagiannya maka lahirlah nama “minyak separa hidrogenasi” atau “minyak sayur terhidrogen”. Sekiranya proses hidogenasi berterusan sehingga tak ada lagi ruang untuk atom hidrogen dalam molekul asid lemak tu, asid lemak akan menjadi tepu, maka lahirlah lemak tepu (saturated fat).

Jadi, makanan yang mengandungi minyak separa hidrogenasi ini mengandungi TRANS FAT.

Apa Gunanya Minyak Sayuran Ni? 

Dari segi sejarah, asid lemak trans membantu menjadikan makanan mempunyai jangka hayat yang panjang! Cuba fikirkan kenapa banyak produk bakeri tahan lama kadang sehingga seminggu lamanya). Itu merupakan tujuan utama penghidrogenasi. Proses penghidrogenan ni juga murah. Ia juga jadikan tekstur produk bakeri jadi rasa lebih sedap dan gebu. Lemak trans boleh dijumpai dalam pastri (termasuk kuih donut), ayam goreng, biskut, pizza (atau roti canai) dan juga makanan ringan yang diminati oleh kanak-kanak Malaysia.

Siapa jek la tak suka makanan yang saya sebut kat atas tu. Sedap sangat!

Toxic-Trans-Fat {focus_keyword} Vegetable Shortening - Bahaya Sebab Ia Adalah Trans Fat Toxic Trans Fat

Habes, Apa Keburukan Lemak Trans Ni?

Lemak trans terbukti mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL  (kolesterol jahat). Lebih rendah paras HDL, lebih tinggi kebarangkalian serangan jantung.

Butter Tak Ada Lemak Trans Ke? 

Lemak trans sebenarnya wujud jugak secara semula jadi dalam diet harian kita. Ia boleh didapati di dalam daging lembu, daging kambing dan makanan tenusu macam susu dan butter. Bakteria yang wujud di dalam perut lembu menghidrogenkan minyak dari makanan untuk menghasilkan lemak trans. Kesan lemak trans semulajadi di dalam diet masih tidak diketahui. Tapi dah ada kajian beberapa kajian menyatakan bahawa lemak trans semulajadi meningkatkan HDL (kolestrol baik) dan mengurangkan LDL (kolestrol jahat). Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa lemak trans dalam kuantiti yang sedikit tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas sistem badan manusia. Tapi kalau ambil lemak trans semulajadi banyak-banyak pon, sama jek kesannya dengan ambil lemak trans yang dibuat dari proses hidrogenasi tu. Apa pon kene bersederhana.

Vegetable Shortening Dalam Bahan Bakeri Dan Kek

Biasanya kek yang berharga murah, buttercream yang digunakan memang sangat menggunakan lemak sayuran ni. Ingat ya, walaupon namanyak lemak sayur, ia bukan sihat macam sayur. Ia lebih jahat berbanding saturated fat sebab ia merupakan trans fat!

Sebab tulah kek berkualiti yang menggunakan pure butter, dan tanpa shortening dalam buttercream nya berharga lebih mahal. Alternatif kepada buttercream yang murah dan tak sihat ini adalah Swiss Meringue Buttercream – bahan asasnya adalah putih telur, gula dan pure butter. Tiada vegetable shortening digunakan.

Jika buat roti dan donut, gunakan pure butter dan jangan gunakan langsung shortening.

HE_doughnut-stack-thinkstock_s4x3_lg {focus_keyword} Vegetable Shortening - Bahaya Sebab Ia Adalah Trans Fat HE doughnut stack thinkstock s lg

Sebagai pengguna, terdapat beberapa langkah mudah untuk mengurangkan nafsu pengambilan lemak trans.

  1. Tak payah guna langsung Vegetable Shortening dalam masakan.
  2. Pilih produk yang bebas lemak trans. Ini termasuklah produk yang tulis “minyak separa hidrogenasi” atau “minyak sayur terhidrogen” di label makanan sebab itulah nama ganti lain kepada lemak trans. Usah tertipu. Bukan semua nama “sayur” adalah baik.
  3. Pilih produk rendah lemak tepu dan rendah kolestrol, sebaik-baiknya kurang daripada 5% yang badan kita perlu. Lebih rendah nilai kolestrol dan lemak tepu, kebarangkalian untuk dapat lemak trans pon jadi lebih rendah. Ingat, trans fat pon ada terbentuk secara semulajadi ya.
  4. Jangan menggunakan minyak masak lebih lagi sekali.
  5. Elakkan makanan yang mungkin mengandungi lemak trans. Senang cerita, makanan yang mengandungi marjerin, pastri atau biskut, makanan segera (kentang goreng, ayam goreng dan burger) makanan sejuk beku (pizza beku, nugget beku, pau).
  6. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, gandum dan daging/daging ayam yang dibuang kulit dan lemak.

Rujukan:

[1] http://www.mmgazette.com/bahaya-lemak-trans-dr-helmy-hazmi/

[2] http://www.webmd.com/diet/trans-fats-science-and-risks?page=2

 

 

http://vitamin.ibucergas.com/catalog/

http://vitamin.ibucergas.com/kelebihan-jadi-ahli-shaklee/

http://vitamin.ibucergas.com/category/vitamin-untuk-ibu-bersalin/

http://vitamin.ibucergas.com/set-bersalin-shaklee-alahai-murahnya-harga/

http://vitamin.ibucergas.com/harga-set-menyusu-shaklee-amat-berpatutan-juga/

http://vitamin.ibucergas.com/cara-berhenti-merokok/

http://vitamin.ibucergas.com/derita-sakit-bengkak-tonsil-ubat-sakit-tonsil-semulajadi/

http://vitamin.ibucergas.com/cara-hilangkan-gelgata-kaligata-atau-urtikaria-urticaria-atau-hives/

http://vitamin.ibucergas.com/pencuci-muka-terbaik-dari-set-penjagaan-kulit-shaklee/

http://vitamin.ibucergas.com/produk-paling-berkesan-untuk-memutihkan-kulit/

Elak Sembelit Semasa Berpantang

$
0
0

?? {focus_keyword} Elak Sembelit Semasa Berpantang cartoon woman on toilet with constipation e1445203940946

Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil dan juga dalam pantang. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang diambil pada masa ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu sembelit semasa berpantang adalah;

  • Awasi diet harian, jaga pemakanan semasa berpantang.
  • Pastikan minum air dengan cukup ( 2-3 liter sehari), minum banyak air atau jus buah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  • Lakukan senaman ringan semasa berpantang
  • Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari.
  • Janganlah terlalu berpantang dengan tidak mengambil langsung sayur-sayuran atau buah-buahan.
  • Jus prun juga boleh membantu. Lakukan aktiviti seperti biasa.
  • Suplemen yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.
  • Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
  • Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita selepas bersalin, tetapi jika ia berlarutan, maklumkan kepada doktor anda.
  • Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.

Buasir Semasa Berpantang

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.

Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Rawatan Buasir

  • Proses rawatan yang boleh dilakukan untuk peringkat awal adalah pemberian ubat melembutkan najis.
  • Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif. Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.
  • Kaedah lain pula adalah kaedah Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation).
  • Selain itu, minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari. Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
  • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.
  • Jika makan di luar rumah, pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar. Jika terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

Video di bawah ini adalah pengalaman ibu muda ni yang alami masalah sembelit yang sangat teruk masa berpantang anak pertama sehingga beliau macam tak sanggup nak beranak lagi. Hanya ibu-ibu yang mengalami saat “getir” ni jer yang akan paham. Sehinggalah beliau jumpa jalan penyelesaian yang sangat mudah semasa berpantang anak kedua.

 

 

Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya!

