Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Shah Alam | Pengedar Vivix Shaklee Shah Alam
Viewing all 145 articles
Browse latest View live

Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly

$
0
0
{focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly 563785 426884204054603 1005992750 n

Mark Edward Kelly, Bekas Angkasawan Amerika

Siapa Commander Mark Kelly?

Mark Edward Kelly dilahirkan pada 21 February 1964 merupakan seorang bekas angkasawan Amerika, seorang jurutera dan juga Kapten kepada U.S. Navy  (Rujuk sini http://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Kelly).

Beliau pernah dipilih menjadi pilot kepada NASA Space Shuttle pilot pada tahun 1996 dan misi STS-108 adalah misi pertama beliau adalah pada tahun 2001. Beliau mengemudi  STS-121 pada tahun 2006, Commander kepada STS-124 pada tahun 2008 dan STS-134 pada tahun 2011. STS-134 pada tahun 2011 ini merupakan misi terakhir beliau. Untuk rujukan lanjut, boleh pergi ke (Sunseri, Gina (June 1, 2011). “Space Shuttle Endeavour Lands Safely in Florida”. ABC Neretiredws. Retrieved August 1, 2011.)

Pada 12 Ogos 2011, Commander Kelly dijemput naik ke pentas dalam Shaklee’s Global Conference in Washington, D.C. Beliau menceritakan pengalaman beliau menggunakan produk Shaklee semasa berada di angkasa lepas!

Menarik kan video di atas?

Di sini saya ingin share kembali apa yang diceritakan oleh bekas angkasawan ini. Untuk berlepas ke angkasa, sebenarnya kesemua benda dan barang yang nak dibawa ke atas sanam semuanya perlu ditimbang dengan teliti. Bukan semua barangan boleh dilepaskan ke angkasa. Perlukan justifikasi yang sangat kuat kenapa nak bawak barangan tersebut. Hatta ingin bawa sekeping gambar keluarga juga akan diteliti oleh pihak NASA.

Biasanya angkasawan ni akan rasa sangat-sangat terdehidrat (kering keterlaluan) atau namanya GRS (General Re-entry Syndrome) setiap kali mereka nak mendarat balik ke bumi. GRS ni simptom dia kelesuan melampau, vertigo, pening kepala, kepala weng, sakit perut dan sebagainya.

{focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly 114989175

Commander Mark Kelly mula belajar tentang produk Shaklee semasa dalam Space Program. Sejak tahun 1993, Shaklee telah pun membekalkan produk Shaklee yang dirumus khas untuk kegunaan pihak NASA supaya angkasawan Shuttle tidak terlalu dehidrat (kering) semasa berada di angkasa lepas. Dan ia masih lagi digunakan sehingga kini!!

Tengok gambar di bawah, memang Commander Mark Kelly mengambil produk Shaklee secara serius ke angkasa lepas! Apakah produk yang Angkasawan ini bawa ke angkasa lepas?

 

{focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly 536983 171256119729030 229750609 n

Commander Mark Kelly memegang Vitalizer Shaklee di angkasa lepas

Ia dinamakan Vitalizer. Vitalizer adalah multinutrient supplement yang paling advance di pasaran sekarang ini dengan 80 bio-optimized nutrients yang diuji secara klinikal untuk menyokong kesihatan tubuh badan. Dalam Vitalizer ni sangat lengkap dengan kesemua spectrum vitamin, minerals, antioksidan, anti-aging phytonutrients, omega-3 fatty acids, dan probiotics; kesemuanya dalam 1 hidangan.

{focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly 1157407 171256549728987 2035849651 n

>

{focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly ShakleeVitalizer Animation

Walaupon orang katakan kami yang makan vitamin ni, seolah-olah bukan makanan sebenar, tapi sekurang-kurangnya ia sangat membantu meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Apakah produk Shaklee di Malaysia yang hampr sama dengan Vitalizer?

Takpe, kita tak perlukan Vitalizer sebab tak perlu ke angkasa. Hehe. Tapi kita masih memerlukan multivitamin untuk topup segala jenis nutrisi sebab kita tak tau, lengkap atau tidak nutrisi harian kita.

Ia adalah Multivitamin Vitalea With Iron Formula. Ini kerana untuk memasarkan Shaklee ke pasaran di mana sasaran pengguna adalah umat Islam yang mementingkan kehalalan sesuatu produk, Shaklee menyediakan Multivitamin Vitalea With Iron Formula yang sememangnya HALAL dan dijamin kehalalannya oleh ISA (Islamic Services of America). Dan ISA ini adalah badan luarnegara yang disahkan HALAL oleh JAKIM. (Sila rujuk artikel ini untuk bacaan penuh HALAL Shaklee).

Sejarah Vitalea ini dah 100 tahun lamanya.

{focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly Vitalized Mineral

Vitamin dah lebih 100 tahun, saya masih makan ia sebab kualitinya yang terjamin.

{focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly duluskrg

Ehsan Vitamin.Labonda.Com

vita-lea {focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly vita lea

Vitalea Iron Formula by Shaklee. Lebih 100 tahun kewujudannya, masih kekal berkualiti sehingga ke hari ini.

Kenapa Kita Perlukan Vitamin? Tak cukup ke nutrisi dalam makanan harian kita?

Walaupun kita rasa kita dah makan cukup semua vitamin, tapi ingat fakta ni:-

  1. Nutrien dalam makanan harini sudah berkurangan kerana tanah pertanian dah kurang berkualiti. [Contoh jurnal: http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1300/J064v26n01_10]
  2. Pemakanan kita yang tidak seimbang. Lebih2 lagi kalau yang terpaksa makan luar.
  3. Pencemaran alam termasuklah asap kereta, radiasi (handphone, komputer, barang letrik), asap kilang, habuk construction, etc. Semua ni menyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh kita & menyebabkan kanser!
  4. Kita kerap stress. Setiap kali kita stress, sebenarnya ia memberi kesan kepada kolesterol kita (Walaupun rasa dah tak makan makanan berlemak).
  5. Barangan yg kita guna banyak mengandungi bahan kimia. Walaupun kita rasa dah makan & guna produk organik, tapi bahan2 kimia ni tersembunyi dalam barang plastik, dakwat, cat, baju, kasut dan sebagainya.

Banyak lagi faktor2 yang merosakkan badan kita.

Persoalannya, sama ada kita nak makan ubat bila dah sakit ATAU kita nak kawal dan jaga sebelum sakit dengan pilih dengan makan supplement. Meskipon Shaklee is a brand of supplement, of course la saya pilih yang terbaik. Manakan sama supplement sintetik dengan supplement semulajadi. Manakan sama supplement yang berkualiti tinggi seperi Shaklee sehinggakan boleh bawa ke angkasa berbanding supplement yang repackaging sendiri.

Mana satu anda pilih? ;-) {focus_keyword} Vitamin Terbaik Sehingga Dibawa Oleh Angkasawan Nasa Mark Kelly icon wink


Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee

$
0
0

Sukan Olimpic sangat lah strict dan sangat menitik beratkan bahan dan kandungan yang diambil oleh atlet. Sekiranya ada atlet yang makan ubat sekalipun, kandungan dadah yang ada dalam ubat akan sangat mempengaruhi prestasi sukan mereka dan boleh menyebabkan unsur meragukan dari segi prestasi atlet. Sebab itu lah kita sering dengar jika ada atlet yang disyaki menggunakan dadah untuk meningkatkan prestasi, reputasi sukan mereka akan terjejas.

Saban tahun, ukuran kandungan dadah yang diukur oleh Olimpic semakin precise dan jitu dan semakin rendah. Ini bermakna, atlet bukan boleh suka-suka ambil apa-apa ubat dan supplement. Mereka wajib ambil supplement yang betul-betul selamat, semulajadi dan tanpa dadah atau bahan sintetik langsung.

Sebab itulah mereka percaya kepada Shaklee.

Komitment ahli-ahli sukan ini kepada Shaklee membuktikan bahawa Shaklee bukan sahaja 100% semulajadi, mala ia 100% selamat dan nutrisi yang dibekalkan benar-benar memberi kesan yang amat positive. Jika tidak, masakan kesemua atlet ini bertahan terus dan terus menggunakan produk Shaklee dalam memberikan nutrisi harian mereka. Betul tak?

Kesemua mereka ini berjaya merangkul sebanyak jumlah 120 gold, silver dan bronze medals dalam Summer and Winter Games, dan kesemua mereka ini memilih SHAKLEE!

Video ini memperkenalkan Shaklee Pure Performance Team, yang mana diketuai oleh Eli Bremer, elite Pentathlete & Captain of the team.

SHAKLEE tak memerlukan duta. Pengguna sendiri adalah duta Shaklee.

Anda bagaimana? Yakinkah anda dengan Shaklee?  ;-) {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee icon wink

SHAKLEE PURE PERFORMANCE ATHLETES

SUMMER ATHLETES

Katy Emmons {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Katy Emmons Adeline Gray {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Adeline Gray Kimberly Vandenberg {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Kimberly Vandenberg
Keith Sanderson {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Keith Sanderson Matt Emmons {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Matt Emmons Jamie Gray Corkish {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Jamie Gray Corkish
Corey Cogdell {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Corey Cogdell Mary Whipple {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Mary Whipple Taylor Ritzel {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Taylor Ritzel
Megan Musnicki {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Megan Musnicki Eleanor Logan {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Eleanor Logan Esther Lofgren {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Esther Lofgren
 Caroline Lind Shald {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Caroline Lind Shald  Caryn Davies {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Caryn Davies  Suzanne Stettinius {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Suzanne Stettinius
 Margaux Isaksen {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Margaux Isaksen  Dennis Bowsher {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Dennis Bowsher  Weston Seth Kelsey {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Weston Seth Kelsey
Christina Loukas {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Christina Loukas Troy Dumais {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Troy Dumais Justin Dumais {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Justin Dumais
 Dwight Dumais {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Dwight Dumais  Sarag Hammer {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Sarag Hammer  Micheal Blatchford {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Micheal Blatchford
 Tony Gunawan {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Tony Gunawan  Jennifer Nichols Hardy {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Jennifer Nichols Hardy  Eli Bremer {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Eli Bremer

<

<

WINTER ATHLETES

Joey Mantia {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Joey Mantia Emily Scott {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Emily Scott Allison Baver {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Allison Baver
 Jilleanne Rookard {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Jilleanne Rookard  Jordan Malone {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Jordan Malone  Kelly Gunther {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Kelly Gunther
 Brian Hansen {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Brian Hansen  Alyson Dudek {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Alyson Dudek  Peter Frenette {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Peter Frenette
 Kris Freeman {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Kris Freeman  Kelli Stack {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Kelli Stack  Molly Schaus {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Molly Schaus
 Brianne McLaughlin {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Brianne McLaughlin  Megan Bozek {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Megan Bozek  Kacey Bellamy {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Kacey Bellamy
 Jared Zezel {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Jared Zezel  John Shuster {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee John Shuster  Jessica Schultz {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Jessica Schultz
 Debbie McCormick {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Debbie McCormick  John Landsteiner {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee John Landsteiner  Jeff Isaacson {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Jeff Isaacson
Erika Brown {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Erika Brown Craig Brown {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Craig Brown Curt Tomasevicz {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Curt Tomasevicz
Jamie Greubel Poser {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Jamie Greubel Poser Emily Azevedo {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Emily Azevedo Tracy Barnes {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Tracy Barnes
Lanny Barnes {focus_keyword} Ahli Sukan Terkemuka Yang Mengamalkan Produk Shaklee Lanny Barnes

Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis Berbanding Lelaki?

$
0
0

Kali ini saya ingin bercerita lagi sekali pasal osteoporosis. Bukan apa, sejak pernah diagnose critically calcium defiency pada umur 25 tahun, saya sangat-sangat takut dengan osteoporosis. Waktu itu baby 3 kg pon saya tak mampu angkat, seakan renjatan elektrik pada tangan saya (pergelangan) dan doktor terpaksa beri saya high dose kalsium. Jadi, adalah lebih baik saya terangkan kenapa perlunya kita tau kepentingan kalsium dan risiko osteoporosis ni.

Apa Itu Osteoporosis?

Osteoporosis (OS-tee-oh-poh-ROH-sis) adalah penyakit berkaitan dengan tulang di mana tulang mudah sangat patah dan sangat lemah (rapuh). Sebab itu lah orang-orang tua sangat bahaya bila jatuh sebab tulang mereka dah tak padu dan dah tak sekuat orang dewasa yang tanpa osteoporosis. Malangnya, memang biasa sangat kita tak anggap penting pon osteroporosis ni, di kala muda.

{focus_keyword} Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis Berbanding Lelaki? bone loss 2 osteoporosis

Siapa Yang Berisiko Menghidap Osteoporosis?

Ada banyak sangat faktor yang boleh menyebabkan osteoporosis. Namun ada beberapa faktor yang memang kita tak dapat elakkan, iaitu seperti berikut.

  1. Perempuan. Perempuan memang berisiko lebih tinggi mengidap osteoporosis berbanding lelaki kerana faktor fisiology seperti mengandung dan menyusukan anak.
  2. Menjadi semakin tua. Semakin tua, semakin tulang ketumpatan tulang kita.
  3. Menopause
  4. Mempunyai badan yang bersaiz kecil
  5. Mempunyai sejarah keluarga yang ada osteoporosis
  6. Tidak ada menstruasi (period)
  7. Mempunyai penyakit seperti rheumatoid arthritis, type 1 diabetes, premature menopause, anorexia nervosa.
  8. Kurang bersenam
  9. Penggunaan sesetengah ubat-ubatan yang boleh mengurangkan penyerapan kalsium dalam jangka masa yang lama

Faktor lain yang menyumbang kepada osteoporosis

  1. Merokok
  2. Terlalu banyak minum alkohol
  3. Kurang pengambilan kalsium dan sayuran hijau
  4. Kurang bersenam

Macam Mana Untuk Mengelakkan Tulang Menjadi Lemah dan Rapuh?

Dapatkan kalsium secukupnya setiap sehari. Sebab tulang kita mengandungi kalsium. Kalsium daripada makanan sebenar adalah jauh lebih baik berbanding kalsium dalam bentuk supplement, sebab makanan sebenar juga membekalkan pelbagai nutrisi lain selain kalsium.

Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis?

Pertama, Wanita mengalami proses mengandung. Untuk memastikan tulang baby dalam kandungan kuat dan sihat, baby perlukan banyak kalsium sedari dalam rahim lagi. Baby dapat kalsium ini daripada makanan si ibu (atau pun supplement yang ibu ambil). Jika seseorang ibu yang mengandung tu tak cukup ambil kalsium harian setiap hari, ibu itu akan kehilangan kalsium tu dari tulang ibu sendiri. Sebab itulah ibu hamil yang kurang kalsium biasanya memang akan rasa gigi mulai goyang, dan mulai sakit belakang dan tulang semasa mengandung.

Keduanya, wanita biasanya menyusukan anak selepas bersalin. Sama juga seperti mengandung, susu ibu mengandungi 40% kalsium. Jika ibu itu sendiri tak mengambil cukup kalsium semasa menyusukan baby, memang ibu akan kehilangan kalsium dari tulang ibu sendiri. Itu yang berlaku kepada saya selepas saya melahirkan anak.

{focus_keyword} Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis Berbanding Lelaki? 615 Age and Bone Mass osteoporosis

Tetapi jangan risau.

Osteoporosis sangat boleh dikawal jika ibu menjaga pemakanan yang betul dan seimbang, kaya dengan kalsium, vitamin D dan magnesium. Mungkin kita tak nampak kepentingan kalsium ini dan risiko osteoporosis ini kerana fikir yang kita masih muda. Tapi ingat, kita tak selamanya muda dan kandungan kalsium dalam tubuh kita tak selamanya tinggi.

Rujuk gambar rajah di atas bagaimana tulang kita akan kekurangan ketumpatan bila umur kita semakin meningkat.

Pada awal usia kita dari dalam kandungan ibu lagi, sehinggalah umur 20 merupakan waktu kritikal pembentukan tulang kita. Sebab itulah jika mahukan anak yang tinggi dan mempunyai tinggi ideal, pastikan anak kita tu cukup serba serbi kalsium dari pemakanan harian.

Ketumpatan tulang mula berkurangan apabila mencecah umur 25 tahun. Sekiranya pengambilan kalsium harian tak mencukupi, ketumpatan tulang akan jadi lebih mudah berkurang berbanding mereka yang cukup pengambilan kalsium harian.

Paling jelas ketumpatan tulang berlaku pada perempuan berbanding lelaki kerana proses fisiology semulajadi wanita yang perlu mengandung dan menyusukan. Malah ketika mengalami menapause, ketumpatan tulang akan turun dengan lebih mendadak.

Sebab itulah banyak kita perhatikan orang tua yang bongkok adalah kebanyakannya terdiri dari wanita.

Adakah kita nak diri kita yang tua nanti bongkok dan menjadi rendah tiba-tiba? Kalau tak nak, maka sejak muda ini lah kena pastikan kalsium badan kita sentiasa cukup.

Best kan bila dah tua tapi tak de masalah sakit-sakit tulang dan sendi. Nak berjalan-jalan pon seronok, nak solat pon apatah lagi best!

Perasmian Bangunan R&D Baru Shaklee, Pleasanton, California

$
0
0

{focus_keyword} Perasmian Bangunan R&D Baru Shaklee, Pleasanton, California Screenshot 2B2015 06 12 2B01
Pada 20 April 2015, Shaklee telah meningkatkan lagi prasarana R&D nya dengan membuka sebuah pusat penyelidikan baharu yang dinamakan sebagai Dr. Forrest C. Shaklee Global Innovation Center, dan terletak di Pleasanton, California, berdekatan dengan Headquaters Shaklee. Pusat penyelidikan yang baru ini menempatkan seluruh warga kumpulan Shaklee Research and Development untuk meningkatkan lagi sinergi dan produktiviti mereka dari segala aspect teknikal untuk menghasilkan lebih banyak lagi inovasi dalam bidang sains nutrisi. Majlis perasmian dirasmikan sendiri oleh CEO Shaklee iaitu Roger Barnett, Chief Innovation Officer Emanuel Fakoukakis dan juga Pemenang Nobel Prize Laureate yang juga merupakan Penasihat Shaklee Corp. Scientific iaitu Dr. Elizabeth Blackburn.

Kenali Pemenang Nobel Prize Laureate, Elizabeth Blackburn.

Berikut adalah video perasmian Dr. Forrest C. Shaklee Global Innovation Center

Bangunan Research and Development dilengkapi dengan segala peralatan canggih untuk memastikan bahawa kesemua produk Shaklee memenuhi piawaian dan melepasi standard industry dalam menghasilkan produk yang tulen, bermutu tinggi dan semestinya selamat. Kesemua product Shaklee akan diuji dengan dihasilkan dalam proses ini termasuklah nutritional research, ingredient development, product/process development, quality assurance, dan quality control setiap bahan dan productnya. Dengan kemudahan frasarana Bangunan Research and Development ini, Shaklee kini boleh menempatkan lebih 50 orang saintis Shaklee untuk tujuan R&D.

Tahun ini 2015 merupakan tahun ke 100 pengasas Shaklee, iaitu Dr. Forrest C. Shaklee mencipta multivitamin pertama dunia, menjadikan produk Shaklee sangat dikenali dunia dan kini dengan lebih 100 produk Shaklee telah pun diperkenalkan di seluruh dunia.

Artikel penuh boleh didapati di sini.
http://newhope360.com/supplements/shaklee-opens-global-innovation-center

Download (PDF, 835KB)

Alhamdulillah, another proof dan bukti bahawa Shaklee memang komited untuk melakukan R&D di samping senarai patents dan senarai journal yang selama ini telah pun direkodkan oleh Shaklee. Untuk catatan lain berkenaan bukti-bukti Shaklee komited menghasilkan produk berkualiti tinggi, boleh membaca artikel ini >> Kenapa saya yakin dengan Produk Shaklee.

Saya yakin, anda bagaimana? ;-) {focus_keyword} Perasmian Bangunan R&D Baru Shaklee, Pleasanton, California icon wink

Tips Menyusukan Anak Di Tempat Awam

$
0
0

Raya dah nak dekat. Mak mak yang memang menyusukan susu badan agak gelisah; “Macam mana lah nak susukan baby masa tengah beraya rumah orang nanti”. Untuk mak veteran (haha) dan mak-mak beranak lebih dari seorang yang dah memang otai breastfeeding, takde masalah. Tapi mak-mak baru beranak satu ni, sure ada terlintas sikit kat kepala risaunya kalau baby mintak susu masa kat rumah orang. Takkan nak pinjam bilik orang setiap kali bertandang  kan. Paling-paling pon sure kita pusing mengadap dinding dan bagi anak susu time time tu jugak.

Been there, done that.

Hatta menyusukan anak dalam kereta pon biasanya mak baru ni takut-takut sebab risau ade orang menjengok ke dalam kereta. Well… masa kereta bergerak, biasanyanya takde orang saja-saja nak jengok dalam kereta tu buat apa. Tapi jangan la jojolkan sangat asset tu kan. Haha.

Tips untuk ibu baru, cuba dahulu dan praktis sikit demi sedikit. InsyaAllah masa raya nanti taklah kekok sangat. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dibuat supaya ibu-ibu rasa lebih yakin masa menyusukan baby di tempat awam :

  1. Pakai Pakaian Yang Khas Untuk Ibu Menyusu

Adat ada anak, mestilah beli baju yang mesra anak. Tak boleh lah nak berkebaya sangat kan. Lagipon sekarang ni banyak dah jual baju menyusu yang cantic-cantik tak nampak langsung pon macam baju menyusu. Memang lawa-lawa dan longgar serta senang sangat nak selak untuk bagi anak makan. Revolusi fesyen kita sejak 6-7 tahun lepas pon dah banyak sangat membantu ibu-ibu menyusu mencari pakaian menyusu yang sesuai dan paling penting selesa. Antara butik yang perkenalkan nursing baju kurung adalah Salsabeela Nursing Attire. Oh suka saya dengan design simple dan comel mereka.

baju kurung menyusu {focus_keyword} Tips Menyusukan Anak Di Tempat Awam 10458773 824511557644107 3493919775333316847 n

Salsabeela Muslimah Attire

Ada yang zip kat depan, butang kat depan.

Ada yang zip kat tepi.

Ada yang selak sana selak sini.

Macam-macam ragam fesyen ada.

Sediakn ongkosnya sahaja. Hehe.

<

  1. Pastikan Baby Tidak Lemas

Dalam pada masa yang sama nak jaga aurat, pastikan juga baby kita tak lah ditutup habis-habisan sampai tak nampak langsung. Sian baby. Ada juga baby yang tak selesa dengan nursing cover. Jadi ibu kenaah praktis dulu di rumah sekarang ni supaya masa jalan-jalan nanti taklah baby kekok dan rimas. Lagi-lagi lah bila baby dah besar sikit dah mula pandai demand. Kalau kita tak praktis dari awal, maunya dia selak besar-besaran. Siap tepis lagi you nursing cover tu. Haha. So apa yang penting, PRAKTIS..PRAKTIS dan PRAKTIS!

<

  1. Tudung Oh Tudung

Kalau boleh pakailah tudung yang mesra menyusu. Iaitu tudung yang cukup panjang, cukup lebar untuk cover kepala baby dan juga aset kita tu. So tak payah lah nak beli dan bawak nursing cover dah since tudung tu sendiri adalah nursing cover. Jangan risau, tudung mesra baby juga sangat cantik dan tak menjejaskan penampilan anda di hari raya.

<

  1. Pilih Bra Yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Untuk ibu baru, bawak-bawak lah beli bra menyusu yang senang nak selak, senang nak unlock dan senang nak bukak – pakai sebelah tangan. Untuk ibu otai takpe, diorang dah lali dan expert nak handle celah mana. Bayangkan lah bila baby dah mula mengamuk sakan lapar, kita pulak terkial-kial nak bukak bra yang tak mesra breasfeeding. Memang sangatlah menarik perhatian bapa-bapa dan bujang-bujang; “Anak siapalah nangis tu”. Daripada nak sembunyi-sembunyi menyusukan, jadi tertarik perhatian semua orang pulak kang.

<

  1. Bagi Baby Kenyang Sekerap Yang Mungkin.

Sebagai contoh, asal masuk kereta jek, susukan terus baby. So bila sampai rumah bertandang seterusnya, baby dah kenyang dah. Agak-agak dah setengah jam tak menyusu tu, terus suakan susu bagi baby. Maka, takdelah dia melalak mintak susu di khalayak ramai sambil tarik perhatian. Proses menyusu tu jadi senyap, sunyi dan smooth jek tanpa orang sedar pon baby kita tengah menyusu.

<

     6. Be Proud of Breastfeeding

Breastfeeding adalah sesuatu yang mulia. Inilah salah satu perkara yang kita buat untuk anak kita. Memberi sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Jadi kita patut berbangga dengan diri kita sendiri bila kita memilih untuk memberi yang terbaik untuk yang tersayang. Bila kita yakin, insyaAllah kita akan buat sesi penyusuan tu suatu yang sangat menyeronokkan. Tempat untuk menyusukan? Tiada masalah. Kerana bila yakin, apa pon yang kita buat, akan menjadi seronok dan mudah.

<

Semoga dengan tips-tips di atas, semoga ibu-ibu baru akan selesa dan bangga dengan menyusukan baby semasa beraya nanti. Apa yang penting adalah ibu dah kene start praktis dari sekarang supaya baby pon terbiasa. InsyaAllah kalau kita praktis masa tengah tenang kat rumah, nanti baby pon terima dengan tenang. Baju raya menyusu yang kita dah beli tu pon, dah boleh dah pakai dari sekarang. Tak lah kekok nanti masa berjalan raya.

Jangan risau pasal persepsi. Sekarang ni ramai dah mula paham dan lebih terbuka berkaitan pentingnya susu ibu untuk bayi. Dan alhamdulillah semakin ramai yang menyokong penyusuan susu ibu.

Semua itu pahala ya ibu-ibu. Selamat menyusukan bayi semasa beraya nanti!

Belanje satu gambar menyusukan semasa kenduri beberapa tahun lepas. Ahak.

{focus_keyword} Tips Menyusukan Anak Di Tempat Awam DSC01674

Baju Nursing zip kat tepi pesak. Buat sendiri. Wahahaha.

3 Tips Sangat Berkesan Elak Bersalam Dengan Bukan Mahram

$
0
0

Terkadang masyarakat kita lebih mengutamakan adat dan budaya berbanding agama. Lebih mengagongkan ke”Melayu”an berbanding ke”Islam”an. Walhal melanggar adat dan budaya tidaklah membawa dosa sedangkan melanggar aturan agama adalah berdosa di sisi Allah SWT.

Raya bakal tiba, dan budaya bersalam sangat sinonim dengan masyarakat Melayu yang kaya dengan budi pekerti dan sopan santun. Menyantuni orang tua sangat-sangat dititikberatkan dalam kehidupan kita. Itu memang sangat difahami. Cumanya bila setengah golongan tidak memahami isu haram bersalam dengan bukan mahram ni, terkadang kita dilabel sebagai tidak menghormati orang tua dan juga biadap.

Dalam konflik ini, bukan sekadar budaya bersalam, malah menutup aurat ketika pulang ke kampung juga seakan masih ramai tak paham kerana ramai berfikir atas dasar kekeluargaan, semua pon bukan aurat.

<

Apa Itu Mahram?

Mahram bermaksud semua orang yang haram untuk dinikahi selamanya sama ada disebabkan keturunan, persusuan dan pernikahan dalam syariat Islam. Maksudnya juga mahram ni orang yang jika kita tersentuh kulit sekalipun, tidak akan membatalkan wudhu’ kita, tidak berdosa jika bersalaman. Dengan mahram juga kita tidak perlu berhijab bagi yang perempuan.

<

Sebab Menjadi Mahram

Mahram ini adalah disebabkan oleh:

  • Mahram disebabkan oleh keturunan (nasab)
  • Mahram disebabkan oleh penyusuan susu ibu
  • Mahram disebabkan oleh perkahwinan (musaharah)

<

Siapakah Mahram Saya Jika Saya Seorang Lelaki?

Untuk lelaki, ada 7 golongan perempuan yang merupakan mahram disebabkan keturunan dan penyusuan susu ibu, di mana kita boleh bersalam, kita tak batal air sembahyang bila bersentuh, dan kita tak boleh bernikah dengan mereka selama-lamanya. Mereka itu adalah:

<

Mahram disebabkan keturunan:

  1. Mak kita, nenek kita, moyang kita dan seterusnya hingga ke atas.
  2. Anak, yaitu anak perempuan, cucu perempuan, dan seterusnya sampai ke bawah.
  3. Adik beradik perempuan kita, adik perempuan dan kakak perempuan (Sama ada sama ayah atau sama mak).
  4. Mak saudara sebelah ayah (iaitu adik beradik perempuan ayah).
  5. Mak saudara sebelah mak (iaitu adik beradik perempuan mak).
  6. Anak saudara perempuan (anak perempuan kepada adik beradik lelaki kita).
  7. Anak saudara perempuan (anak perempuan kepada adik beradik perempuan kita)
  8. Sepupu perempuan sebelah ayah kita.
  9. Sepupu perempuan sebelah mak kita.