$
0
0

Hidup kita ni penuh dengan plastik. Memang banyak, kat rumah pon banyak plastik, kat luar apatah lagi. Kalau dianggarkan, kira-kira ada sampai 330 tan plastik dikeluarkan pada tahun 2013. Boleh rujuk link kat sini berapa banyak plastik dikeluarkan >> http://www.plasticseurope.org/

Cube perhati jek sekitar kita. Apa jek benda yang tak ada plastik. Kat rumah kita segenap sudut ada, dalam kereta, kat opis, kat kedai-kedai kita makan. Penuh plastik jek hidup kita ni. Baju kita pon sebenarnya ada plastik. Cer belek pulak cermin mata – pooon dari plastik.

Komputer?

Telefon/Handphone?

Toys?

Barang-barang  untuk makanan apatah lagi.

Tu tak termasuk, bekas-bekas makanan kita, bekas-bekas minuman kita termasuklah bekas air jus, kicap, cheese, roti-roti, buah-buah hatta sayur pon kita dok bungkus dalam plastik.

<

So Apa Masalahnya Dengan Plastik? Hidup jek pon.

Well, masalahnya kita tak sedar yang kita dah makan banyak plastik berbahaya!

Sedar tak sedar jek sebenarnya banyak dah kita salah gunakan plastik. Sebab apa? Sebab ia macam senang, macam mudah. Tapi bila kena kanser sakit bagai, kita salahkan vitamin yang baru kita amik 1 bulan…. Ops!

Tak percaya?

Cuba perhatikan jek la persekitaran kita.

Sarapan pagi, beli air tapau air panas dalam plastik biasa (bukan jenis HDPE). Selamba minum air panas tu guna straw yang bukan jenis Polypropylene. Makanan pulak, kita tapau mee goreng mamak panas-panas dalam bekas polisterin jenis styrofoam food trays.

Fuh, itu baru kejadian di pagi hari. Belum masuk tengah hari, malam dan plastik-plastik yang lain kita guna.

Dalam group masak memasak, diperhatikan pulak ramai orang kukus mengukus guna bekas plastik yang kita sendiri tak tahu elok dan sesuai tak untuk suhu panas. Paling kerap kita nampak, orang kukus makanan guna bekas aiskrim. Sedangkan bekas aiskrim mungkin tak sesuai untuk suhu tinggi.

Keliru nak guna bekas yang macam mana? Kat bawah ni ada sedikit sebanyak guide yang mana sesuai untuk suhu panas,, dan yang mana sesuai untuk suhu sejuk, serta yang mana tak sesuai langsung digunakan untuk makanan.

{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya!  Bahaya kesan  252520makanan 252520bungkus 252520dalam 252520plastik

<

Kenali Plastik Anda

 

>

Type #1

{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! plastic 1pet main

Nama Type #1 PETE – Singkatan kepada Polyethylene terephthalate ethylene
Ciri-ciri Plastik Jernih dan nipis
Kegunaan Air mineral, Minumam bergas dan minuman jus, Botol syampoo, Bekas botol pencuci, Botol-botol mentega kacang, botol minyak masak
Keselamatan dalam makanan Plastik ini selamat digunakan untuk makanan tetapi ia tak boleh digunakan berulang kali dan tak tahan suhu panas. Guna hanya sekali sahaja
Bahan Kimia Leaching  Ok. Bahan kimia tidak terbebas ke dalam makanan yang disimpan, melainkan jika ia diguna berulang kali atau didedah pada suhu panas. Guna hanaya sekali sahaja.

 

<

Type #2

           {focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! plastic 2hdpe main  {focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! 54ff2a120ff0b plastic recycling symbols 2 lg
Nama Type #2 HDPE – High density polyethylene, diperbuat daripada petroleum
Ciri-ciri Plastik Tebal dan opaque (bukan transparence)
Kegunaan Bekas untuk susu, peluntur, pencuci, syampoo, dan beg-beg plastik
Keselamatan dalam makanan Selamat digunakan untuk makanan dan boleh reuse penggunaan, tapi limitkan juga reuse
Bahan Kimia Leaching  *Nasi impit dalam plastik jenis opaque ni selamat dimakan tanpa chemical leaching

<

 

 

 

Type #3

{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! plastic symbol 31

Nama Type #3 PVC or V – Polyvinyl chloride
Ciri-ciri Plastik Keras tapi flexible
Kegunaan Paip, plastic sampah PVC, plastic salut  wayar, hose getah paip air
Keselamatan dalam makanan Tidak sesuai digunakan untuk makanan
Bahan Kimia Leaching  Mengandungi bahan kimia berbahaya dioxin dan juga karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Mengandungi phthalates. Kesemua bahan kimia ini boleh mengganggu kesuburan

<

Type #4

 

{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! plastic 4

Nama Type #4  LDPE: Low density polyethylene.
Ciri-ciri Plastik Lembut dan flexible
Kegunaan Banyak digunakan dalam plastik pasaraya, ziplock plastik, plastic wrap untuk makanan dan juga botol-botol makanan
Keselamatan dalam makanan Sesuai untuk makanan dan boleh reuse penggunaan.
Bahan Kimia Leaching  Chemical resistance, bahan kimia tak leaching. Meskipon selamat, ia tak sebagus HDPE and PETE

 

<

Type #5

{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! polypropylene {focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! 54ff2a1389b03 plastic recycling symbols 5 lg
{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! product 3 136982 20120319104149

 

Nama Type #5  PP – Polypropylene
Ciri-ciri Plastik Keras tapi flexible
Kegunaan Banyak digunakan untuk bekas-bekas makanan termasuk butter dan yogurt, straw. Kitchenware, toys dan botol bayi
Keselamatan dalam makanan Sesuai untuk makanan dan boleh reuse penggunaan tapi tak boleh menggunakan microwave
Bahan Kimia Leaching  Chemical resistance, bahan kimia tak leaching. Meskipon selamat, ia tak sebagus HDPE and PETE

<

Type #6

{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! plastic 6

Nama Type #6  PS: Polystyrene
Ciri-ciri Plastik Rapuh dan mudah pecah
Kegunaan Digunakan untuk  styrofoam bekas makanan, egg cartons, cawan pakai buang, mangkuk dan pinggan pakai buang yang jenis opaque and bowls, carry-out containers and opaque
Keselamatan dalam makanan Tidak selamat digunakan untuk makanan
Bahan Kimia Leaching  Boleh leaching kan bahan kimia yang dikenali sebagai styrene (sejenis neutoxin)

<

Type #7

{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! 54ff2a151860a plastic recycling symbols 7 lg

Nama Type #7  Anything from #1 to #6
Ciri-ciri Plastik Rapuh dan mudah pecah
Kegunaan Sippy cup untuk bayi, balang untuk babyfood, botol bersaiz 5 gallon, pinggan makan plastik dan sudu plastik, plstik dalam tin makanan, microwave ovenware
Keselamatan dalam makanan Mengandungi polycarbonate, bio-based plastics, co-polyester, acrylic, polyamide and plastic mixtures like styrene-acrylonitrile resin (SAN) dan BPA.
Bahan Kimia Leaching  Sangat tak bagus untuk makanan apatah lagi untuk kids. Lagi lama makanan tu dalam bekas ni, lagi banyak chemical boleh leaching dalam makanan

Itu baru jenis-jenis plastik yang kita kene kenal. Lepas ni kalau beli apa-apa, make sure perhatikan kod nombor plastik ya.

<

Apa Pulak BPA?

BPA atau bisphenol A ni digunakan dalam bahan nak buat bekas-bekas plastik. Banyak sangat digunakan dalam bekas air yang besar warna biru tu, untuk water cooler. Ia juga banyak dalam bekas tin makanan sebagai lining dalam tin. Bahayanya BPA ni adalah kerana ia menyerupai hormon estrogen, dan jika terdedah kepada BPA ni walau sedikit pon, akan sangat berbahaya kepada kesihatan manusia termasuklah mengubah sistem immune badan, kesuburan, meningkatkan saiz prostat, obesiti, penebat kepada insulin, hyperactive dan mengurangkan kemahiran pembelajaran. Boleh rujuk di sini >> http://www.ncbi.nlm.nih.gov/

Pengganti BPA?