<

Mahram disebabkan penyusuan susu ibu:

Sekiranya kita merupakan anak susuan kepada seseorang ibu yang mana kita menyusu 5 kali kenyang (beransingan) sebelum berusia 2 tahun, golongan wanita yang menjadi mahram kita adalah:

  1. Ibu susuan, mak kepada ibu susuan kita (nenek) dan ke atas
  2. Adik beradik perempuan susuan (anak perempuan kepada ibu yang memberi kita susu)
  3. Mak saudara sebelah ayah susuan (iaitu adik beradik perempuan ayah susuan)
  4. Mak saudara sebelah mak susuan (iaitu adik beradik perempuan mak).
  5. Anak saudara perempuan susuan (anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan kita) dan ke bawah
  6. Anak saudara perempuan (anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan kita) dan ke bawah

<

Mahram disebabkan perkahwinan (musaharah):

Disebabkan oleh perkahwinan, ada ahli baru yang menjadi mahram kita sekiranya kita lelaki iaitu;

  1. Isteri kepada orang tua kita. Iaitu isteri kepada ayah, isteri kepada datuk, seterusnya hingga ke atas, sama ada yang dah disetubuhi ataupun belum, baik yang masih berstatus sebagai isteri mereka maupun sudah dicerai atau ditinggal meninggal dunia. Dengan kata lain, yang termasuk mahram adalah ibu tiri, nenek tiri, dan seterusnya sampai ke atas.
  2. Isteri kepada anak kita, isteri kepada cucu, dan seterusnya sampai ke bawah, baik yang sudah disetubuhi ataupun belum, baik yang masih berstatus sebagai isteri mereka maupun yang sudah dicerai atau ditinggal meninggal dunia.
  3. Mak mertua kita, iaitu mak kepada isteri kita, nenek kepada isteri kita, dan seterusnya sampai ke atas, sama ada isteri kita tersebut masih dalam ikatan perkawinan dengan kita maupun yang sudah dicerai atau sudah meninggal.
  4. Keturunan isteri kita, yaitu anak perempuan isteri kita (sekiranya kita berkahwin dengan perepuan itu, beliau sudah ada anak perempuan), cucu perempuan isteri kita dan seterusnya sampai ke bawah, baik isteri kita itu masih dalam ikatan perkawinan kita maupun sudah diceraikan atau sudah meninggal. (*Tapi sekiranya kita masih belum sentuh @ disetubuhi isteri kita itu, keturunan isteri itu boleh kita nikahi)

Secara ringkasannya, boleh rujuk infografik di bawah ini bagi yang lelaki.

{focus_keyword} 3 Tips Sangat Berkesan Elak Bersalam Dengan Bukan Mahram panduan 2BakhiKLIK UNTUK BESARKAN

<

Siapakah Mahram Saya Jika Saya Seorang Perempuan?

Untuk wanita juga, ada 7 golongan lelaki yang merupakan mahram, di mana kita boleh bersalam, kita tak batal air sembahyang bila bersentuh, dan kita tak boleh bernikah dengan mereka selama-lamanya. Mereka itu adalah:

<

Mahram disebabkan keturunan:

  1. Ayah kita, datuk kita, moyang kita dan seterusnya hingga ke atas.
  2. Anak, yaitu anak lelaki, cucu lelaki, dan seterusnya sampai ke bawah.
  3. Adik beradik lelaki kita, iaitu adik lelaki dan abang (Sama ada sama ayah atau sama mak).
  4. Bapa saudara sebelah ayah (iaitu adik beradik lelaki ayah).
  5. Bapa saudara sebelah mak (iaitu adik beradik lelaki mak).
  6. Anak saudara lelaki (anak lelaki kepada adik beradik lelaki kita).
  7. Anak saudara lelaki (anak lelaki kepada adik beradik perempuan kita
  8. Sepupu lelaki sebelah ayah kita.
  9. Sepupu lelaki sebelah mak kita.

 

Mahram disebabkan penyusuan susu ibu:

Sekiranya kita merupakan anak susuan kepada seseorang ibu yang mana kita menyusu 5 kali kenyang (beransingan) sebelum berusia 2 tahun, golongan wanita yang menjadi mahram kita adalah:

  1. Ayah susuan, ayah kepada ibu susuan kita (datuk) dan ke atas
  2. Adik beradik lelaki susuan (anak lelaki kepada ibu yang memberi kita susu)
  3. Bapa saudara sebelah ayah susuan (iaitu adik beradik lelaki ayah susuan)
  4. Bapa saudara sebelah mak susuan (iaitu adik beradik lelaki mak).
  5. Anak saudara lelaki susuan (anak lelaki kepada adik beradik lelaki susuan kita) dan ke bawah
  6. Anak saudara lelaki (anak lelaki kepada adik beradik perempuan susuan kita) dan ke bawah

<

Mahram disebabkan perkahwinan (musaharah):

Disebabkan oleh perkahwinan, ada ahli baru yang menjadi mahram kita sekiranya kita perempuan iaitu;

  1. Suami kepada orang tua kita. Iaitu suami kepada ibu, suami kepada nenek, seterusnya hingga ke atas, sama ada yang dah disetubuhi ataupun belum, baik yang masih berstatus sebagai suami mereka maupun sudah dicerai atau ditinggal meninggal dunia. Dengan kata lain, yang termasuk mahram adalah ayah tiri, datuk tiri, dan seterusnya sampai ke atas.
  2. Suami kepada anak kita, suami kepada cucu, dan seterusnya sampai ke bawah, baik yang sudah disetubuhi ataupun belum, baik yang masih berstatus sebagai suami mereka maupun yang sudah dicerai atau ditinggal meninggal dunia.
  3. Ayah mertua kita, iaitu bapa kepada suami kita, datuk kepada suami kita, dan seterusnya sampai ke atas, sama ada suami kita tersebut masih dalam ikatan perkawinan dengan kita maupun yang sudah dicerai atau sudah meninggal.
  4. Keturunan suami kita, yaitu anak lelaki suami kita (sekiranya kita berkahwin dengan lelaki itu, beliau sudah ada anak lelaki), cucu lelaki suami kita dan seterusnya sampai ke bawah, baik suami kita itu masih dalam ikatan perkawinan dengan kita maupun sudah diceraikan atau sudah meninggal. (*Tapi sekiranya kita masih belum disentuhi @ disetubuhi oleh suami kita itu, keturunan suami itu boleh kita nikahi)

Secara ringkasannya, boleh rujuk infografik di bawah ini bagi yang perempuan.

{focus_keyword} 3 Tips Sangat Berkesan Elak Bersalam Dengan Bukan Mahram Mahram Bagi PerempuanKLIK UNTUK BESARKAN

Selain daripada mahram, semua adalah haram disalam, haram membuka aurat dan boleh dinikahi. Walaupun terdapat perselisihan para ulama dalam hal ini, tetapi lebih afdhal jika wanita itu mengelakkan diri daripada bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya, begitu juga sebaiknya. Tetapi jika terpaksa juga maka usahakanlah supaya berlapik kain.

<

Macam Mana Nak Elak Bersalam Dengan Bukan Mahram?

Nah, yang ini memang dilema kabanyakan kita yang perempuan yang sudah mula paham tentang hukum mahram dan aurat ini. Dalam musim-musim perayaan kita sedia maklum bahawa pulang ke kampung bermaksud kita akan bersesak dengan kesemua ahli keluarga lain yang sama-sama berkumpul untuk berhari raya.

Terkadang kita terlupa tentang aurat dan juga siapa yang mahram dan siapa yang bukan mahram. Untuk mereka yang bernasib baik mempunyai rumah keluarga yang agak besar dan mempunyai bilik berasingan, ia tidak menjadi masalah. Tetapi kita juga paham tidak semua orang bernasib baik dan biasanya akan berkumpul semuanya tidur bersama-sama di ruang tamu tanpa mengira batas aurat. Berbincanglah sesama suami isteri berkenaan hal ini. Munkin boleh dikumpulkan lelaki sahaja untuk satu ruang dan wanita sahaja untuk satu ruang.

Terkadang kita amat paham dah hukum dan tau siapa mahram kita dan bukan mahram kita. Cuma kadang ada saudara mara kita yang tak paham dan akan menghulurkan salam kepada kita. Apa nak buat jika berdepan situasi macam ni. Nak tolak kang mereka kata kita dan label kita macam-macam. Sedangkan kita lebih mementingkan pandangan Allah SWT berbanding apa pandangan manusia.

<

Antara tips lain yang boleh dikongsikan adalah seperti berikut:

1.   Pakailah Tudung Yang Labuh dan Panjang Untuk Dijadikan Lapik

Tudung yang panjang akan sangat-sangat membantu sekiranya kita emergency ada sesiapa yang dah pun hulurkan tangan dan kita segan nak tolak. Walaupun terdapat perselisihan para ulama dalam hal salam tetapi berlapik ini, adalah lebih afdhal jika wanita itu mengelakkan diri daripada bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya. Kerana secara logiknya juga berlapik juga kita tetap dapat merasai fizikal tangan bukan mahram tersebut.

<

2.   Memberi Salam dan Khabar Dari Jauh

Semasa bertandang ke rumah saudara mara, selain dari memakai tudung yang panjang, tudung itu juga sangat berguna untuk kita siap-siap menyorokkan tangan dalam tudung. Dari jauh apa bila sudah nampak kelibat saudara lelaki kita yang bukan mahram itu, siap-siap sembunyikan tangan dan bertanyakan khabar secara lisan dengan nada yang baik dan sopan santun. InsyaAllah siapa yang tak paham tentang mahram pon akan tidak bersoal banyak.

<

3.   Sibukkan Diri Dengan Mendokong Anak Kecil

Dokonglah anak kecil sebagai usaha menyembunyikan tangan dari bersalam. Dalam masa yang sama, ringankan mulut juga terus bertanyakan khabar dari beberapa jarak dengan saudara saudara lelaki kita yang bukan mahram itu. InsyaAllah ini juga akan sangat membantu.

<

Untuk yang lelaki juga usahlah galak sangat menghulur kepada semua wanita. Kerana bukan semua wanita itu mahram kalian. Sama-samalah kita saling memahami dan sama-samalah kita mengelakkan dosa semasa berkunjung ke rumah sanak-saudara sewaktu berhari raya.

Video Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Mahram

Rujukan:

http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/47-lelaki-bersalaman-dengan-wanita?

https://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/jawapan-kepada-syubhat-menghalalkan-bersalam-dengan-bukan-mahram/

http://langitilahi.com/v2/11576

http://ustaznaim.blogspot.com/2009/04/hukum-berjabat-tangan-dengan-perempuan.html

 

Tips Anak Seronok Duduk Dalam Carseat Tanpa Meragam

$
0
0

Memang kita dengar selalu orang akan cakap susahnya nak masukkan anak dalam car seat.

“ Anak saya tak suka car seat langsung”

“Anak saya asyik melalak la dalam car seat, memang tak boleh”

“Anak saya pandai keluar dari car seat la”

Di Malaysia belum ada penguatkuasaan lagi berkenaan penggunaan car seat ni. Tapi Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi kata mungkin penguatkuasaan akan dimulakan pada tahun 2019 nanti. Apa pon, sepatutnya car seat dah jadi salah satu necessity iaitu keperluan wajib sekiranya kita ada anak.

Takpe, tak ramai orang bersetuju lagi pasal car seat sebab pelbagai factor. Jom focus pada mereka yang dah ada car seat tapi ada masalah nak letakkan anak dalam car seat. So far pengalaman saya selama 4 tahun ber seat, Alhamdulillah sangat ok. Travel dari tempat kerja dari rumah selama almost 1 jam setia hari, memang mewajibkan saya ber-car seat. Dua anak, 5 tahun dan 1 tahun, takkan nak biarkan terkontang kanting dalam kereta. Serious bahaya!!!

Mujur dek ketabahan hati dan kekeringan hati maknya ni, anak-anak Berjaya duduk dalam car seat tanpa bising. Syukur.

Kat bawah ni ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk anak-anak dalam car seat. Tips ni tanpa ipad/gadget. Sebab kalua ada bende gadget ni memang la Nampak senang, Cuma kesannya jangka masa panjang tu memang susah nak di-detoxkan. So kalau boleh elakkan penggunaan gadget.

<

  1. Pastikan Anak Kenyang

Jangan la travel masa anak tu tengah lapar. Kalau katakan perjalanan kita mengambil masa yang sangat lama, pastikan ada makanan finger food untuk anak. Saya selalu bekalkan sama ada jompot-jompot ke, lempeng ke (yang boleh dipegang) dan juga biskut untuk anak. Saya juga pastikan tangan ni cekap boleh pass makanan-makanan tu kat anak-anak bila rasa diorang mula dah cranky dalam kereta. Air usah dilupa. Setiap anak kena ada tumbler air sendiri yang senang dipegang. Macam anak saya yang umur 5 tahun tu, dia selalu passkan air pada adiknya yang setahun.

Bila ada makanan dalam tangan, memang biasanya anak tu akan senyap dan makan diam-diam tanpa bising. Siap nyanyi lagi …

So, pastikan ada banyak bekalan makanan di tangan kita yang senang nak pass pada anak-anak. Kalau travel 2 orang dewasa, takde masalah. Kalau sorang-sorang, memang kene cekaplah tangan tu pass makanan pada anak tu.

Kereta bersepah makanan, abaikan. Keringkan jek hati. Haha. Siapa lagi penting? Anak ke kereta?

<

  1. Banyakkan Bersembang Dengan Anak

Tak kiralah umur anak tu berapa, sembang lah selalu. Boleh sembang pasal apa-apa sahaja. Topik masa sekolah ke, cikgu sekolah ke, dan makanan apa yang dia makan masa sekolah ke. Masa ni la kita layan anak-anak walaupon masa agak singkat. Masa berhenti kat traffic light pula, boleh lah banyakkan berinteraksi dengan anak-anak dan baby. Masa anak baru mula bercakap, tunjukkan benda-benda sepanjang perjalanan, macam kenderaan, bendera, matahari, awan dan sebagainya. Sangat seronok sebenarnya.

<

  1. Travel Masa Anak Tengah Mengantuk

Yang ni paling saya suka. Heaven! Sebab memang senyap sunyi jek la diorang tidur. Takde sebarang gangguan. Kalau musim perayaan, travel lah waktu malam. Memang akan senang jek anak-anak ni tidur lena dalam car seat selama 2, 3 jam. Lagi-lagilah kalau perut mereka kenyang. Baby lagilah senang. Asal bagi baby kenyang puas-puas sebelum masuk kereta, dan masukkan dalam car seat. Memang sekejap je akan lelap. Sebab itulah kita digalakkan letak baby dalam car seat masa umur dia kecik sangat lagi. Supaya mereka terbiasa. Kalau dah baby tua baru nak letak, memang la mengamuk sakan.

<

  1. Buka Audio Bermanfaat

Yang ni agak subjective. Ada orang suka bukak radio, ada orang suka bukak zikir dan nasyid dan sebagainya. Buka je apa-apa audio yang disukai oleh anak-anak. Untuk saya, anak saya sangat sukakan Maher Zain sampai kan saya dan suami naik bengkak telinga dengar lagu yang sama berulang-ulang. Hahaha. Recitation ayat al-Quran juga merupakan alternative terbaik untuk kita dan anak-anak. Jika kita biasakan, insyaAllah anak mudah menghafal ayat al-Quran. Mulakan dulu dengan Juzz Amma. Suprisingly ia adalah terapi yang cukup baik untuk ibu yang tengah memandu dan juga anak-anak yang mungkin sedang tidur dalam car seat.

<

  1. Letakkan Mainan Dalam Kereta

Tujuannya nak Tarik perhatian anak kita supaya ada aktiviti yang boleh dibuat dalam car seat (selain makan) haha. Sesuaikan dengan minat anak-anak. Sediakan mainan khas dalam kereta. Iaitu mainan yang hanya boleh main dalam kereta. Jadi takde lah dia boring dengan mainan yang sama. Makna kata, kalau nak main mainan tersebut, adalah dengan duduk dalam car seat, barulah boleh dapat. Kalau katakana mainan tu memang kat luar pon main, takde nya budak-budak ni heran. Pakat menangis jek la nanti bila masuk dalam kereta.

<

Nah, itulah antara tips saya sepanjang 4 tahun travel dengan anak. Kalau pergi kerja tu, kira sejam pagi sejam petang la. Total 2 jam. Memang hati kene kental, jiwa kene tabah. Demi keselamatan anak-anak. Jangan risau, kita tak mendera emosi mereka. Mereka akan lebih berdisiplin. Mereka lama-lama akan tau, kalau nak travel, wajib masuk car seat.

Selamat mencuba!

{focus_keyword} Tips Anak Seronok Duduk Dalam Carseat Tanpa Meragam 1662577 10152015632158261 983746450 n

Banyak gune Tips No 1 dan 3. Hahahaahaha. Lena… senang emak bawak pergi kerja.

5 Petua Mendapatkan Bibir Merah Semulajadi Di Pagi Raya

$
0
0

Bestnya kan kalau bibir semulajadi merah. Tak payah nak beli lipstick bagai. Merah semulajadi memang cantik dan menarik. Lagi-lagi lah kalau kulit kita cerah. Ada orang memang lahir dengan bibir yang merah dan mungil, ada juga yang lahir dengan bibir semulajadi agak gelap.

Tapi ada juga yang asalnya ada bibir merah tapi dok gatai hisap rokok dan pakai lipstik yang ada plumbum, tak pasal-pasal jadi hitam pulak. Ada juga yang disebabkan terlalu banyak minum kopi. Ada yang disebab kan allergik. Yang paling kesian adalah, ketakseimbangan hormon dan juga faktor umur juga boleh menyebabkan bibir menjadi gelap.

Tapi takpe, ada tips macam mana nak jadikan bibir merah semulajadi, pinkish-pinkish. Paling takpun, insyaAllah akan jadikan bibir lebih cerah berbading sebelum mengamalkannya.

1. Sugar Scrub – Skrub Bibir Menggunakan Gula

Kalau kat kedai tu siap dah jual sugar lip scrub. Sediakan saja ongkosnya. Tapi sebenarnya boleh je buat sendiri kat rumah, sangat menjimatkan. Gula membantu membuang sel kulit mati pada bibir dan mentega pula membantu mencerahkan bibir dan menjadikan bibir lebih berkilat. Cara membuatnya pun mudah je. Campurkan 3 sudu gula dengan 2 sudu mentega. Simpan dalam bekas kecik dan sapukan pada bibir. Ulang 2 atau 3 kali seminggu untuk dapatkan bibir yang cerah.

{focus_keyword} 5 Petua Mendapatkan Bibir Merah Semulajadi Di Pagi Raya y

2. Paste Menggunakan Serbuk Kunyit

Campurkan susu dengan serbuk kunyit sampai jadi paste yang pekat. Basuh bibir dan basahkan bibir dan beruskan bibir guna berus gigi yang lembut, jenis soft. Lepas tu sapukan paste kunyit dengan susu tadi dan biarkan 2, 3 minit (tak payah lama-lama). Lepas tu basuh balik guna air dan berus dengan berus gigi lembut tadi. Jangan lebih-lebih dari 3 minit. Nanti sel kulit sihat pon rosak la pulak. Selepas tu lap (dabbing motion) dan sapukan pula dengan lip balm.

3. Sapuan Lemon

Lemon sememangnya ada sifat bleaching semulajadi. Buka je selamat untuk kulitm selamat juga untuk bibir. Malah lemon juga boleh buang bintik-biktik gelap tak sekata pada kulit dan bibir. Yang penting kena lah rajin. Perah lemon dan ambil jusnya, sapukan setiap malam pada bibir. Kalau cukup rajin, insyaAllah bibir akan jadi pinkish dan glowing-glowing.

4. Lemon Sugar Scrub

Kalau tadi gunakan butter dengan gula, kali ni guna lemon dengan gula. 1 sudu lemon, campurkan dengan sedikit minyak kelapa dan tambahkan 2 sudu kecil gula halus. Buat sampai pekat macam paste. Masukkan dalam bekas kecik dan boleh lah simpan dalam peti ais untuk seminggu. Sapukan pada bibir dan gunakan berus gigi soft untuk pelan-pelan berus dalam urutan membulat. Lepas tu basuh dengan air suam dan pakai lip balm.

5. BeetRoot (Ubi Bit)

Ubi bit memang ada warna ungu merah pekat semulajadi yang sangat kaya dengan antioksidan. Ubi bit ni ada jual kat pasaraya macam Jaya Grocer dan Aeon Jusco. Disebabkan sifat antioksidannya, kalau diamalkan selalu akan memperbaiki sel kulit bibir dan jadikan ia lebih cerah. Warna ubi bit ni pon memang melekat. So memang nampak semulajadi pinkish nanti jadinya.

{focus_keyword} 5 Petua Mendapatkan Bibir Merah Semulajadi Di Pagi Raya 10393800 10152602952298261 2250413125104400344 n{focus_keyword} 5 Petua Mendapatkan Bibir Merah Semulajadi Di Pagi Raya 11041725 10152802178573261 6164591103351518483 nUbi bit yang dah dikupas. Merah yang sangat terang.

Cukup lah dulu, apa yang penting rajin dan konsisten. Ada beberapa hari lagi nak raya. Sempat lagi ni nak nampak cantik semulajadi pinkish. Selamat mencuba~! Nah kat bawah ni ada bukti orang dah berjaya merahkan bibir. Cantik wooo. Sumber : BlueEyedBeautyBlog.

cara nak dapatkan bibir merah semulajadi  {focus_keyword} 5 Petua Mendapatkan Bibir Merah Semulajadi Di Pagi Raya Blue 2BEyed 2BBeauty 2BBlog 2Blavender 2B 2526 2Blemon 2Blip 2Bscrub 2Bval

{focus_keyword} 5 Petua Mendapatkan Bibir Merah Semulajadi Di Pagi Raya Smerete dark lips

Sumber : Smerete


Buttercup Bukan Mentega – Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit

$
0
0

Buttercup is Not Butter!

Musim-musim nak raya ni pakat belaka nak buat kuih raya. The major reason saya suka buat kuih sendiri adalah sebab bende alah ni – bahan utama dalam kuih raya dan juga kek iaitu BUTTER.

{focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit buttercupfront
Buttercup, sangat famous dan memang muraaaahh compare dengan jenama lain. Pergi je ke mana-mana pasaraya macam giant, tesco, eon big.. sure diorang buat promosi nak raya ni, harga Buttercup jadi below RM4.00 pon ada. Tapi ia memang mengaburi mata ramai pengguna sebab namanya – BUTTERcup. Meskipon namanya adalah butter, tapi ia bukanlah butter. Sebab tu lah harganya jaaauhh lagi murah. Sedangkan pure butter yang paling murah pon dalam anggaran RM6 – RM8 malah ada yang lebih mahal daripada itu.

Buttercup, bahan utamanya adalah palm oil. Minyak dari kelapa sawit. Tak percaya? Tengok belakang pacakging buttercup kalian. Memang tulis palm oil as main ingredient, bukannya butter (milk fat). Milk fat pulak dalam urutan ke- 3 dalam senarai menujukkan peratus milk fat cuma sedikit sahaja.

{focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit buttercup

 

 

Butter @ mentega tulen

Butter ni memang rasa dia sangat sedap. Dihasilkan dari susu, dalam bahasa melayu di panggil mentega / lepa susu. Butter ni pun healthy choices compare dengan marjerin. Tapi still kategori lemak tepu la, so jangan terlebih ambil yer. Harga butter agak mahal. Kalau setakat nak buat crust bawah cheese cake ataupun makan dengan roti boleh la. Ni kalau asyik buat kek ke biskut ke guna butter memang pokai la:roll: {focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit icon rolleyes. Butter mengandungi vitamin A, D, E & K (vitamin larut lemak). Ianya tidak mengandungi lemak trans. Tetapi butter mengandungi kolesterol dan lemak tepu (saturated fat) yang tinggi kerana ianya produk berasaskan haiwan. Perlu diingat pengambilan lemak tepu berlebihan boleh mengakibatkan sakit jantung.

Pure butter (mentega tulen) ni dihasilkan daripada susu di mana produk tenusu asli (susu lembu) ni diproses untuk memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini dan biasanya disimpan di dalam peti sejuk kerana akan cair disuhu bilik. Mentega tulen mempunya kandungan lemak yang jauh lebih tinggi sehingga 80% dari beratnya (20% lain adalah garam, cecair dll.)

{focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit SCSButtervsCowheadButter thumb

Tengok, kandungan mentega adalah 80% lemak susu.

Makan saturated fat (lemak tepu) dalam kuantiti terkawal dapat meningkatkan HDL (kolestrol baik) dan menukarkan LDL (kolestrol jahat) daripada struktur yang padat dan sukar dipecahkan kepada struktur yang lebih mudah disingkirkan.

{focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit DSC 0100

{focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit Unsalted dairy cream butter

Contoh mentega tulen, Tatura dan Anchor

>
Campuran Butter & Minyak Sawit

Contoh campuran butter dan lepa susu adalah Buttercup dan Farmcows ni. Ramai yang claim mereka ni butter terutama yang bernama Buttercup ni. Disebabkan minyak sawit mengandungi lemak tepu dan boleh membentuk pepejal kerana sifatnya yang semi solid, ia sering digunakan sebagai pengganti yang lebih murah kepada mentega tulen dalam membuat pastry dan bakery. Campuran minyak sawit dan sedikit lemak/lepa susu tiada masalah pon untuk menggantikan mentega tulen, dan ramai memilihnya kerana harganya yang murah.

{focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit daisyFarmCows

Bahan utaman jenama Buttercup dan Farmcows adalah Minyak Sawit dan sedikit campuran lemak/lepa susu

<

Perbezaan harga, kandungan lemak dan rasa:

Mentega tulen turut membangkitkan aroma dan rasa yang lebih sedap berbanding lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. Ia boleh didapati dalam keadaan bergaram (salted) atau tidak bergaram (unsalted). Salah satu perbezaan yang juga agak ketara jika dibanding mentega tulen dengan lepa susu adalah juga dari segi warna dan baunyanya. Biasanya warna mentega tulen lebih kuning-keorenan dan baunya lebih kuat (seakan minyak sapi).

Sebab tu kalau buat biskut dengan menggunakan mentega tulen, biskut memang akan menjadi lebih gebu, enak dan wangi dan sedap! Untuk kualiti produk yang terbaik, pilihlah mentega tulen (SCS, Fern, Anchor, Tatura) dan bukan mentega campuran (Buttercup). Tapi kebanyakan peniaga kecil-kecilan yang jual produk bakeri, memang Buttercup selalu menggantikan mentega tulen sebab kosnya yang murah. Nah kalau baker tu pakai pure butter, jangan pulak komplen kenapa mahal na. Sebab memang harga mentega tulen 2 kali ganda harga mentega campuran. Sama ke rasanya?? Opkos laaa rasanya tak sama dan tahap kualiti kesihatan makan keduanya juga jauh berbeza.

<

Mana Satu Lebih Sihat?

Mentega tulen (pure butter), mengandungi banyak lemak tepu dan kolestrol sebab datang dari haiwan, tapi tiada trans fat. Makan banyak-bayak pon tak sihat juga. Rasanya lebih sedap, harganya lebih mahal.

Campuran minyak sawit dan lepa susu seperti Buttercup pula, juga merupakan lemak tepu, dan kurang kolestrol (kerana sumber tumbuhan), dan harganya jauh lebih murah. Rasanya juga tidaklah sesedap mentega tulen.

Cuma analoginya begini, jika mentega tulen (pure butter) diibaratkan kite minum susu full cream yang banyak, buttercup ni pula seperti makan minyak masak lah kiranya. Dalam erti kata lain, makan berlebihan dua-dua pun kurang sihat. Hehe.

Boleh rujuk sini minyak mana yang lebih baik dari segi lemak tepu, lemak tak tepu antara butter dan minyak sawit (palm oil). Minyak-minyak lain tak lah boleh buat baking. Tak sedap!!

Fat_type_percentage_graph {focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit Fat type percentage graph

Sumber: New Zealand Heart Foundation

Kalau nak option jauh lebih sihat, gunakan mentega organic iaitu lembu yang betul-betul makan rumput berbanding lembu yang makan makanan yang diproses. Tapi tentulah harga butter organic jauh berkali ganda lebih mahal. Pernah saya jumpa di Jaya Grocer, sebuku 250 gram butter organic bernilai lebih RM30.8-O {focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit icon eek

Bukan lah tak boleh makan langsung. Mana satu pon pilihan anda, jangan makan semua nya berlebihan.
Tak dapat pilih organic butter yang mahal tu, pure butter pon ok lah? Hehe :mrgreen: {focus_keyword} Buttercup Bukan Mentega - Beza Butter dan Sapuan Minyak Sawit icon mrgreen

Rujukan

http://authoritynutrition.com/butter-vs-margarine/

http://www.foodrenegade.com/butter-vs-margarine-showdown/

http://ajcn.nutrition.org/content/67/5/828.short

http://ajcn.nutrition.org/content/91/3/502.short

http://atvb.ahajournals.org/content/12/2/187.short

http://atvb.ahajournals.org/content/25/3/553.short

http://circ.ahajournals.org/content/95/1/69.abstract

http://www.homecookedsg.com/2013/05/buttercup-its-not-butter-its-flower.html

Bahaya Minum Energy Drink Untuk Tambah Tenaga Kepada Badan

$
0
0

Raya-raya ni memang laku keras energy drink ni. Station minyak laaa selalu jual benda ni. Maklumlah nak memandu berjam-jam balik kampong, nak tambah tenaga dan tak nak mengantuk masa driving. Sebab mudah dicapai dan harganya pon berpatutan, dengar ia kononnya boleh hilangkan mengantuk dan bagi tenaga, memang berpusu-pusu la orang beli.

Perasan tak memang dah taka da iklan energy drink ni kat TV? Adakah mungkin sebab ianya bahaya?

Untuk orang dewasa pon ia tak bagus, apatah lagi untuk budak-budak atau budak sekolah. Jom tengok 10 bahaya minum air energy drink ni kalau berlebihan dalammasa yang singkat.

{focus_keyword} Bahaya Minum Energy Drink Untuk Tambah Tenaga Kepada Badan EnergyDrinkInfographicRevised1

Kes kematian yang disebabkan oleh energy drink, bukan rekaan saya. Tapi ia adalah realiti.

Sumber: The New York Times

Tak percaya tengok video ni

>

  1. Jantung Berhenti Tiba-tiba

Setiap orang keupayaan jantungnya berbeza. Pernah dengar kana da orang mati sebab terllubanyak minum energy drink. Seriously ada berita ni, 3 remaja mati disebabkan oleh energy drink. Jadi jangan gatai nak minum banyak-banyak. Siapa yang memang dok ade masalah kat jantung tu, tak payah la nak minum energy drink. Bahaya.

 Info: Remaja Perempuan Mati Sebab Minum Energy Drink

>

  1. Sakit Kepala dan Migrain

Terlalu banyak minum energy drink juga boleh sebabkan sakit kepala teruk sebab nak keluarkan caffeine. Energy drink ni memang banyak kandungan caffeine. Sebab tu la dia stimulate rasa bertenaga tu. Kalau setakat minum kopi tu, sikit jek caffeine die. Energy drink ni, banyak caffeine nya. Kalau minum banyak, perasan taka da rasa debar-debar jek.