Bila dah dic=scover yang BPA ni tak bagus, mereka buat pulak pengganti BPA dan label plastik tu sebagai BPA-FREE. Tapi jangan tertipu, sebab ada juga kajian bahawa pengganti BPA ni pun ada hormon active sama jek macam BPA. Boleh baca sini >> http://ehp.niehs.nih.gov/1408989/

So apa nak buat semua pon bahaya?

Ok pertama sekali, memang jauhkan semua plastik label #3, #6 dan #7. Jangan guna langsung. Sebab itu yang paling bahaya.

Kalau katakan kena juga guna bekas plastik, pilihlah yang #1, #2 dan #5. Dan ikutlah langkah-langkah berikut:

  • Jangan letak makanan panas dalam bekas tersebut. Jangan panaskan makanan jugak dalam bekas plastik. Terutamanya dalam microwave dan pengukus makanan.
  • Gunakan plastik untuk makanan sejuk. Meskipon PP dan HDPE selamat digunakan untuk kukus makanan panas, kalau boleh elakkan lebih baik.
  • Jangan microwave makanan dalam bekas plastik, walaupon ditulis kat situ “MICROWAVE SAFE”. Tukar semua ke bekas kaca barulah masuk microwave.
  • Cover makanan dengan tisu compare dengan plastic wrap untuk dipanaskan dalam microwave.
  • Jangan letakkan makanan yag banyak minyak, berasid (seperti sauce)
  • Jangan gunakan bekas yang pecah, berbau, melekat atau calar. Semua ni boleh jadikan bahan kimia keluar dari bekas plastik ke dalam makanan.
  • Tukar semua plastik dengan GELAS! Atau STAINLESS STEEL atau KAYU!
  • Bawa bekas botol stainless steel, dan kurangkan pembelian botol minuman dalam plastik. Pastikan juga bekas stainless steel tu tak ada lines @ lapisan BPA. Ia mungkin agak mahal, tapi kesihatan lagi mahal beb.
  • Selalulah bawak sudu dan garfu sendiri dalam beg. Supaya kita tak perlu guna sudu dan garfu yang mungkin dibuat dari PVC.. euu..
  • Jangan minum air water cooler. Lagi-lagi yang gunakan bekas biru besar tu. Type #7 punya plastik tu. Sangat bahaya.

Dah tu kalau nak bagi jiran sebelah rumah, nak bagi pakai bekas apa? Ala….bagilah pakai bekas kaca. Nanti beliau berilah balik berisi makanan lain kan kan kan.

Nak kukus kek? Boleh tapi cek dulu code plastik tu. Adakah ia #3? #6? atau #7. Kalau iya, buanglah. Ia berbahaya. Kalau tak ada code? juga buanglah. Better pakai loyang ataupon stainless steel

{focus_keyword} Kita Makan Banyak Plastik Berbahaya! 12305679 1179852052028401 1279124692 n

All the best on your plastic-free journey!

Rujukan:

http://www.everydayroadtohealthy.com/2010/12/08/110/

http://www2.ulprospector.com/pm/HDPE.asp

[1] http://vitamin.ibucergas.com/category/vitamin-untuk-ibu-bersalin/
[2] http://vitamin.ibucergas.com/set-bersalin-shaklee-alahai-murahnya-harga/
[3] http://vitamin.ibucergas.com/harga-set-menyusu-shaklee-amat-berpatutan-juga/
[4] http://vitamin.ibucergas.com/cara-berhenti-merokok/
[5] http://vitamin.ibucergas.com/derita-sakit-bengkak-tonsil-ubat-sakit-tonsil-semulajadi/
[6] http://vitamin.ibucergas.com/cara-hilangkan-gelgata-kaligata-atau-urtikaria-urticaria-atau-hives/

Panduan untuk Pesakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

$
0
0

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruam sistem pertahanan tubuh (autoimmune disease). Sistem pertahanan tubuh adalah merupakan rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh dari jangkitan kuman dan penghasilan antibodi. Namun bagi pesakit SLE, kecelaruan sistem antibodi ini menyebabkan ia menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh diserang, mengakibatkan gejala yang berbeza-beza bergantung kepada organ terlibat.

{focus_keyword} Panduan untuk Pesakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) symptoms of lupus

M– Malar rash – iaitu tompok kemerahan yang berbentuk seperti rama-rama dan terjadi di kawasan wajah. Malar rash ini juga boleh muncul jika terkena sinaran matahari.

<

Jenis-jenis Penyakit Lupus

1) Discoid Lupus Erythematosus (DLE)

  • Melibatkan kulit sahaja
  • tidak melibatkan organ lain

2) Systemic Lupus Erythematosus

  • Melibatkan organ-organ badan
  • Lebih serius dan boleh membawa maut sekiranya tidak dikawal

<

Statistik

  • Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1
  • di Malaysia, dalam anggaran 11,000 pesakit SLE terutamanya dalam kalangan wanita berusia 15-45 tahun tanpa mengira kaum.

<

Punca Penyakit SLE

Masih tidak diketahui. Namun ada beberapa teori yang dikaitkan dengan SLE seperti:

  • Jangkitan virus
  • Hormon
  • Faktor persekitaran
  • Genetik

<

Tanda dan Gejala

Anda mungkin menghidap SLE jika mengalami gejala berikut:

  • Ruam pada kulit muka dan badan
  • Kemerahan kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari
  • Ulser mulut
  • Kesakitan dan keradangan sendi
  • Demam berlarutan
  • Kelesuan
  • Keguguran rambut berlebihan

{focus_keyword} Panduan untuk Pesakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) SLE diseaseimage

 

{focus_keyword} Panduan untuk Pesakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) 05AE8E04 FD74 3311 A60E3EE4502572F0

Discoid Rash

<

Jika keradangan organ berlaku anda mungkin mengalami gejala di bawah ini

  • Pucat ataupun lebam pada kulit
  • Kencing berbuih, bengkak kaki dan sekitar mata
  • Sawan, angin ahmar ataupun psikosis
  • Susah bernafas
  • Berdebar-debar

<

Diagnosa

Pesakit SLE boleh disahkan berdasarkan gejala-gejala yang dialami serta ujian di makmal. Gejala ini mungkin tidak berlaku serentak dan anda perlu memberitahu doktor yang merawat tentang gejala yang pernah anda alami.

>

Rawatan SLE

Ubat-ubatan mengikut keperluan:

  1. Non steroid anti-inflamatory drugs (NSAIDs) – untuk melegakan sakit otot dan radang sendi
  2. Hydroxychloroquine (antimalaria) – selain merawat masalah sendi dan kulit, ia juga menolong mengawal aktiviti penyakit. Penting untuk semua pesakit SLE dan ia ubat yang peru diteruskan seumur hidup jika tiada masalah ketika pengambilan.
  3. Steroid – membantu mengurangkan keradangan dan tindak balas pertahanan badan
  4. Imunosupresif – membantu mengurangkan keradangan dan tindak balas pertahanan badan

<

Panduan Untuk Pesakit SLE

  1. Diet
    • Makan makanan seimbang dan berkhasiat
  2. Senaman
    • Dapat membantu melancarkan pergerakan sendi
    • Elakkan melakukan senaman yang lasak
  3. Stress
    • Tangani stress untuk mengelakkan penyakit menjadi aktif
    • Sentiasa berfikiran positif
  4. Perlindungan Kulit
    • Memakai krim perlindungan SPF > 30
    • Menggunakan payung, topi, kaca mata gelap atau baju lengan panjang bagi mengurangkan pendedahan pancaran matahari
  5. Ubat-ubatan
    • Makan ubat mengikut arahan dan jangan berhenti tanpa arahan doktor
    • Elakkan ubat-ubat alternatif kerana dikhuatori interaksi antara ubat boleh berlaku
  6. Rawatan Susulan
    • Patuhi jadual susulan yang ditetapkan