>

  1. Insomnia

Hah, kalau dah lebih minum tu, badan dah letih tapi mata dok terjegil keluar tak mau tutup tidur. Ini sangatlah bahaya sebab metablisme badan sure berubah. Sian kat badan dah letih tapi tak boleh tidur sedangkan tidur tu lah cara badan kita nak charge bateri. Kalau badan dah letih sangat, tapi tak dapat rehat, bahaya sebab takut “shut down” (pengsan) bile-bile mana jek.

>

  1. Banyak gula

Haaa untuk orang yang ada kencing manis, jangan tak tahu energy drink ni banyak gila gula. Kalau yang masih belum ada kencing manis pon, pakat lah berjaga-jaga sebab dia nanti trigger insulin sampai boleh sebabkan penghasilan insulin bercelaru. Diabetes Type 2 pulak tu. Yang kene cucuk tiap hari tu. Nauzubillah.

>

  1. Ganggu Penyerapan Ubat

Siapa yang memang makan ubat dan supplement tu, buat rugi jek kalau minum energy drink ni. Senang kata, ubat dan supplement tu terus tak berkesan dah dek kerana bahan-bahan dalam energy drink.

>

  1. Ketagih

Siapa yang dah start minum energy drink ni, sure akan rasa seronok. Berjaya betul manufacturer energy drink ni bagi rasa addicted dan ketagih kepada peminumnya. Good marketing advertising. Sebab kesan bagi tenaga instant tu yang orang seronok. Perasan tak orang yang ketagih, memang ada beli setiap hari. Kalau tak beli, tak boleh buat kerja katanya. See see the effect. Wow.

>

  1. Rasa debar dan Nervous

Terlalu banyak minum energy drink ni akan buat kan kita rasa debar dan jantung degup sangat laju. Kadang kala sampai tak boleh nak perform kerja dan kadangkala sampai beremosi lebih-lebih pulak. Kajian kat Australia kata, hanya 250ml boleh dah rasa debar dan bimbang lebih-lebih pada peminumnya.

>

  1. Muntah

Banyak sangat minum energy drink pon boleh buat rasa nak muntah dan loya habes.

>

  1. Allergic

Ada orang allergic bahan dalam energy drink ni. Bila allergic, mungkin akan sesak nafas. Dari sudut positifnya, bagus juga sebab lepas ni sure takkan beli lagi energy drink ni.

Hurm… lepas ni tak payah la nak beli energy drink ni. Bawak lebih banyak mudharat berbanding kebaikannya. Adalah lebih baik berhenti sekejap dan tidur rehatkan badan berbanding telan energy drink ni. Semua kesan-kesan kat atas ni bukan mudah nak dibuang.

Hatta ketagih kopi secawang seharii pon susah nak hilang, inikan pula high dosage caffeine macam dalam energy drink ni.

Sumber:

http://blog.foodfacts.com/2014/10/23/new-research-recognizes-the-danger-energy-drinks-may-pose-to-public-health/

http://www.today.com/news/teen-girl-dies-caffeine-toxicity-after-downing-2-energy-drinks-506441

 

Tips Supaya Tak Buncit Membulat Selepas Beraya

$
0
0

Sebulan dah pun berlalu berpuasa di mana kita dah nyahtoksinkan badan kita. Tapi, bila raya, kita dihidang pula dengan pelbagai juadah enak dan lazat. Rambang mata, dah kenyang pon nak makan jua.

Elok-elok dah fit masa bulan puasa, naik berganda pula masa raya. Raya pertama dah nampak perutt mula ke depan.Sesia je jaga makan masa bulan puasa kalau gini caranya. Sedangkan patutnya amalan jaga makan masa puasa tu dibawa ke bulan-bulan seterusnya. Ini tak, time raya ni pulak la dikatanya “qada makan”.

Nahh, untuk elakkan semua bende-bende kat atas ni menyumbang kepada kebuncitan, cuba tips ini.

<

Tips Elak Buncit Walaupon Galak Makan Beraya

1. Pilih Makanan Dengan Akal, Bukan Dengan Mata

Maksudnya pilih dengan bijak la. Makan sikit makanan di rumah dahulu. Jadi bila di rumah orang nanti tak lah rambang mata. Bila kita terlalu lapar, kita akan nak try semua makanan walaupon makanan tu tak sihat. Kita semenangnya akan jadi kurang rasional sikit bila kita lapar sangat. So jangan la biarkan diri lapar. Makanlah buah-buah dulu kat rumah sebagai lapik perut.

Kalau ade open hause 2, 3 biji rumah sehari, makanlah sekadar jamah sikit-sikit demi menjaga hati tuan rumah. Hish macam lah tak pernah jumpa makanan tu sebelum-sebelum ni.

<

2. Makan Perlahan-lahan Sikit-Sikit Bukan Melantak

Ini tak, macam tak pernah jumpa makanan. Sambil makan tu boleh lah bawak bersembang dengan tuan rumah. Kan ke kita nak mengeratkan silaturrahim tujuan utama. Bukannya tujuan utamanya mengketedarah. Badan kita ni amik masa 20 minit untuk rasa betul-betul kenyang. Haa, lepas makan, tunggu la 20 minit sebelum nak ambik makanan lain. Luangkan lebih banyak masa dengan tuan rumah, bukan dengan makanan milik tuan rumah okeh.

3. Jangan dok Berlegar-legar Di Meja Makan Je

Bila dekat dengan makanan, laju je tangan tu jalan meskipon sedang bersembang. Isi pinggan pastu bawak lah duduk jauh-jauh sikit.

4. Pilih Air Kosong berbanding Air Bikarbonat

Air kosong sejuk je ok.

<

5. Jangan Dok Terbongkang Tidur Lepas Makan

Bawak-bawak lah gerak-gerakkan badan masa musim perayaan ni. Jangan pulak tidur terus lepas makan. Kalau tak senaman berat pon, senam lah ringan-ringan. Dah melantak banyak makan kat rumah sedara-sedara tu, bila kita balik rumah, jangan la jadi pemalas pulak. Rumah kita duduk tu (rumah mertua ke, rumah atok nenek ke), bawak-bawak lah rajin basuh periuk belanga ke, sapu dan kemas rumah ke, small-small chores pon apa salahnya. Kan ke sesekali balik kampung. Haa rajin-rajin lah sikit.

>

Kesan Makan Banyak Masa Musim Perayaan

1. Sakit Perut Sebab Makanan Tak Hadam

Bila kita makan berlebihan, badan kita sebenarnya ambik lebih banyak kalori daripada yang diperlukan oleh badan. Dah lah banyak kalori, banyak lemak pulak tu. Rempah toksah cakap la berapa banyak. Dan bila kita makan banyak, badan kita ni perlu membakar lebih banyak juga tenaga, dan jika tenaga ni tak digunakan (dengan bersenam), badan kita akan simpan tenaga berlebihan ni sebagai lemak. Jap-jap, ade orang bersenam ke masa raya-raya ni (untuk buang semua kalori tu).. Sure takde kan…

No wonder laa gemuk selepas raya kan.

<

2. Rasa Angin, Mual dan Loya

Oleh kerana system penghadaman kita terpaksa bekerja lebih keras berbanding waktu normal lain, proses penghadaman tu terjejas. Makanan jadi tak hadam dan akan mula rasa sakit dan tak selesa dekat bahagian atas abdomen kita. Haa lepas tu mula lah rasa loya lah, nak muntah lah.

3. Pedih Ulu Hati

Bila makan banyak jugak, perut jadi ransang asid perut berlebihan (asid hidroklorik). Ini lah yang dinamakan keasidan hyper atau dispepsia asid. Asid inilah yang menyebabkan perut terasa pedih bila asid ni berlebihan.

<

4. Gastrik

Bila dah asid perut banyak, tu yang mudah kene gastriik tu. Gastrik ni umpama luka kat dinding usus kita. Siapa yang penah kena gastrik, susah woo nak baik. Hazab tau sakit gastrik ni. Pantang kalau perut kosong, terus pedih-pedih.

5. Kolestrol Jadi Naik!

Disebab makan banyak jugaklah, kolestrol kita boleh naik mencanak-canak. Kolestrol ni naik sebab makan makanan yang tinggi kolestrol, tinggi lemak tepu dan banyak lemaks trans. Lagi-lagi la musim perayaan ni banyak betul makanan yang ada santan, dan susu penuh krim, krim, mentega dan daging. Lemak trans pulak ade banyak kat kuih-kuih dan makanan yang bergoreng.

<

6. Sembelit

Seterusnya maka jadilah sembelit. Siap ada istilah “sembelit bila balik raya”. Maksudnya, asal balik kampong jek, sembelit. Mana tak sembelit nya kalau dah sistem penghadaman kucar kacir. Jenis makanan pulak bukan jenis yang sihat. Fiber dan buah boleh dikatakan tarak. Semua dok makan jenis rempah banyak, minyak banyak. Manalah sistem pembuangan tu tak pening.

Musim perayaan nilah masa untuk bergembira bersama orang-orang tersayang, bukan masa untuk meng”qada” makan semata-mata. Sambil-sambil makan sedap menikmati kelazatan sajian makanan kat majlis jamuan bersama keluarga dan sahabat handai, jangan lupa untuk pantau apa yang kita makan dan berapa banyak yang masuk ke dalam mulut.

Tabiat makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang boleh menyelamatkan kita menyesal di kemudian hari. Tengok perut buncit selepas perayaan, tuasa gunanya. Hehe.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin:-) {focus_keyword} Tips Supaya Tak Buncit Membulat Selepas Beraya icon smile

Golongan Yang Berisiko Ada Kolestrol Tinggi

$
0
0

Adakah kita ni sebenarnya termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi menghidap penyakit No 1 Malaysia ni.

Siapa Yang Berisiko Mengidap Kolestrol Tinggi?

1. Orang Yang Merokok

Rokok sebenarnya merosakkan dinding dinding dalam salur darah kita, jadikan salur darah kita tu luka-luka dan tak sihat. Bila ia jadi luka dan tak sihat, lemak-lemak jahat LDL ni senang sangat nak melekat dekat dinding salur darah. Asalnya salur darah ni boleh kembang kuncup ikut keadaan. Tapi kaalau ada banyak sangat lemak LDL melekat, salur darah ni jadi tebal. Susah dah nak kembang kuncup. Merokok pon jadikan kolestrol baik HDL kita makin lama jadi makin sikit.

{focus_keyword} Golongan Yang Berisiko Ada Kolestrol Tinggi kolestrol celikvitamin

<

2. Orang Yang Obesiti

Orang gemok, risikikonya untuk dapat sakit kolestrol tinggi ni, jauh lebih tinggi berbanding orang yang kurus. Tapi zaman sekarang ni, even kalau kurus pon ade dah penyakit kolestrol tinggi dan darah tinggi ni.

<

3. Orang Yang Makan Pemakanan Yang Tak Sihat

Ada orang memang sangat suka makan daging dan minum susu. Apa-apa makanan yang berasaskan binatang, memang kaya dengan kolestrol. Kita kene sangat bijak pilih makanan yang kurang kolestrol. Makanan yang berasaskan binatang juga memang kaya dengan lemak tepu, kaya juga dengan trans fat. Semua ni menyumbang kepada masalah kolestrol. Cuba tukarkan sumber makanan tu kepada yang berasaskan tumbuhan. Ia jauh lebih baik kerana kandungan kolestrol dan lemak tepunya yang sangat kurang.

 

<

4. Orang Yang Tidak Bersenam

Bersenam sebenarnya sangat bagus untuk boostkan kolestrol baik HDL dalam badan kita. Kolestrol baik HDL ni bagus untuk membantu menurunkan kolestrol jahat LDL. Jadi kenelah selalu bersenam, supaya parah HDL sentiasa optimum.

{focus_keyword} Golongan Yang Berisiko Ada Kolestrol Tinggi cara 2Bturunkan 2Bparas 2Bkolestrol

LDL – Kolestrol Jahat, dan HDL Kolestrol Baik

>

5. Orang Yang Ada Diabetes

Bila kandungan glukos dalam darah banyak, ia ibarat kawan baik kepada lemak jahat LDL. Gula juga menjadikan lemak baik HDL ni berkurang dan merosot. Gula juga memang merosakkan dinding salur darah.

>

Video kat bawah ni lah benda yang terjadi bila mana terlalu banyak kolestrol dalam darah dan macam mana ia boleg ganggu peredaran sel darah merah. Ada nampak tak bintik kecik berwarna merah. Haa itu adalah sel darah merah. Bila lemak jahat yang warna kuning tu LDL menempel banyak sangat kat dinding salur darah, makin lama dinding tu makin sempit.

Akibatnya, sel darah merah tal dapat nak lalu.

Sel darah merah ni kan bawak oksigen. Kalau sel darah merah yang bawak oksigen ni tak dapat lalu, macam mana bahagian tubuh badan kita nak dapat oksigen. Tu yang boleh jadi strok tu.

<

Rasa-rasanya kita ada tak dalam ciri-ciri orang di atas? Toksah tipu naaaa semua takde. Berapa ramai jek orang yang tak merokok dalam Malaysia ni? Antara yang tak merokok tu pulak, berapa ramai pulak yang tak bersenam. Biasnaya perokok memang dah sah lah takkan bersenam kan. Dah la tak merokok, tak bersenam pulak tu. Ada ke perokok yang bersenam?? (-_________-)

Pastu tapis pulak orang yang jaga pemakanan. Berapa ramai pulak yang tak merokok, bersenam, dan jaga pemakanan? Haiya.. hampir pupus kot. Perempuan mungkin masih ramai lagi. Untuk lelaki, tak berani nak komen. Sebab tak ada statistik.

Apa pon, kolestrol tinggi ni kene jaga sangat. Zaman sekarang ni muda-muda dah ada kolestrol tinggi. Badan kurus pon ada tau.

 

.

8 Makanan Yang Boleh Turunkan Kolesterol Tinggi

$
0
0

Kali ni jom kita berkongsi tentang makanan yang boleh turunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Tak banyak kita ubah, sikit pon jadilah sebagai permulaan. Tapi bagus kalau kita maksimumkan pengambilan makanan jenis ini. Bukan semestinya mahal pon makanan ni, tapi memang kadang kita tak suka jenis makanan sihat ni. Jenis makanan yang tak sihat jugak yang kita suka ambil – walaupon mahal. Betul tak?

{focus_keyword} 8 Makanan Yang Boleh Turunkan Kolesterol Tinggi 98371979

Berikut adalah antara makanan yang boleh menurunkan kolesterol:

Kali ni jom kita berkongsi tentang makanan yang boleh turunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Tak banyak kita ubah, sikit pon jadilah sebagai permulaan. Tapi bagus kalau kita maksimumkan pengambilan makanan jenis ini. Bukan semestinya mahal pon makanan ni, tapi memang kadang kita tak suka jenis makanan sihat ni. Jenis makanan yang tak sihat jugak yang kita suka ambil – walaupon mahal. Betul tak?