 

 

 

 

Rujukan:

http://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit

Keratan rentas pamplet Unit Rheumatology KKM

 

 

[1] http://vitamin.ibucergas.com/category/vitamin-untuk-ibu-bersalin/
[2] http://vitamin.ibucergas.com/set-bersalin-shaklee-alahai-murahnya-harga/
[3] http://vitamin.ibucergas.com/harga-set-menyusu-shaklee-amat-berpatutan-juga/
[4] http://vitamin.ibucergas.com/cara-berhenti-merokok/
[5] http://vitamin.ibucergas.com/derita-sakit-bengkak-tonsil-ubat-sakit-tonsil-semulajadi/
[6] http://vitamin.ibucergas.com/cara-hilangkan-gelgata-kaligata-atau-urtikaria-urticaria-atau-hives/

Kesilapan Cara Simpan Makanan Yang Dah Dimasak

$
0
0

Berbahaya tau tak. Merbahayakan perut dan nyawa. Well, kalau ikutkan, memang terlalu laaa banyak kontradiks dengan apa yang dah pun diterapkan sepanjang kehidupan kita. Tapi apa yang membezakan adalah, bila kita banyak membaca, kita akan tau rupenya lagi banyak sangat (ye sangat!) yang kita sungguh tak tahu.

Zaman kejar masa sekarang ni, banyak ibu-ibu yang masak “ahead of time”. Maksudnya, masak untuk lunch dan dinner terus pagi-pagi tu. Balik rumah dari kerje terus panaskan makanan. Masalahnya, betul ke cara kita simpan makanan yang dah dimasak tu?

Kita selalu dengar, kalau nak masukkan makanan dalam bekas, kene pastikan sejuk dulu baru la tutup bekas. Nanti cepat basi. Kan? Kita fikir itu betul kan? Banyak pendapat pasal ini.

Takpe, jangan sentap. Nanti kita discuss mana satu betul mana satu salah.
Salmonella terutamanya, 15 – 20 sel salmonella pon dah boleh jadikan kita keracunan makanan. Dan kalau pulak cenonet makanan yang dijangkiti botulism pon dah boleh tau sebabkan kita lumpuh dan even mati!

Jom tengok kesalahan utama yang selalu kita buat

1) Rasa makanan, “Oh elok lagi ni” Haha

Salah! Jangan rasa makanan tu kalau kita ada instinct ia tak elok! Sebabnya, kita tak nampak bakteria tu, kita tak dapat hidu bakteria tu, dan kalaulah betul memang ada bakteria, kira sikit yang kita rasa tu pon dah boleh bawak jatuh sakit!
Penyelesaiannya: Buang je makanan tu. Bukan kita nak membazir. Tapi kalau kita suspect ia macam dah tak elok, tak payah pikir panjang, tak payah pikir ia membazir. Sebab kesihatan itu lebih bernilai. Contohnya, makanan expired. “Nampak elok sangat lagi. Sayang tak makan, membazir”. Bahaya ya kawan-kawan. Agama pon tak suruh kita memudaratkan diri sendiri tau.

2) Letak Makanan yang dah masak atas pinggan makanan yang mentah.

Contoh, goreng ayam. Ayam masak dan letak balik atas pinggan yang ada ayam mentah tadi (dah kosong sebab ayam dah goreng). Salah ya ni.
Penyelesaian : Sentiasa pastikan asingkan makanan mentah dengan makanan yang dah dimasak. Sebab bakteria dalam daging, dan product tenusu (cheese dan telur) yang mentah, boleh berpindah ke pada yang dimasak. Berbahaya!!

<

3) Thawing (nyahbeku) makanan beku pada suhu bilik

Yang ni memang sangat ramai orang buat. Contoh, bila nak masak ayam, kita dok pi letak ayam tu bawah sinki, air mengalir dan biarkan terdedah. Hamboi-hamboi, beranak pinak lah bakteria berganda-ganda dalam ayam tu. Kenapa? Sebab bakteria membiak pada suhu 5C hingga 40C. Pernah dengar kan berita ramai orang mati di kenduri perkahwinan disebabkan oleh makan ayam kenduri yang dijangkiti bakteria Salmonella. Tak sangka kan?

3 meninggal sebab keracunan makanan di kenduri >> Utusan Malaysia
Ayam masak merah dicemari bakteria Salmonella >> Sinar Harian

Penyelesaian: Ada 3 cara selamat untuk nyahbekukan makanan beku.
a) Di dalam peti sejuk (suhu bawah 5C)
b) Di dalam air yang sejuk (suhu bawah 5C juga)
c) Di dalam microwave (guna function defrost)

>

4) Sejukkan makanan, jangan tutup dulu nanti berwap. Dah sejuk baru masukkan peti ais.

Yang ini banyak kontroversi. Ada yang kata betul, ada yang kata ia salah. Memang ada yang menyarankan kita tunggu makanan berwap panas tadi sejuk dulu, barulah tutup. Dah tutup barulah masuk dalam peti ais. Jika memilih cara ini, pastikan dalam sejam tu dah masukkan peti ais. Jika lama-lama, tak elok sebab bakteria dah bermaharajalela.

Ada pendapat lain menyatakan, sejam tu bakteria dah pon beranak pinak dah. Sebab bakteria akan tumbuh bila suhu bawah 40 darjah celcius. Jadi, pendapat kedua pula kata, sejurus selepas masak, terus tutup dengan cling wrap yang selamat untuk makanan, dan minimumkan ruang udara (lekatkan cling terus pada makanan atau kuah) supaya tak ada kondensasi. Masukkan dalam bekas kedap udara dan terus masukkan dalam peti sejuk.

“Wap air tu jadikan makanan basi. Betul ke?” Tak lah. Wap air tu masih panas (bila tutup makanan panas-panas). Jadi bakteria tak tumbuh (ingat, suhu bakteria tumbuh adalah bawah 40C). Jadi wap air tu sebenarnya selamat. Kalau tak nak wap air, pastikan cling wrap tu betul2 sentuh pada kuah @ makananan supaya tak ada kondensasi berlaku.

“Tak rosak ke peti ais kalau masuk terus panas-panas dalam peti ais?” Jawapannya tak. Peti ais zaman modern ni memang dah dibuat untuk cepat sejukkan makanan. So biarlah peti sejuk tu buat kerje diorang. Hehe.

Kat bawah ni video dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan cara menyimpan makanan yang dah dimasak. Kalau ikut video ni, memang suruh sejukkan dulu dalam sejam, sebelum masukkan peti sejuk. Wallahualam. Kalau saya, saya akan terus masukkan peti sejuk panas-panas.
>

Video: Menyimpan Makanan Siap Dimasak Secara Selamat

VIdeo: Menyimpan Makanan Siap Dimasak Secara Selamat.

Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia on Sunday, April 12, 2015

 

5) Basuh telur (ada yang siap rendam telur) dan masukkan dalam peti sejuk

Yang ini salah. Telur sepatutnya dibasuh sejurus sebelum digunakan. Masa beli tu, simpan jek dalam kartun kotak die tu, dan letak jek kat luar. Tak perlu simpan peti pon tak apa. Saya pernah ulas pasal telur ni di artikel ini >> Telur Tak Boleh Dibasuh dan Disimpan Dalam Peti Sejuk

>

Ada yang kata, jangan mengarut ah. Aku hidup jek makan makanan yang terbiar lama kat luar. Hurm… hurm.. lain orang lain ketahanannya. Lain orang lain lasak perutnya. Tak boleh samakan. Ini cumalah guideline yang diberi untuk optimizekan atau maksimumkan keselamatan makanan. Ya mungkin kita tak mati, mungkin takat sikit cirit birit atau sikit muntah. Tapi ingat, ada jek orang mati ya sebab keracunan makanan. Sanggup ke kita perjudikan nyawa anak-anak kecik kita. Kita mungkin dapat tahan. Tapi anak-anak kita, bayi-bayi kita? Dapat ke mereka tahan?

Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berbahaya. Tapi kita sendiri pon janganlah cari penyakit. Ye tak?

Rujukan:

http://www.foodsafety.gov/keep/basics/mistakes/
http://www.wikihow.com/Store-Food-to-Prevent-Food-Poisoning
http://www.chowhound.com/post/wait-til-food-cools-completely-refrigerating-303264
http://www.safekids.co.uk/foodsafetystorage.html
http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/video-menyimpan-makanan-siap-dimasak-secara-selamat/

[1] http://vitamin.ibucergas.com/category/vitamin-untuk-ibu-bersalin/
[2] http://vitamin.ibucergas.com/set-bersalin-shaklee-alahai-murahnya-harga/
[3] http://vitamin.ibucergas.com/harga-set-menyusu-shaklee-amat-berpatutan-juga/
[4] http://vitamin.ibucergas.com/cara-berhenti-merokok/
[5] http://vitamin.ibucergas.com/derita-sakit-bengkak-tonsil-ubat-sakit-tonsil-semulajadi/
[6] http://vitamin.ibucergas.com/cara-hilangkan-gelgata-kaligata-atau-urtikaria-urticaria-atau-hives/


Kenapa Kita Sangat Disuruh Kurangkan Gula Dalam Diet

$
0
0

Dalam artikel ni, saya juga akan cerita makanan-makanan yang boleh bantu kurangkan gula dalam darah.

Ramai kita ambil makanan-makanan yang banyak gula. Tapi tak ramai yang perasan. Kadang kita ingat makanan yang kita makan ni sihat, tanpa sedar pon yang terlalu  banyak makan makanan jenis ni akan jadikan sel badan kita bengkak, salur darah bengkak dan organ dalam badan kita pun bengkak.

Sosej, donut, segala jenis roti dan kek, kebanyakan jenis makanan proses, dan juga mana-mana air manis yang dalam botol ke, dalam kotak ke, semua ni sebenarnya terlalu banyak gula. Kadang memang die terang-terang tulis banyak gula. Kadang pulak dia tukar nama yang lain nak kelirukan kita, tapi sebenarnya tetap gula (ini yang dikatakan gula tersembunyi).

Paling ngeri, ia menyumbang pada diabetes, sakit jantung, obesiti dan banyak lagi penyakit lain.  (123).

Gula ringkas dan HFCS (High Fructose Corn Syrup)

Kalau diikutkan, bahan gula ni dan HFCS ni memang ada banyak ditambah dalam makanan proses kita. Banyak tau. Kalau baca ingredient belakang makanan, memang kebanyak processed food ade bahan ni. Kalau gula, ia mengandungi 50% glucose dan 50% fructose. Tapi HFCS pulak mengandungi 45% glucose dan 55% fructose (kandungan fructose lebih tinggi).

Kalau ikutkan kajian, memang terlalu banyak pernyakit yang dikaitkan dengan gula kerana ia membuat sel badan kita bengkak. (45678).

Ada satu kajian atas tikus yang diberi makan banyak makanan yang ada banyak kandungan gula, tikus-tikus makmal ni akhirnya terkena kanser payudara, dan kemudian merebak ke paru-paru (6).

Seekor tikus lagi, juga diberi makan makanan yang tinggi gula, tapi pada masa yang sama diberi juga asid lemak Omega-3 (7). Dan tikus ini tidak mengalami simptom yang ada pada tikus pertama.

Kalau gula adalah makanan yang induce inflammation (menggalakkan radang dan bengkak), lawan kepada gula adalah dipanggil sebagai anti-inflammatory. Contoh makanan yang anti radang yang kaya Asid Lemak Omega-3 adalah minyak ikan, dan chia seed.

Siapa yang selalu sangat ambil gula, akan jadikan kita ni insulin resistance (8). Gula dalam buah tak ada masalah sangat sebab kandungan fruktosenya taklah sebanyak dalam gula yang sengaja ditambah dalam makanan.

Bagaimana Insulin Berfungsi >> KLIK

Tanda-tanda Awal Kencing Manis >> KLIK

Makin banyak kita makan fructose, makin tinggi risiko obesity, insulin resistance, diabetes, pembengkakan hati, kanser dan juga sakit buah pinggang (8, 9101112131415).

Malah, kajian atas manusia pulak, memang terbukti yang fructose juga menyebabkan bengkakn sel endothelial dalam darah kita (16).

Terlalu banyaknya kajian, sampaikan fructose bukan je buruk untuk tikus, tapi terlalu buruk utuk manusia juga (101718131920).

Apa Nak Buat? Buang Semua Gula?

Paling terbaik, YA. Buang semua gula. Sedangkan buah dan nasi juga akan menyumbang kepada gula dalam badan, jadinya kita sebenarnya tak perlu pon tambahan gula melampau-lampau dalam makanan kita.

Cara Nak Kawal Gula Dalam Darah?

Makanan-makanan di bawah ini boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah (andai kata termakan gula). Tapi dah tentu lebih baik kita control dulu apa yang masuk dalam badan. Bukan dah gula tinggi baru nak kontrol ya.

Saya berikan 3 contoh makanan yang boleh turunkan kandungan gula dalam darah. Makanan tersebut adalah:

  1. Avocado –

    • kaya dengan monounsaturated fats (60% of total fat) dan kaya dengan soluble fiber yang boleh meningkatkan insulin sensitivity serta mengelakkan insulin resistance. Avocado juga kaya dengan protein, magnesium,phosphorous, iron, copper, folic acid, thiamin, riboflavin, niacin and vitamins A, B1, B2, B3, C, E.
    • Menariknya, makin tua buah avocado, makin kurang kandungan gula dalam buahnya. Terbalik dengan kebanyakan buah yang makin tua makin manis.
    • Sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan bila makan avocado waktu pagi, ia akan bantus eimbangkan gula dalam darah sepanjang hari.
  1. Cinnamon

    • Cinnamon kaya dengan fiber dan magnesium. Cinnamon juga seolah2 mimik (tiru) effect yang ada pada insulin untuk kurangkan gula dalam darah. Bukan tu je, cinnamon pon boleh kurangkan kolestrol.
    • Setengah sudu kecik cinnamon sehari, dah cukup sangat untuk kurangkan gula sebanyak 20% banyaknya. Kesan boleh ditengok seawal 20 hari.
    • Kalau terlalu ambil banyak sangat cinnamon pulak, kita boleh diserang hypoglycemia (gula dalam darah yang terlalu rendah)
  1. Lemon

 

Itu baru tiga jenis. Makanan lain boleh rujuk gambar di bawah ni.

{focus_keyword} Kenapa Kita Sangat Disuruh Kurangkan Gula Dalam Diet sugar lowering foods1

Jadi, boleh lah lepas ni kita tambah menu-menu makanan kat atas ni untuk bantu kita kawal gula dalam darah. Kita pon tau kita susah nak tolak makanan bergula. Kemudian ada pulak makanan yang ada gula tersembunyi. Jadi, selagi mampu dan masih sihat ni, amalkan juga makanan-makanan yang boleh bantu turunkan gula dalam darah kita.

Kalau tak, kesian kat pankreas kite kena hasilkan banyak insulin. Kesian kat sel-sel badan kita bengkak sana sini.

Selamat beramal.