Berikut adalah antara makanan yang boleh menurunkan kolesterol:

1. Oatmeal

Oat memang mengandungi banyak serat yang boleh serap kolesterol jahat LDL dari badan kita. Kalau memang tak lalu nak makan oat, boleh jek makan epal, pisang, kacang merah dan buah prune. Serat ni lah yang akan serap lemak LDL yang suka sangat menempel melekat di dinding salur darah tu membentuk plak lemak. Kalau plak lemak tu tebal, salur darah akan sempit. Itu yang meningkatkan risiko darah tinggi dan strok.
<

2. Anggur merah

Anggur merah memang dah lama dikaji sangat berkesan menurunkan berat kolesterol. Peminum tegar wain merah memang kurang berisiko untuk mengidap kolestrol tinggi sebab bahan utama wain merah adalah anggur merah. Kita orang Islam memang diharamkan minum wain, tapi boleh jek makan anggur merah. Malah memang ada kajian yang menyatakan bahawa pengambilan anggup merah secara konsisten boleh menurunkan sehingga 9-12% kadar kolestrol LDL (kolesterol jahat).
<

3. Ikan yang kaya dengan Omega 3

Antara ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah ikan kembung, ikan sardin, ikan tuna dan ikan salmon. Selain daripada mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah, Omega 3 juga sangat baik untuk kesihatan jantung dan mengurangkan risiko pembekuan darah dan risiko kematian mendadak akibat kegagalan fungsi jantung.
<

4. Kekacang dan Bijirin

Kekacang seperti badan mampu menurunkan kolesterol yang tinggi. Setengah cawan kacang badam sehari boleh kurangkan sehingga 10% paras kolestrol. Tapi disebabkan kacang badam ni high kalori, tak boleh lah ambil banyak-banyak. Nanti gemok pula. Bijirin Falx seed juga sangat membantu menurunkan kolesterol, di mana 50 gram flax seed sehari boleh turunkan sehingga 8% kolestrol LDL dalam badan. Jadi kacang badan dan flax seed memang sangat elok dimasukkan dalam sarapan dan juga dimasukkan dalam bakeri macam roti.
(Rujukan http://www.healthaliciousness.com/articles/foods-which-lower-cholesterol.php)
<

5. Buah Zaitun

Buah Zaitun memang sangat digalakkan diambil setiap hari. Dalam buah zaitun ada zaitun hydroxytyrosol yang memang mampu menurunkan kadar kolesterol tinggi. Sebab tu orang Mediteranian memang makan buah zaitun dalam hampir dalam setiap menu mereka. Sebab tu memang mereka jarang kena penyakit berkaitan dengan kardiovaskular.
<

6. Yogurt

Pilihlah yogurt yang bebas lemak. Kalau Yigurt Greek, jauh lebih baik. Yogurt kaya dengan dengan protein, kalsium dan lactobacillus yang dapat mengurangkan kolestrol tinggi.
>

7. Buah dan sayuran

Buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan kuat boleh menurunkan koleterol yang tinggi. Biasanya buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan ni, warnanya memang cerah dan terang. Antara buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan adalah; blueberry, strawberry, acai berry, blackberry, cranberry, jambu, buah mangga (mango), kubis, brokolli, cili, aprikot, labu, ubi manis, lobak dan juga bayam.
<

8. Bawang putih

Bawang putih juga sangat bagus untuk menurunkan kolesterol yang tinggi. Tapi kalau kolesterol terlalu tinggi, mungkin agak kurang berkesan. Dan makan bawang putih mentah jauh lebih baik dari bawang putih yang dah dimasak.
>
>
Itulah antara makanan yang banyak dikaji mampu membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam badan. Walaubagaimanapon, gaya hidup yang sihat tu jauh lebih penting. Bersenam penting, dan jauhkan diri dari alkohol dan rokok. Menjaga diri dengan pemakanan sihat itu mahal, tapi jika jatuh sakit, ia akan jadi jaaaauhh lebih mahal.

{focus_keyword} 8 Makanan Yang Boleh Turunkan Kolesterol Tinggi FL3341 05 RM part3 01

Tips Urus Masa Ibu Bekerja Yang Ada Part Time Bisnes

$
0
0

Zaman sekarang ni, kita tak boleh terlalu bergantung kepada comfort zone yang kita ada. Kalau rasa selesa sangat dalam comfort zone, cepat-cepat la keluar ya. Sentiasa lah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Terlintas di FB dari wall FB Puan Ainon Mohd (seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd), tentang cerita ini, di mana seorang pegaiwai bank berada dalam comfort zone sehingga mereka diuji dengan sakit yang tak terduga.

{focus_keyword} Tips Urus Masa Ibu Bekerja Yang Ada Part Time Bisnes bahaya 2Bcomfort 2Bzone

Sumber : https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10153465910908114?pnref=story

Semoga ia menjadi iktibar. Saya, masih lagi bekerja. Dalam masa yang sama saya mula sikit-sikit membina empayar perniagaan sendiri. Bermula dengan hanya apa yang ada di tangan, tanpa modal yang besar. Semoga ia suatu hari menjadi pintu gerbang keluar dari comfort zone yang saya sedang diami sekarang.

Namun, ia bukannya mudah. Bekerja dan dalam masa yang sama berbisnes, bukan mudah. Ia amat memerlukan komitment dan masa yang cukup tinggi dan banyak untuk menguruskan keduanya dengan sempurna.

Ada orang yang masih bekerja kerana komitment yang sedia tinggi, namun masih juga mencari sumber pendapatan lain untuk menyara kehidupan mereka.

Ada orang juga yang sangat sayang melepaskan kerja hakiki, kerana minat dan juga sayangkan kerjaya, tetapi masih juga mencari sumber pendapatan lain sebagai backup plan sekiranya terpaksa keluar dari comfort zone.

Apa pon pilihan, komitment terhadap kerja hakiki dan juga bisnes perlulah seimbang, agak keduanya tidak terlepas dari genggaman. Tak nak lah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

>

>

Tips No 1 Bekerja Sedaya Upaya, Berbisnes Sehabis Daya

Perkara berkaitan bisnes, jangan dicampur-adukkan dengan bekerja dan begitulah juga sebaliknya. Saya, akan buktikan meskipon saya bekerja fulltime, saya tak korbankan kerja saya, dan saya setia dengan bisnes saya. Malah jangan biarkan apa yang dikejar tak dapat, apa yang dikendong keciciran. Pada ramai orang yang saya nak buktikan.. kawan2 opis, keluarga, dan saudara mara.

  1. Perkara berkaitan kerja, jangan masukkan dalam bisnes
  2. Perkara berkaitan bisnes, jangan masukkan dalam kerja
  3. Erti kata lain, jangan berbisnes sampai kan kerja terus kita tak 100%.
  4. Jangan berbisnes sampaikan KPI kerja hakiki terganggu.
  5. Untuk orang bekerja, sememangnya banyak dugaan termasuklah mata-mata yang memandang.
  6. Apa nak buat jika bos cakap “jangan berbisnes”. Kalau boleh tanya boss balik “Bila boss nampak saya berbisnes” >> maksud kata, jangan sampai boss nampak pon kita bisnes. lagi bagus boss tak tahu langsung. Sampaikan ade orang tanya, bila ko pos barang2 bisnes ko tu. Tak de pon nampak ko keluar. Kalau sampai boleh jawab begini, means kita betul-betu jaga la tu masa mana berniaga, masa mana bekerja.
  7. Lagi bagus kalau boss sampai berkata “saya tak kisah you nak buat apa-apa pon, asalkan kerja u siap, asalkan apa yang saya nak semua perfect”

Image {focus_keyword} Tips Urus Masa Ibu Bekerja Yang Ada Part Time Bisnes Image

>

>

Rule No 2 Suka Apa Yang Kita Buat, Cinta Apa Yang Kita Lakukan

  1. Dengan itu kita akan buat tanpa ada alasan
  2. Bekerja apa yang kita suka, kita akan ikhlas membuantnya
  3. Sebab dalam sudut hati kita, ada suatu perasaan yang dipanggil sebagai – seronok, kepuasan. Contoh; jika kita ada hobi, namakan apa jek hobi. sure akan kita luangkan masa untuk hobi kita. itulah yang mereleasekan tension kita kan. apa kita rasa? Tentulah puas, seronok. Dari perasaan suka dan cinta, kita akan tau buat mana satu priority. Means, kalau kita tak suka, memang kita takkan listkan langsung dalam priority kita. Kita takkan masukkan pon bahagian masa untuk nya. Tapi hanya kerana suka, kita akan sanggup buat apa sahaja. Even kalau tak ada masa pon, kita akan adakan juga masa untuknya.
  4. Sama juga dengan sayang. Bila kita sayang, kita akan buat apa sahaja. Even tak ada masa pon, kita akan sediakan juga dan bahagikan juga masa utk nya.
  5. Mentor bisnes bukan ke selalu cakap, bisnes ni kan baby kita. Kita sayang tak baby kita? Kita sayang kan? Sebab sayanglah, kita akan berkorban apa sahaja untuk baby kita.

Image {focus_keyword} Tips Urus Masa Ibu Bekerja Yang Ada Part Time Bisnes Image1

>

>

Rule No 3 Action First, Result Second

  1. Betulkan niat kita bisnes untuk apa, adakah kewangan semata-mata? Sebab kalau kewangan semata-mata kita akan penat, lelah, dan rasa tak berbaloi buat bila kita nampak resultnya tak seberapa.
  2. Sama macam hobi tadi. Kita buat hobi tadi bukan kerana duit kan? Tapi sebab kita suka. Kita rasa seronok membuatnya. Jika buat bisnes Shaklee, SID yang berjaya, SID yang tak putus asa adalah SID yang memang seronok buat Shaklee, sebab kepuasan mereka dapat bantu orang lain. Duit tu kemudian2 datangnya.
  3. Kita seronok bile kita menulis blog, ia bagi manfaat pada orang lain.
  4. Kita seronok bila kita share produk, kita bantu orang yang sama ada masalah dengan kita.
  5. Kadang kita terlalu byk plan, plan nak buat itu ini, begitu begini, tapi hanya tinggal plan. Siap asyik tanya, apa lagi nak kene plan buat ya. Tapi tak buat2, sedangkan bila kita buat, kita akan nampak satu persatu keluar untuk next action. Buat jek dulu,… nanti kita akan nampak flow dia.
  6. Belajar, belajar dan belajar, Apply apa yang diajar, bukan simpan jadi tukun.

Macam saya bekerja full time sebagai researcher, kadang orang akan ketawakan je apa yang kita buat. Tapi who knows, suatu hari nanti, apa yang saya kaji, apa yang kami buat akan dihargai oleh generasi akan datang.

22d3ef30958a330a8bf57c292373defa {focus_keyword} Tips Urus Masa Ibu Bekerja Yang Ada Part Time Bisnes 22d3ef30958a330a8bf57c292373defa

<

<

Rule No 4 Masa Tu Lagi Mahal Dari Emas, Jgn Bazir Walaau Sesaat

  1. Setiap saat tu tak boleh disia-siakan. Mcm saya, rela tak hanging out with friends sebab bisnes lagi penting, amik masa rehat tu untuk take orders, update blog, take nap, dan personal webinar dengan anak bisnes.
  2. Jadual sgt penting, plan ahead sangat penting, sebab saya ada juga hobi baking kek, taking kek orders. memang seronok cuma masa yang menjadi musuh utama. So saya kene betul2 jaga kat mana masa saya. Kadang mmg terpaksa tolak order sebab kan perlukan rehat
  3. Body clock kena jaga, supplement kena makan Tidur biar deep sleep, short tp berkualiti. Waktu tidur terbaik saya 1030 malam – 330 pagi
  4. Nap tgh hari memudahkan bangun tengah malam
  5. No Tv, No drama,
  6. Jaga waktu dengan famili – mak ayah kita
  7. Siapa kata tak penat, mmg sangat penat, tapi sebab suka dan seronok, kita takkan rasa macam bekerja pon.

>

>

Rule No 5 Ikut Arahan Bos, Dan Ikut Arahan Mentor

  1. Bos ada pengalaman lebih dari kita, sama juga mentor. jadi apa yang semua keluar dari kata-kata mereka, kutip sebiji-sebiji. anggap macam mak ayah betul. Sampai sekarang memang rasa bersyukur sangat diberikan boss yang baik, mentor yang sangat sporting dan sangat rajin didik dan mak ayah yang supportive.
  2. Buat kerje di opis sampai over target. Buat beyond expectation. Kalau kita bagus, boss takkan cari pasal dengan kita. Tapi kalau kerja di opis pon bagai melepas betuk di tangga, apa akan jadi pada kerja? Jgn sampai apa yang dikejar tak dapat, apa yang diapa yang dikendong keciciran. Malah memang banyak jumpa orang yang jump sana sini buat macam-macam2 bisnes. Untuk saya, saya tau Shaklee sgt2 boleh dijadikan aset untuk masa depan. Pikir yang ni dah cukup.

>

>

Rule No 6 Dont Compare

  1. Jangan banding-banding antara kita dengan peniaga-peniaga lain. Sebab setiap bahagian orang berbeza. Apa yang penting, dah buat sehabis daya ke belum. Malah teringat saya pesan mentor-mentor saya, mentor ni bukan lah nak paksa sangat2 kita. Mereka nak tolong kita sebenarnya. Tp kalau kita sendiri tak tolong diri sendiri, tapi mengadu jek banyak, manalah mentor tak marah.
  2. Kalau boss, mau ha kene pecat siap. Even dalam company sekalipon, kita bukan tak tahu ada je pekerja lain yang tak perform pon, buat keje sambil lewa.. tapi dapat bonus sama, KPI hasil bodekan lebih tinggi. Tapi jangan compare. Sebab kita tak tau berkat tu kat mana.
  3. Jangan complain. Life is not a competition
  4. Buat yang the best untuk diri kita.
  5. Bila kita start compare, tak sama ke macam kita sangsi dengan Allah. Seolah-olah kita dah bersangka buruk dengan Allah pon ada.

>

>

Rule No 7 Jika Tak Sempat Dan Tiada Masa, Beli Masa

  1. Beli masa, beli masa, iaitu dengan mengaji al Quran
  2. Perasan tak bila kita mengaji, kadang tu semua kerja berjalan smooth je. Tau2 jek eh banyak betul bende berjaya dibuat dalam masa yang singkat.
  3. Tapi kadang kita macam fikir boleh siap banyak kerja, tapi mana tau nanti diuji macam-macam dugaan dan akhirnya kerja tak siap-siap. Haa tu namanya masa tak berkat lah tu.

>

>
Rule No 8 Konsistent Itu penting

  1. Disiplin, dan konsisten
  2. Lebih baih buat sikit2 tapi konsisten berbanding buat byk2 tp tak konsisten
  3. Contoh, saya akan pastikan diri saya basuh baju sidai baju dan lipat baju setiap hari, vacuum sikit2 setiap hari untuk maintain.. Sbb kalau kerja dah start bertimbun, kita start akan jd malas, dan kerja akan bertambah susah (sebab dah banyak).
  4. Hal konsisten ni contoh terbaik adalah solat. Kenapa solat 5 waktu? Kenapa tak terus lungsum hujung minggu. Sebab konsisten itu lebih penting meskipon sekejap-sekejap. Nak jaga iman (dengan solat) pon penting konsisten walaupon sekejap-sekejap.
  5. Samalah halnya dengan bulan puasa – kenapa 30 hari? Sbb nak didik kita supaya jadi habit seterusnya. Masuk hari-hari last bulan Ramadhan, kita rasa tak letih sangat dah sebab badan dah terbiasa. (siap mampu shopping raya sakan lagi).