Kebaikan Resveratrol Dalam Mengawal Tekanan Darah Tinggi

$
0
0

Hypertension atau tekanan darah tinggi, boleh menjadi pembunuh senyap jika tidak terkawal dan tanpa pengawasan dari pihak doctor. Seperti biasa, walaupon dengar dan ikut nasihat dari doktor, kebanyakan pesakit juga ingin nak cuba ubat untuk tekanan darah tinggi alternatif dan semulajadi yang lain.

1. Golongan Yang Berisiko Menghidap Tekanan Darah Tinggi

  1. Perokok
  2. Orang yang Obese
  3. Orang yang makan pemakanan yang tak sihat
  4. Orang yang tak bersenam
  5. Orang yang ada menghidap diabestes

2. Ramai Mula Memilih Resveratrol Sebagai Petua Turunkan Darah Tinggi

Bagaimana sebenarnya resveratrol ni mampu menyokong tekanan darah supaya jadi normal sebanarnya? Resveratrol adalah bahan sebatian semulajadi dalam tumbuhan dan biasanya dijumpai dalam anggur, coklat, dan kacang badam. Ia mempunya keupayaan antioksidan yang sangat kuat dan sememangnya dah dikaji bertahun lamanya di mana banyak sangat kebaikan resveratrol ni kepada kesihatan tubuh badan. Antaranya [2] [3] [4] ;

  • Melindungi DNA dan sel badan
  • Kawal atur supaya paras gula dalam darah menjadi sihat
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Membantu menyokong tekanan darah yang sihat

>

3. Betul ke Produk Shaklee Vivix Sangat Dapat Membantu Turunkan Darah Tinggi?

Terdapat banyak supplemen yang boleh membantu menolong mengawal tekanan darah yang tinggi. Antaranya adalah, Omegaguard, Lecthin, Garlic, ESP, juga Vitamin E. Kadang disebabkan terlalu banyak supplement nak telan, Vivix juga boleh menggantikan supplement tersebut disebabkan kandungan vivix yang kaya dengan Resveratrol yang saya sebutkan di atas. Boleh tengok testimonial di bawah ini. Memang di Malaysia ni pon, terlalu ramai yang menghidap tekanan darah tinggi. Sekiranya ia tak terkawal, ia boleh menyumbang kepada stroke.

Testimonial #1

Ibu kepada Puan Bonda Sha ini selama ini lemah, terbaring je dalam bilik, termenung dan diam. Tapi sekarang tak lagi. Memang bertenag sebagaimana nenek-nenek lain. Dan dah tak terperap lagi di dalam bilik. Lebih dan dan bertenaga, serta kuat berjalan dengan mengamalkan supplement Vivix.

testi vivix 8 darah tinggi {focus_keyword} Kebaikan Resveratrol Dalam Mengawal Tekanan Darah Tinggi testi vivix 8 darah tinggi

Testimonial #2

Mak kepada customer ini (dirahsiakan namanya atas permintaan beliau), memang merupakan seorang pesakit darah tinggi. Terlalu tinggi bacaan darah sehingga mencecah 200! Ia sangat menakutkan anaknya kerana memang selalu kita dengar jika terlalu tinggi, akan boleh menyebabkan stroke! Keadaan mak beliau teruk sehingga terbaring selalu, solat pon berbaring dan makan juga tak lalu. Hatta nak ke toilet pon kena dipapah. Dengan mengambil Vivix Shaklee, alhamdulillah maknya bertenaga dan sihat.

testimoni-darah-tinggii {focus_keyword} Kebaikan Resveratrol Dalam Mengawal Tekanan Darah Tinggi testimoni darah tinggii

Testimonial #3

Kisah ini pula diceritakan oleh Encik Rosli Mohd Daud di mana isteri beliau adalah penghidap darah tinggi yang kronik. Sehinggakan beliau tak perlu lagi mengambil ubat tekanan darah tinggi dari doktor. (Disclaimer : Pastikan sebtiasa pantau tekanan darah dan dapatkan konsultansi dari doktor bertauliah untuk sebarang medical advises). Supplement adalah ikhtiar, tapi pada masa yang sama perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh doktor.

testimoni vivix shaklee untuk darah tinggi {focus_keyword} Kebaikan Resveratrol Dalam Mengawal Tekanan Darah Tinggi testimoni vivix shaklee untuk darah tinggi

Testimonial #4

Ini pula kisah seorang anak yang mempunyai seorang ayah yang memang menghidap darah tinggi yang tak pernah turun dan terpaksa bergantung kepada pengambilan ubat hospital. Alhamdulillah dengan mengamalkan pengambilan vivix, ia sangat membantu ayah beliau. Kini pergi ke surau pon dah tiada masalah, dan bila exercise pon dah boleh makin lama. Bacaan darah tinggi pon semakin baik.

testi-vivix-shaklee-5 {focus_keyword} Kebaikan Resveratrol Dalam Mengawal Tekanan Darah Tinggi testi vivix shaklee 5

4. Boleh Percaya ke dengan Produk Vivix Shaklee

Bukan sahaja boleh percaya, malah saya amat yakin InsyaAllah. Ini kerana terlalu banyak kajian yang telah dilakukan oleh Shaklee, dengan lebih 300 juta USD dibelanjakan dalam Reseacrh & Developement.

Boleh percaya ke produk shaklee {focus_keyword} Kebaikan Resveratrol Dalam Mengawal Tekanan Darah Tinggi Shaklee difference

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

>

KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE

DAN

SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE

<

Daftar ahli Shaklee {focus_keyword} Kebaikan Resveratrol Dalam Mengawal Tekanan Darah Tinggi Daftar ahli Shaklee

>

 

References:

  1. Centers for Disease Control.High Blood Pressure Facts. Centers for Disease Control.
  2. Szkudelski T, Szkudelska K.Anti-diabetic effects of resveratrol. Ann N Y Acad Sci. 2011 Jan;1215:34-9. doi: 10.1111/j.1749-6632.2010.05844.x.
  3. Aziz MH, Afaq F, Ahmad N.Prevention of ultraviolet-B radiation damage by resveratrol in mouse skin is mediated via modulation in survivin. Photochem Photobiol. 2005 Jan-Feb;81(1):25-31.
  4. Liu Y, Ma W, Zhang P, He S, Huang D.Effect of resveratrol on blood pressure: a meta-analysis of randomized controlled trials. Clin Nutr. 2015 Feb;34(1):27-34. doi: 10.1016/j.cinu.2014.03.009.

Research Paper By Shaklee Corporation

  1. “A Resveratrol and Polyphenol Preparation Suppresses Oxidative and Inflammatory Stress Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal”, Husam Ghanim, Chang Ling Sia, Kelly Korzeniewski, Teekam Lohano, Sanaa Abuaysheh, Anuritha Marumganti, Ajay Chaudhuri, and Paresh Dandona, The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism 2011 96:5, 1409-1414 http://press.endocrine.org/doi/abs/10.1210/jc.2010-1812

Mitos Kopi Segera – Baik atau Buruk?

$
0
0

Siapa je zaman sekarang ni yang tak minum kopi segera. Ada macam-macam jenama kat pasaran. Tinggal pilih dan letak air panas, SIAP! Dah namanya pon kopi segera, cepat la membuatnya. Tu yang jadi ketagihan untuk orang yang sibuk zaman sekarang ni.

Murah pulak tu, cepat, dan sedap.

Memang ada banyak kajian cerita pasal kebaikan kopi secara umum (1234). Tapi, adakah kebaikan ni sama jugak dengan instant kopi? Sebab banyak sangat mitos dan fakta yang dikaitkan dengan keburukan kopi segera ni. Kebenarannya? Jom check this out.

Apa itu Kopi Segera (Instant Coffe)?