<

<

Begitulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan sebagai ibu berkerja yang dalam masa yang sama masih mampu meneruskan bisnes online saya untuk menambah pendapatan keluarga. Siapa kata Money Cant Buy Happiness? 8-) {focus_keyword} Tips Urus Masa Ibu Bekerja Yang Ada Part Time Bisnes icon cool

 

juggling_mother {focus_keyword} Tips Urus Masa Ibu Bekerja Yang Ada Part Time Bisnes juggling mother

Fakta Mengejutkan Tentang Durian

$
0
0

Tak terpikir pon durian ni macam-macam ada. Orang tak suka durian pon akan nak makan jadinya lepas tahu ni. Musim-musim durian ni masih belum habis. Ade gerai-gerai yang siap sediakan tempat duduk untuk makan kat situ lagi. So tak dehal lah untuk penggemar durian (especially yang pasangannya tak suka durian) untuk makan Raja Buah ni.

 {focus_keyword} Fakta Mengejutkan Tentang Durian 533968796 7bf8c109ce

<
1. Durian Sebagai Pelawas

Durian ni kaya dengan serat (fiber). Serat bagus sangat dalam meningkatkan pergerakan usus untuk najis bergerak. Makan durian, takkan jadikan perut kembong, pedih ulu hati dan senak perut. Ada ke yang senak perut makan durian banyak-banyak? Siapa yang sembelit tu, memang sangatlah disarankan makan durian ni. Esok insyaAllah smooothh sangat ke toilet (hanya perlu tekap hidung sahaja). Haha. Jangan risau, makan durian insyaAllah takkan cirit birit.

2. Durian Bagus Untuk Tekanan Darah Dan Kesihatan Kardiovaskular

Sebabnya, durian ni kaya dengan potassium. Tapi bukanlah ubat sakit jantung. Cuma kalau kita ni cukup potassium dalam badan, insyaAllah salur darah kita rileks dan takdelah tekanan darah tinggi jadi. Banyak juga buah lain yag kaya dengan potassium. Durian ni salah satu darinya.

3. Durian Anti Penuaan!?

Makan durian banyak-banyak akan jadi awet muda! Hehe. Sebabnya terlalu banyak vitamin dan antioksidan dalam durian ni. Bila banyak antioksidan, memang sangat membantu membuang banyak sel radikal bebas yang berbahaya dalam badan. Bila banyak antioksidan dalam bdan, kuranglah chance nak tua cepat, berkdut cepat, gugur rambut cepat, dan sebagainya. Haaaa more reasons untuk makan durian kan?

4. Makan Durian Sure Tidur Lena!

Durian ni ada bahan yang dinamakan sebagai tryptophan. Tryptophan ni kalau masuk dalam sel otak kita, akan bertukar kepada serotonin, iaitu perasaan yang membuatkan kita rasa relax dan happy. Bila serotonin ni banyak dalam darah, akan pulak merembeskan melatonin dalam darah, membuatkan badan rasa penat dan tertidur. Seronok kan, makan durian pastu tertidur. Haha. Pernah dengar orang makan durian lepas tu marah-marah? Takde kaaaa? Takde orang stress lepas makan durian – kecuali yang anti durian sbb benci bau durian. Haha. Pemakan duriaan semuanya kenduri durian happy2 je. So kalau stress, makanlah durian!

5. Durian Meningkatkan Daya Seksual?!

Durian bertindal sebagai aphrodisiac, iaitu bahan yang boleh meningkatkan daya dan keinginan seksual. Aphrodisiac ni juga boleh meningkatkan motility sperma danmeningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan. Tak yah cakap lebih, amik jek durian dan….

6. Durian Boleh Mencegah Kanser??

Dah cakap tadi durian ni kaya dengan antioksidan. Bila dah namanya antioksidan, tentulah dapat membantu mengelakkan kanser. Sebab radikal bebas yang merosakkan sel DNA kita ni dihalang oleh antioksidan tadi tu. Durian, memang kaya sangat dengan antioksidan ni termasuklah Vitamin C, Vitamin B, Vitamin E dan phytonutrients lain yang boleh layan sel kanser. So jangan rasa serba salah makan durian. Bau tu apa hal sangat compare dengan benefit makan durian ni kaan.

7. Durian Boleh Tingkatkan Immune Sistem?!

Dah namanya tadi kaya dengan antioksidan, dan ada Vitamin C pula, tentulah sekali boleh lawan virus. Sebab tu kalau makan durian (dan buah-buah lain), insyaAllah tak selsema dan batuk. Kalau nak demam tu demam jugak. Tapi kalau kandungan Vitamin C dalam badan mencukupi, insyaAllah kurang sikit jatuh sakit tu. Sama macam buah lain, Durian ni kaya dengan Vitamin C.

8. Durian Boleh Kuatkan Gigi Dan Tulang?!

Durian pon kaya dengan kalsium, magnesium, potassium, mangan, dan copper. Kalsium ada sikit je dalam durian tp potassium ada sampai 9% nutrisi harian yang diperlukan badan kita. Semua mineral ni penting sangat untuk kekuatan tulang. So makan durian setiap kali musim durian, insyaAllah bantu sikit-sikit supaya tak cepat kena osteoporosis masa tua nanti.

9. Durian Kaya Dengan Asid Folik!

Asid folik @folate sangat penting dalam penghasilan sel darah merah. Durian juga ada zat besi dan copper (meskipon tak banyak) tapi juga sangat penting untuk sel darah merah. Siapa yang selalu Hb low tu, bawak-bawaklah makan durian. Alternatif untuk naikkan Hb. Hehe.

<
BAHAYA MAKAN DURIAN

1. Makan Durian Boleh Menggemokkan?!

Meskipon banyak faedah makan durian, ada juga yang bahaya tentang durian ni. Iaitu jika makan banyak. Sebabnya durian ni kaya dengan lemak. Lemak durian ni 3 kali lebih banyak dari lemak yang ada dalam buah-buah lain. Walaupon tak sebahaya lemak haiwan, perlu berjaga-jaga juga. Dalam erti kata lain, makan durian banyak-banyak boleh membuatkan kita jadi gemok.

2. Makan Durian Boleh Sebabkan Diebetes?!

Durian juga meskipon macam pahit (ada setengah orang kata durian ni pahit tapi sedap), ia banyak sangat gula. Makan durian masa mengandung tak berapa elok sebab kandungan gulanya. So janganlah sampai craving nak makan durian banya sangat. Mahu diebetes kang.

3. Durian Durian Boleh Naikkan Suhu Badan

Memang terkenal sangat durian ni dapat tingkatkan suhu badan. Sebab tu rasa panas bila makan durian. Kalau makan sikit takde masalah, tapi ada ke orang makan sikit? Biasanya penggemar durian memang akan banyak (sebab ikut musim la kan). Bila makan banyak tu yang akan rasa panas, loya dan sebagainya.
<
Selain 3 bahaya makan durian ni, makanlah bersederhana. Sedap, busuk, tapi menggiurkan!

>

FAKTA TENTANG DURIAN

durian1 {focus_keyword} Fakta Mengejutkan Tentang Durian durian1durian2 {focus_keyword} Fakta Mengejutkan Tentang Durian durian2durian3 {focus_keyword} Fakta Mengejutkan Tentang Durian durian3

http://nutritiondata.self.com/facts/fruits-and-fruit-juices/2088/2
https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/health-benefits-of-durian.html
http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/healthy-eating/the-nutrition-of-durian.html#b


5 Sebab Kenapa Ibu Hamil Harus Minum Air Kelapa

$
0
0

Tengok orang jual air kelapa tepi jalan pon boleh terliur. Lagi-lagi bila panas terik. Ibu mengandung memang selalu tertanya-tanya, boleh ke? Selamat ke? Tak bahaya untuk baby?
Air kelapa bukan setakat hilangkan haus, tapi banyak pulak tu faedah dari sudut perubatan. Untuk ibu mengandung, insyaAllah sangat selamat.

{focus_keyword} 5 Sebab Kenapa Ibu Hamil Harus Minum Air Kelapa coconut 1
1. Hilangkan Loya dan Rasa Nak Muntah

Biasanya kalau minum air kelapa ni waktu pagi, insyaAllah akan rasa selesa dan kurang rasa loya nak muntah tu. Lagipon air kelapa ada banyak elektrolit, ada kalsium, ada potassium, ada sodium dan juga riboflavin. Air kelapa pon ade asid lauric, yang ada sifat antibakterial. Menarik kan?
Biasanya kita tak amik tau semua ni. Yang penting sedap dan segar! Hehe.
>

2. Air Kelapa Boleh Membantu Merawat UTI (Urine Tract Infection)

Haaa ramai sangat ibu mengandung yang ada kencing kotor. Simptom biasanya akan ada rasa gatal-gatal di bahagian sulit, pedih pulak tu bila nak kencing. Kalau teruk, akan berbau dan berlendir. Kesian sangat ibu mengandung. Memang ramai yang kena disebabkan ketakseimbangan hormon semasa mengandung. Air kelapa ni dapat bantu untuk elakkkan jangkitan berlaku sebab sifat antibakterial nya tadi. Kalau katakan dah terjangkit kencing kotor tu, minum lah 2 kali sehari.
Pastikan tanya doktor dulu ya.
>

3. Air Kelapa Menghidratekan

Macam sifat air lain, air kelapa memang dah tentu-tentu nya akan menghidratkan. Badan akan segar selepas minum air kelapa dan of courselah rasanya jauh lebih sedap dari air putih biasa. Bonus, air kelapa dapat bantu buang toksin pulak tu.
Sebab tu kita banyak dengar orang tua-tua cakap, “minumlah air kelapa” kalau kita ada sakit apa-apa kan?

<

4. Air Kelapa Bantu Kawal Berat Badan

Tak kirelah untuk lelaki ke perempuan, air kelapa ni ada sikit kalori, dan buatkan kita rasa agak kenyang bila minum air ni. Dah la tu, air kelapa pon boleh bantu buang toksin, pastu boleh pulak bantu rendahkan kolestrol jahat LDL. So secara tak langsung, kalau diamalkan, memang insyaAllah boleh la bakar lemak dalam badan.
>

5. Air Kelapa Bagus Untuk Kulit

Yang ni macam petua dari zaman nenek moyang kita dulu lagi. “Nak anak kulit cantik, banyakkan minum air kelapa”. Kata mereka. So ibu mengandung, pakat rajin la minum air kelapa ya.
>
5 sebab ni cukup aih nak bagi keyakinan untuk ibu mengandung minum air kelapa. Toksah kata ibu mengandung la. Bapak yang mengandung lemak kat perut pon boleh minum jugak. Mana tau boleh tolong kempiskan perut.
Untuk ibu mengandung, boleh lah amik air kelapa dalam kuantiti yang sederhana. (Jangan pulak gian nak anak putih melepak, dibantainya air kelapa 5 biji sehari). Too much good thing pon boleh memudaratkan. Termasuklaaaah memudaratkan poket membeli nya.

Hahahha. Maklumlah, sebiji kelapa segar zaman sekarang ni mahunya sampai RM3 sebiji tau. So boleh la start minum ya. Jangan ragu jangan risau 8-) {focus_keyword} 5 Sebab Kenapa Ibu Hamil Harus Minum Air Kelapa icon cool

<

<

http://www.healthylifetricks.com/5-benefits-of-coconut-water-for-women/

http://nutrifile.com/1132/coconut-water-benefits-for-pregnant-women.html

http://www.livestrong.com/article/450777-what-are-the-benefits-of-coconut-water-during-pregnancy/

Makanan Sebabkan Jerawat Saya Meriah Selepas Raya??!

$
0
0

Siapa lepas raya ni jerawat naik mencanak-canak subur di ladang muka dan tiada tanda rasa nak surut pon? Kadang-kadang kita dalam denial, yang mana memang ada sesetengah makaan yang boleh buatkan jerawat kita semakin teruk.

Well, memang ada orang dianugerahkan kulit yang cantik, dan ada juga yang bernasib kurang baik, memiliki kulit yang super duper sensitive – salah makan sikit pon jerawat terus meletus keluar.

Agak-agak apa makanan yang kita makan masa raya lepas yang jadikan kulit kita makin teruk? Boleh teka tak? Haaa kat bawah ni ada beberapa jenis makanan dan minuman yang sangat boleh trigger kemunculan jerawat di kulit kita.

{focus_keyword} Makanan Sebabkan Jerawat Saya Meriah Selepas Raya??! dermnet rf photo of moderate acne on womans cheek

Check these out:

<

1. Karbohidrat dan Gula

Ingat balik apa yang kita makan 2, 3 menjak ni. Musim perayaan lepas memang tentu tentu sekali banyak makanan manis dan minuman manis. Gula adalah culprit. Apa je yang tak bergula? Sambal kacang untuk lontong bergula.. semua biskut bergula, dan air yang tuan rumah hidang pada kita tentu-tentu sekali bergula. Boleh dikatakan masa musim perayaan, kita consume gula jauh lebih banyak berbanding hari biasa.. tapi kita tak sedar. Sekarang baru sedar kan? Hehe.

Karbohidrat. Karbohirat ni akan bertukar menjadi glukos dalam badan kita, sejenis gula juga. Dah namanya musim perayaan, apa jek yang kita tak makan. Lontong ada, ketupat ada, semua jenis kuih pon ada karbohidrat. Sama macam gula juga, kita makan berganda karbohidrat berbanding hari biasa. Perasan tak, memang ramai orang jatuh sakit selepas musim perayaan? Klinik penuh! Tentu semua ni ada kaitan. Betul tak?

Antara makanan yang banyak gula dan karbohidrat adalah:

  1. Makanan process macam biskut, kerepek dan cookies
  2. Kanji macam roti, kentang dan pasta
  3. Gula terutama dari air dan makanan bergula

Badan kita terpaksa hasilkan lebih banyak insulin sebab nak overcome overload gula ni. Itulah yang menjadikan kulit makin jadi berminyak dan menyebabkan sumbat liang-liang roma tu. No wonder la kan jerawat makin banyak kan?

{focus_keyword} Makanan Sebabkan Jerawat Saya Meriah Selepas Raya??! acnetriggeringfoods

2. Makanan Jenis Berminyak

Musim perayaan ni, apa je makanan yang tak berminyak? Rendang? Kuah lodeh? Sambal kacang? Semua overload minyak. Particle minyak di udara pon boleh sebabkan kulit kulit tersumbat dan jadikan kuit makin teruk. So siapa yang memang ke dapur dan masak-masak masa musim perayaan akan perasan, kulit muka jadi lebih teruk berbanding biasa! Lagi-lagilah penat terus tidur. Muka tak cuci pon, memang makin teruk la jadinya. Perasan kan?

{focus_keyword} Makanan Sebabkan Jerawat Saya Meriah Selepas Raya??! Greasy Food Hangover Cure

<

3. Produk Tenusu

Sesetengah orang yang banyak makan produt tenusu juga boleh perasan jerawatnya kan naik. Kek, dan biskut biasanya menggunakan butter yang juga merupakan produt tenusu. Tak berlaku pada semua orang cuma memang ada kajian sesetengah orang react dengan produk tenusu dan trigger jerawat tumbuh.