Kopi segera ni adalah jenis kopi yang dibuat dengan menggunakan ekstrak kopi yang dah pun dikeringkan. Ekstrak kopi ni asalnya daripada biji kopi yang dibrew, sama jek macam kopi asal yang dibrew, Cuma pada kepekatan berbeza.

Selepas proses brewing ni, air disejatkan dari kopi tadi, lalu menjadikan kopi ni kering dan berbentuk serbuk (ada juga berbentuk keping kecil). Kopi bentuk kering ni amatlah mudah larut bila terkena air.

Ada 2 cara untuk buat kopi segera.

  • Spray-drying – di mana ekstrak kopi dispray ke udara panas, dan cepat-cepat titisan kopi ni jadi kering dan jadi keping-keping kecil atau serbuk halus.
  • Freeze-drying – di mana ekstrak kopi ini dibekukan dan kemudian dipotong-potong jadi cebisan kecil-kecil. Kemudian, ia dimasukkan ke dalam ruang vacuum pada suhu yang sangat rendah untuk jadikannya kering.

Dua-dua cara ni memang terbukti dapat hasilkan ekstrak kopi kering yang berkualiti, dengan bau, rasa dan aroma yang sama macam baru dibrew.

{focus_keyword} Mitos Kopi Segera - Baik atau Buruk? Instant Coffee vs Brewed Coffee Appliances Repair

Cara Guna Kopi Segera

Caranya mudah je. Biasanya 1 sudu kecik serbuk kopi segera, hanya perlu dicampurkan dengan 1 cawan (250ml) air panas. Siap!

Kopi Segera Mengandungi Antioksidan dan Nutrisi

Kopi mengandungi banyak sangat antioksidan yang diperlukan badan (5678, 9, 1011, 12). Kalau diikutkan, 1 cawan kopi kosong sebenarnya hanya mengandungi 4 kalories jek dan membekalkan sedikit amount potassium, magnesium dan niacin (Vitamin B3) (13).

Kopi Segera Mengandungi Kurang Kafein

Kafein merupakan antara peransang atau stimulant iaitu bahan yang menimbulkan boleh merangsang aktiviti fisiologi atau saraf dalam badan, dan kopi merupakan sumber stimulant yang agak tinggi (14). Tapi, kopi segera mengandungi kurang kafein berbanding kopi biasa yang dibrew. Satu cawan kopi segera mungkin mempunyai dalam anggaran 30 – 90 mg kafein, manakala satu cawan kopi biasa dibrew mengandungi 70 – 140 mg kafein (11151617).

So untuk orang yang super sensitif dengan kafein, memang lebih ok minum kopi segera (18). Kalau nak kafein jauh lagi rendah, ada jek lagi kopi segera yang decaf. Terlalu sensitif pada kafein atau terlalu ambil banyak kafein boleh menyebabkan keresahan, kebimbangan, berdebar-debar, tidur yang terganggu, kegelisahan, sakit perut dan jantung degup laju (19).

Kopi Segera Mengandungi Lebih Banyak Acrylamide

Acrylamide ni sebenarnya adalah bahan yang mungkin berbahaya yang terbentuk bila biji kopi dipanggang (20). Bahan ini juga sebenarnya ada dalam makanan-makanan yang lain termasuklah asap, barang dalam rumah, dan juga penjagaan peribadi (21). Tapi, Acrylamide dalam kopi segera adalah 2 kali ganda lebih tinggi berbanding kopi yang baru dipanggang (2022). Kalau diikutkan kajian, terlalu banyak terdedah kepada Acrylamide ni mungkin boleh rosakkan sistem saraf dan meningkatkan risiko kanser (232425).

Bahaya ke? Jangan risau. Jumlah Acrylamide dalam makanan dan dalam kopi sebenarnya sikit jek dari jumlah yang dikatakan berbahaya tu (2627). So, memang tak perlu dirisaukan akan kandungan bahan ini dalam kopi segera.

Faedah Lain Kopi Segera dan Kopi-kopi Bukan Segera

Banyak sebenarnya faedah kopi. Tak kiralah kopi segera ke bukan segera. Antaraya ialah:

  • Meningkatkan fungsi otak (28).
  • Boostkan metabolisme badan dan bantu bakar lebih banyak lemak (293031).
  • Ada kajian yang mengatakan bahawa ia ada kebarangkalian mengurangkan risiko berkait saraf, macam Alzheimer’s and Parkinson’s (323334).
  • Ada kajian yang mengatakan bahawa kopi mampu mengurangkan risiko menghidap diabetes Type 2 (353637).
  • Kopi dan kafein mungkin ada membantu dalam mengurangkan risiko penyakit hati seperti cirrhosis hati dan kanser hati (383940).
  • Kopi mengurangkan risiko depresion dan tekanan (4142).
  • Kopi sebagai awet muda (434445).

Walaubagaimanapun, kesemua kajian ini masih dikaji. Apa pon, kenalah berpada-pada bila nak minum kopi akan ambil kafein. Kalau setakat ambil 3- 5 cawan kopi segera, insyaAllah ok tak de masalah. Benda baik macam mana pon, kalau diambil berlebihan, ia boleh jadi racun. Maka, berpada-padalah.

Jadi, apa yang bahayanya kopi segera?

Bukan pada kopinya, tapi sebenarnya pada Krimer Sintetiknya.

Jadi, minumlah kopi segera. Ia mudah, senang di bawa dan tak kurang hebat berbanding kopi baru dibrew. Nakkan kopi susu? Letak susu, bukan Krimer. Dan sudah semestinya dengan gula yang berpada-pada kuantiti gulanya:mrgreen: {focus_keyword} Mitos Kopi Segera - Baik atau Buruk? icon mrgreen.

keburukan kopi segera {focus_keyword} Mitos Kopi Segera - Baik atau Buruk? 670px Make Instant Coffee Step 8

Nakkan tenaga segera, tapi sakit perut bila minum kopi? Atau sakit kepala bila minum kopi? Ada je alternatif lain. Saya sangat syorkan Cinch Tea dari Shaklee.

Cinch Tea Shaklee – Booster Tenaga Lebih Sihat dan Tahan Lama

Krimer Dalam Kopi Serious Tak Sihat – Gantikan Dengan Apa?

$
0
0

Memang selalu dengar mitos yang kata kopi segera ni tak sihat. Betul ke salah?

Sebenarnya, serious bahan dalam krimer memang langsung tak sihat. Itu lah yang jadikan kopi-kopi segera kat pasaran sebenarnya tak elok untuk kesihatan. Kopi tu sendiri tak salah. Kopi tu sendiri kaya dengan antioksidan. Yang salahnya adalah krimer. Sebabnya, krimer ni bahannya dibuat dari hydrogenated oil (minyak yang dihidrogenasi) atau nama lainnya TRANS FAT, ditambah pula dengan gula dan perasa tiruan.

Boleh baca sini, macam mana minyak ni mengalami proses hidrogenasi >> Transfat dan Hidrogenasi Process

Transfat yang bukan tenusu ni sebenarnya boleh meningkatkan kadar kolestrol dalam darah, dan mengurangkan kolestrol baik. Jadinya, ia sangat la tak elok sebab boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan stroke.

Pengganti terbaik untuk krimer? Sudah tentulah santan, krim tenusu (dairy cream) dan susu penuh krim. Kenapa?

Santan

Santan ni banyak sangat kegunaannya. Dimakan gitu sahaja pon boleh, malah orang zaman dulu-dulu buat minyak dari santan. Santan kaya dengan nutrisi, kaya dengan fiber dan mineral. Lebih separuh dari lemak santan adalah medium-chain triglycerides (MCTs), iaitu sejenis lemak yang mudah terbakar, bukan jenis yang akan disimpan dalam badan. Siapa ada kajian pada 2010 dalam “International Journal of Food Sciences and Nutrition” yang kata MCTs ni boleh menyebabkan pengurangan lemak dalam badan. So sesiapa yang nak elakkan makan banyak sangat produk tenusu, santan adalah pilihan terbaik dan free lactose. Takde kolestrol tau.

Coconut-Milk-Feature {focus_keyword} Krimer Dalam Kopi Serious Tak Sihat – Gantikan Dengan Apa? Coconut Milk Feature

Real Cream @ Krim Susu

Krim adalah lapisan lemak yang ada pada bahagian atas susu lembu sebelum susu lembu dihomogenkan. Krim kaya dengan lemak, dan kalau diambil dalam kuantiti yang berpada-pada, bagus sebenarnya untuk kesihatan. Kalau kat pasaran atau di kedai-kedai bakeri, biasanya ia ditulis sebagai “Dairy Cream” atau “Dairy Whipping Cream”. Biasanya akan ditulis, kandungan lemak dalam real cream ni 35% hingga 40% lemak. Whipped cream pulak adalah dairy cream yang dah dipukul jadi kental. Kena paham bezanya tu. Hehe. Ia tak manis, tawar rasanya. Lemak tenusu ni dikatakan sihat sebab ia mengandungi CLA (Conjugated linoleic acid) dan Omega-3 fatty acids yang seimbangkan kandungan lemak tepu dalam krim ini.

uhtwhippingcream2 {focus_keyword} Krimer Dalam Kopi Serious Tak Sihat – Gantikan Dengan Apa? uhtwhippingcream2

Susu Penuh Krim

Susu penuh krim kaya dengan sumber protein, lemak, karbohidrat, vitaminm D, vitamin B12, mineral kalsium, potassium dan selenium. Jadi, ia sangat bagus dijadikan pengganti krimer sintetik.

So kalau lah katakan nak kan kopi yang lemak berkrim, tapi takut gemok (haha), boleh lah letak separuh susu, separuh krim. Kesimpulannya, kopi segera memang tak salah. Yang salah adalah krimer sintetik yang biasanya ditambahkan ke dalam kopi segera yang ada di pasaran tu.

So lepas ni nak buat apa? Beli jek kopi kosong, tambah gula sendiri, tambah susu sendiri. InsyaAllah lebih sedap, lebih lemak berkrim, dan lebih sihat!

So sesiapa yang ketagih kopi, anda tak perlulah boikot kopi. Heee.

Rujukan

Cara Kurangkan Jerawat Tanpa Ubat

$
0
0

Jerawat biasanya tumbuh di muka, leher, dada dan ada yang teruk sampai lah ke belakang badan. Mula-mula nak jadi jerawat tu, ia mula dengan adanya minyak dalam liang roma kulit, dan sel-sel kulit mati pulak berkumpul, menjadikan liang kulit tu merah, bengkak, berisi nanah. Lagi-lagi pulak bila ada bakteria mula masuk ke dalam ruang tadi. Jerawat ni boleh jadi sama ada dalam bentul blackhead, whitehead dan juga cysts.

Rawatan Semulajadi Untuk Jerawat?

Ada je banyak jenis rawatan. Kalau rajin, berikut adalah rawatan yang boleh dicuba. Tapi kalau teruk sangat, kenalah jumpa doktor juga.

1. Minyak Tea Tree

Minyak Tea Tree memang sangatlah famous untuk jerawat, terdiri dari kelompok essensial oil. Dulu selalu sangat nampak iklan T3 ni kat TV (sekarang tak nampak la pulak). Caranya mudah jek, sapukan jek minyak tu kat jerawat yang tumbuh. Tapi berkesan ke? Ke propa jek? Macam mana berfungsi?

Sebenarnya, minyak Tea Tree ni mengandungi bahan yang dipanggil terpinen-4-ol yang mana dia ni bertanggungjawab bunuh bakteria-bakteria yang sebabkan jerawat. Boleh baca banyak pasal minyak Tea Tree ni kat sini >> Tea Tree Oil For Acne.

{focus_keyword} Cara Kurangkan Jerawat Tanpa Ubat acba5bd5 c0b0 4336 ad01 058f987736f9 1

<

2. Amalkan Diet Glisemik Rendah (Low Glisemic Diet)

Kalau perasan, lagi banyak makan gula, lagi banyaklah jerawat naik. Perasan tak? Sebab makanan juga sangat mempengaruhi penghasilan jerawat. Contoh makanan yang tinggi Glisemic Index ialah macam makanan bergula, nasi putih, pasta, roti putih, french fries, kentang, cereal, cheese, pizza, jus buah-buahan. Semua ni tinggi gula dan tinggi Glisemic Index. So kena lah kurangkan atau hilangkan terus dari diet harian.

Kenapa?

Sebab makanan yang tinggi Glisemic Index ni sangat mempengaruhi penghasilan insulin dalam badan, dan meningkatkan production hormon androgen dan stimulate pembentukan jerawat dan bakteria. Gantikan makanan yang tinggi tinggi Glisemic Index ni dengan makanan-makanan yang rendah tinggi Glisemic Index macam kekacang, sayur-sayuran, dan bijirin.

sfitx_alc_1204_GI highvslowPDF {focus_keyword} Cara Kurangkan Jerawat Tanpa Ubat sfitx alc 1204 GI highvslowPDF

<

3. Kurangkan Pengambilan Produk Tenusu

Memang ada kajian yang menyatakan banyak ambil produk tenusu boleh jadikan jerawat cepat naik. Sebabnya susu mengandungi hormon androgen dan hormon pertumbuhan yang kemudian stimulate penghasilan jerawat.

<

4. Ambil Supplement Zinc

Zinc memang antara supplement dan vitamin yang famous untuk kecutkan dan kurangkan penghasilan jerawat. Sebabnya,, zinc bantu juga kurangkan bengkak. Zinc sebenarnya banyak terdapat dalam makanan macam tiram, daging merah, ayam, kekacang, whole grain dan bijirin yang diperkaya. Boleh juga ambil zinc dala, bentuk vitamin tambahan.Zinc_12Foods {focus_keyword} Cara Kurangkan Jerawat Tanpa Ubat Zinc 12Foods

Untuk dewasa, upper limit pengambilan zinc harian ialah 40mg. So jangan lebih dari 40mg. Sebab lebih sangat makan supplement zinc boleh jadikan zinc toxicity dan loya, hilang selera makan, muntah, kekejangan, sakit kepala dan juga cirit birit. Terlalu banyak zinc juga mengganggu penyerapan magnesium dari makanan, dan mengurangkan kolestrol baik HDL.

Sebiji Zinc Complex Shaklee sehari (15mg) dah memadai. Ataupun 2 biji Multivitamin Vitalea Shaklee (juga mengandungi zinc sebanyak 7.5mg x 2 biji) sangat mencukup untuk bekalan zinc harian.

Rujukan:

[1] Bassett IB, Pannowitz DL, Barnetson RS. A comparative study of tea-tree oil versus benzoyl peroxide in the treatment of acne. Med J Aust. (1990) 153 (8): 455-458.

[2] Dreno B, Moyse D, Alirezai M, Amblard P, Auffret N, Beylot C, Bodokh I, Chivot M, Daniel F, Humbert P, Meynadier J, Poli F; Acne Research and Study Group. Multicenter randomized comparative double-blind controlled clinical trial of the safety and efficacy of zinc gluconate versus minocycline hydrochloride in the treatment of inflammatory acne vulgaris. Dermatology. 203.2 (2001): 135-140.

Disclaimer: The information contained on this site is intended for educational purposes only and is not a substitute for advice, diagnosis or treatment by a licensed physician. It is not meant to cover all possible precautions, drug interactions, circumstances or adverse effects. You should seek prompt medical care for any health issues and consult your doctor before using alternative medicine or making a change to your regimen.

Viewing all 145 articles
Browse latest View live