Apa kata cuba berhenti langsung makan butter, kek, biskut, susu, yogurt dan apa apa kaitan dengan susu dalam masa 2 bulan. Biasanya memang jerawat akan sangat surut.

Walaubagaimanapun, sumber kalsium boleh didapati dalam bentuk lain seperti supplement kalsium, orange juice, bijirin, rotim susu soya, dan soya, kacang badam, sawi, brokoli dan sayuran hijau yang lain.

Kesimpulan

Bersabarlah dengan apa yang terjadi. Memang ada setengah orang kulit amat sensitif, ada yang tidak. Tapi bila fikirkan dari sudut yang positif, orang yang kulit sensitif akan mula mengambil langkah berjaga-jaga dalam pemakanan seharian. Kan? Sebabnya, badan lebih mudah mengesan toksin yang hadir. Cubalah berpantang makanan-makanan jenis ini sebulan dua, insyaAllah kulit akan bertambah baik.

Selamat mencuba!

Panduan Guna Minyak Masak Yang Betul

$
0
0

Bahaya Menggunakan Minyak Masak Berulangkali

Ketahui cara memasak yang sihat dengan menggunakan minyak masak. Bahaya jika salah guna. Kita biasanya menggunakan minyak masak kelapa sawit. Minyak ni lah yang jadi medium perpindahan haba kepada makanan semasa proses menggoreng. Minyak masak yang berkualiti akan hasilkan makanan yang bukan saja cantik, tapi menarik, rangup dan sedap rasanya.

Selain digunakan untuk menggoreng makanan, minyak masak juga digunakan untuk menumis makanan bagi memberikan rasa yang lebih sedap pada makanan. Warna minyak masak berbeza mengikut sumber minyak di mana :

  • warna minyak sawit adalah daripada kuning kepada kemerah-merahan,
  • warna minyak zaitun adalah daripada kuning kepada hijau lembut,
  • warna minyak matahari adalah kuning jernih.

Tapi biasanya memang minyak berubah warna, disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

  • Goreng makanan berasakan haiwan macam goreng ayam dan ikan akan sebabkan warna minyak lebih cepat berubah berbanding goreng makanan yang berasaskan tumbuhan macam sayur.
  • Kandungan air dalam makanan yang digoreng akan jadikan warna minyak berubah.
  • Kekerapan penggorengan, lebih kerap menggoreng, lebih cepat warna minyak berubah.
  • Suhu menggoreng makanan di mana suhu yang tinggi akan mempercepat proses minyak masak menjadi tengik.
  • Salutan yang digunakan bagi menggoreng makanan seperti rempah akan menurunkan kualiti minyak masak dengan cepat.

Perubahan yang berlaku dalam minyak masak semasa proses menggoreng makanan adalah seperti pengoksidaan, polimerisasi, atau hidrolisis akan menghasilkan warna minyak masak menjadi perang pekat, minyak masak menjadi semakin pekat atau likat, serta mempunyai bau yang tengik.

>{focus_keyword} Panduan Guna Minyak Masak Yang Betul 2

Cara Menggunakan Minyak Masak Yang Betul

  1. Guna alat menggoreng yang mudah dibersih dan diselenggara. * Alat, bakul dan peralatan seperti penapis minyak, senduk atau alat kacau sebaik-baiknya diperbuat daripada stainless steel
  2. Bersihkan alat menggoreng dan alat penapis minyak secara teratur.
  3. Minyak masak perlu disejukkan sebelum ditapis.
  4. Guna alat tapis untuk menapis minyak masak seperti Kain jarang seperti cheese cloth (bagi sisa halus), atau Alat penapis stainless steel bagi sisa makanan yang terapung di dalam minyak.
  5. Guna minyak masak yang jernih bagi menggoreng makanan.
  6. Elak memasukkan bahan perasa dalam minyak masak untuk menggoreng.
  7. Elak mendedahkan minyak masak kepada sinar cahaya matahari.
  8. Elak daripada menambah minyak masak yang baharu ke dalam minyak masak yang telah lama digunakan.
  9. Pastikan suhu minyak masak tidak melebihi 180°C (jika ada alat kawalan suhu) atau minyak masak tidak berasap.
  10. Pastikan kandungan makanan dalam minyak menggoreng tidak melebihi 1/6 daripada kandungan minyak.

<

Bila Masanya Minyak Perlu Dibuang?

Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baharu jika berlaku perkara berikut :

  1. Warna minyak masak menjadi perang pekat.
  2. Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.
  3. Minyak masak berbau tengik.
  4. Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.
  5. Warna makanan yang digoreng menjadi terlalu perang dan tidak menarik.
  6. Rasa makanan yang digoreng menjadi tidak sedap disebabkan oleh sisa makanan dalam minyak masak.

<{focus_keyword} Panduan Guna Minyak Masak Yang Betul 6

Pembuangan Minyak Masak

  1. Buang minyak masak yang telah dikenal pasti rosak atau tidak sesuai digunakan lagi.
  2. Pastikan minyak masak yang telah diguna berulang kali disejukkan sebelum dibuang.
  3. Minyak masak yang akan dibuang hendaklah dikumpul dalam bekas yang tertutup bagi pembuangan melalui sistem sampah atau sistem pengutipan minyak masak.
  4. ELAK pembuangan minyak masak ke dalam sinki dan longkang kerana ia akan menjejaskan sistem paip, longkang dan sisitem pengaliran air.

<

Rujukan :

  1. tanyadietitian.blogspot.com – frying
  2. ubatpensil.blogspot.com – which_oil_is_healthy
  3. http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/panduan-penggunaan-minyak-masak-berulang-kali

Kontroversi Minyak Masak Terbaik & Lemak Tepu

$
0
0

Kontroversi tentang minyak masak. Rupanya minyak kelapa minyak terbaik, bukan minyak sawit. Isu ni merupakan perbincangan berat. Dan sehingga kini memang sangat ramai yang comfuse sangat mana satu minyak yang baik. Saya dulu ingatkan lemak tu la jahat, sebab perkataan “tepu” tu menjadikan saya pikir lemak tu akan mendap dalam darah. Hahaha. Sungguh naif!

Ramai orang kompius, butter ke minyak kelapa sawit bagus untuk kita makan. Saya juga kompius, butter merupakan lemak tepu dan lebih mahal dari buttercup (yang merupakan sapuan kelapa sawit). Kalau lemak tepu tak bagus, kenapa lagi mahal dari minyak sawit? Pelik.

Lepas baca artikel dari seorang yang berada dalam bidang kimia (rujuk link rujukan di bawah), baru lah perasan salah rupenya. Lemak tepu lah rupenya terbaik!

Kestabilan Minyak Masak

Minyak masak yang baik adalah minyak masak yang stabil, iaitu tidak teroksida. Teroksida bermaksud minyak ber-reaksi dengan oksigen dan membentuk radikal bebas dan kompaun berbahaya kepada badan. Semakin stabil minyak itu, maksudnya semakin susah teroksida. Semakin tak stabil minyak tu, maknanya makin senang teroksida.

Apa yang Mengawal Kestabilan Minyak Masak?

Molekul lemak dalam minyak tersebut yang mengawal kestabilan minyak masak. Kita dahulu masa SPM ada belajar pasal lemak tepu (saturated fat), lemak tak tepu (unsaturated fat). Lemak tak tepu pulak ada  monosaturated fat dan polysaturated fat.

Term atau nama saturated, mono-unsaturated, and poly-unsaturated adalah merujuk kepada ikatan hidrogen dan karbon dalam molekul lemak. Dalam bidang Kimia Organik, satu atom karbon terikat dengan 4 atom hidrogen untuk membentuk satu ikatan yang stabil. (Rujuk Gambar di bawah).

Lemak Tepu (Saturated Fat)

Jadi lemak tepu bermaksud lemak itu ada maksimum semua hidrogen terikat pada setiap atom karbon. Sebab itu ia dipanggil tepu, iaitu tepu dengan atom hidrogen. (Bukan tepu melekat dalam badan kita okeh). Ikatan hidrogen karbon dalam saturated fat ni rapat-rapat sebab semuanya penuh, menjadikan ikatan dia memang rapat antara satu sama lain. Sebab itulah pada suhu bilik, lemak tepu ni ada dalam bentuk pepejal. Ikatan single bond dalam lemak tepu ni sangat stabil dan menjadikan lemak tepu tahan pada suhu panas.

Lemak Tak Tepu (Unsaturated Fat)

Lemak tak tepu pulak ade double bond yang tak stabil antara carbon dengan carbon disebabkan kekurangan atom hidrogen. Sebab itu molekul lemak tak tepu membengkok macam gambar kat atas itu. Sebab itu jugalah pada suhu bilik ia dalam bentuk cecair sebab ia tak rapat antara satu sama lain. Ikatan double-bond antara carbon ni sangat tak stabil dan sensitive pada suhu.

Lemak tepu susah nak panas tapi lemak tak tepu patut dielakkan untuk dipanaskan.

Ok, sampai sini paham ya semua. Kita ulang balik.

Lemak Tepu bermaksud – semua ikatan karbon penuh dengan hidrogen – stabil – susah teroksida

Lemak Tak tepu – ada ikatan karbon yang tak ada hidrogen – tak stabil – senang teroksidan

Jadi, Apakah Minyak Masak terbaik??

Minyak masak kita guna untuk masak makanan sebagai medium untuk pindahkan haba dari api kepada makanan.

virgin-coconutoil {focus_keyword} Kontroversi Minyak Masak Terbaik & Lemak Tepu virgin coconutoil

Minyak Masak Terbaik – Minyak Kelapa

Tapi, mana zaman sekarang ni nak carik minyak kelapa! Hehehehehe. Zaman dulu memang ya, orang kampung buat minyak kelapa sendiri. Dalam minyak kelapa, ada 90% molekul lemak tepu, dan sangat susah nak panas. Minyak kepala ni dalam bentuk pepejal dalam suhu bilik dan boleh tahan sangat lama kat luar – sebabnya, molekul lemak tadi sangat stabil. Minyak kelapa juga ada asid lauric yang boleh tingkatkan kolestrol baik dalam darah dan bantu bunuh bakteria dan pathogen. Lemak dalam minyak kelapa bukan sahaja boleh upkan kadar metabolisme badan, tapi boleh juga jadikan rasa kenyang berbanding minyak lain. Boleh baca pengalaman blogger ini masak dengan minyak kelapa di sini.

Tak tahu minyak kelapa ni yang mana satu? Ala…yang orang panggil virgin cococnut oil tu. VCO tu. Itulah minyak kelapa.

 

Cold {focus_keyword} Kontroversi Minyak Masak Terbaik & Lemak Tepu ColdDalam suhu bilik, minyak kelapa akan berbentuk macam butter. Iaitu menjadi pepejal.

hot-1 {focus_keyword} Kontroversi Minyak Masak Terbaik & Lemak Tepu hot 1

Bila suhu agak panas, minyak kelapa akan bertukar menjadi cecair. Inilah minyak masak terbaik. Dan termahal.

Boleh ke Masak Guna Minyak Lain?

Boleh. Kenapa tak boleh. Minyak lain pon boleh, cume minyak kelapa lah sebenarnya minyak terbaik. Seterusnya, boleh rujuk gambar di bawah ni. Mentega boleh dijadikan pengganti kepada minyak masak seterusnya. Kemudian minyak zaitun, dan barulah minyak kelapa sawit. Barulah paham kenapa butter mahal, kenapa minyak sapi mahal!! Sebab mereka ni lemak tepu!

{focus_keyword} Kontroversi Minyak Masak Terbaik & Lemak Tepu Fat type percentage graph

Sumber: New Zealand Heart Foundation

Rujukan:

Blogger ahli kimia yang menerangkan tentang ikatan kimia organik dalam lemak dan konspirasi dalam lemak tepu dalam dunia perubatan

http://norazmibiz.blogspot.com/2013/11/konspirasi-minyak-masak.html?showComment=1438227963483#c1272972919722133532

Fakta lain tentang minyak masak yang sihat

http://authoritynutrition.com/healthy-cooking-oils/

https://www.organicfacts.net/health-benefits/oils/virgin-coconut-oil.html

Pengalaman masak dengan minyak kelapa

http://ummunadifa.blogspot.com/2012/05/minyak-goreng-kelapa-bikin-masakan.html

Contoh jualan minyak kelapa organik

http://www.naturepacific.com/page/33/learn-about-coconuts-%7C-the-difference-between-virgin-coconut-oil-and-coconut-butter

Makanan Yang Jadikan Senggugut Jadi Lebih Teruk

$
0
0

Period, memang normal untuk perempuan. Sakit sebab period juga normal untuk sesetengah perempuan. Yang tak pernah kene senggugut, memang sungguh bernasib baik. Sangat bernasib baik sebenarnya. Sebab boleh dikatakan senggugut ni hampir sama sikit dengan rasa sakit nak beranak. Huhuhuhuhu.

Sakit kramp ni disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandins yang menjadikan rahim kejang dan berkontraksi. Tapi tau tak sebenarnya ada banyak makanan yang boleh sebabkan senggugut ni bertambah lah sakit?

Ada…..banyaaakkk!! antaranya ialah

Minuman dan Makanan Yang Mengandungi Caffein

Caffein ada dalam banyakmakanan kita tanpa kita sedari. Kopi dan teh memang semua orang tahulah memang ada caffein. Air bergas dan soft drinks pon kebanyakannya mengandungi caffein. So semasa period, tak payahlah dok telan semua-semua yang dijangkakan ade kafein ni. Memang akan jadi lebih sakit nanti. Nak kopi jugak? Pilihlah yang de-caffein punya ya.

Alkohol

InsyaAllah alcohol ni takdelah muslim minum kan. Alkohol ni bersifat diuretic. Diuretic ni maksudnya bahan yang boleh menggalakkan penghasilan air kencing. Lagi banyak minum, lagi rasa nak buang air kecil. Minum alkohol pon boleh buatkan jadi bloating (banyak angin). Banyangkan lah dah lah sakit kramp, ditambah pulak dengan kekembungan sana sini. Euuuuu…. tapi insyaAllah kita muslim tak minum la kan. Untuk yang non muslim, kalau boleh masa period, toksahlah minum juga kan.

Coklat

Sama macam kopi dan teh, coklat ada kaffein juga. Walaupon sesetengah orang suka makan coklat (sampai sehari pon tak boleh tinggal), untuk masa period, kurang-kurangkan lah sikit.

Daging Merah

Daging merah mengandungi bahan yang dinamakan arachadonic acids. Arachadonic acids ni pon membantu stimulatekan lagi hormon prostaglandins yang sebabkan kramp tadi. So kene kurangkan makan daging merah. Makan lah protein-protein lain dan daging-daging putih macam ikan atau ayam sepanjang waktu period.

Susu dan Produk Tenusu

Susu, cheese dan juga yogurt juga mengandungi bahan arachadonic acids. So elakkan ambil banyak-banyak masa period.

Makanan  Bergaram

Makanan bergaram akan menyebabkan kita menghidap water retention. Iaitu keadaan di mana badan kita tak dapat keluarkan air dari badan dengan optimum, menjadikan air berlebihan dalam badan. Ini akan memburukkan lagi senggugut. Makanan yang kaya dengan garam contohnya adalah makanan yang diproses. Sebab garam digunakan untuk mengawet makanan tu supaya tahan lama.

Viewing all 145 articles
Browse latest View live