Siapa je zaman sekarang ni yang tak minum kopi segera. Ada macam-macam jenama kat pasaran. Tinggal pilih dan letak air panas, SIAP! Dah namanya pon kopi segera, cepat la membuatnya. Tu yang jadi ketagihan untuk orang yang sibuk zaman sekarang ni.
Murah pulak tu, cepat, dan sedap.
Memang ada banyak kajian cerita pasal kebaikan kopi secara umum (1, 2, 3, 4). Tapi, adakah kebaikan ni sama jugak dengan instant kopi? Sebab banyak sangat mitos dan fakta yang dikaitkan dengan keburukan kopi segera ni. Kebenarannya? Jom check this out.
Apa itu Kopi Segera (Instant Coffe)?
Kopi segera ni adalah jenis kopi yang dibuat dengan menggunakan ekstrak kopi yang dah pun dikeringkan. Ekstrak kopi ni asalnya daripada biji kopi yang dibrew, sama jek macam kopi asal yang dibrew, Cuma pada kepekatan berbeza.
Selepas proses brewing ni, air disejatkan dari kopi tadi, lalu menjadikan kopi ni kering dan berbentuk serbuk (ada juga berbentuk keping kecil). Kopi bentuk kering ni amatlah mudah larut bila terkena air.
Ada 2 cara untuk buat kopi segera.
- Spray-drying – di mana ekstrak kopi dispray ke udara panas, dan cepat-cepat titisan kopi ni jadi kering dan jadi keping-keping kecil atau serbuk halus.
- Freeze-drying – di mana ekstrak kopi ini dibekukan dan kemudian dipotong-potong jadi cebisan kecil-kecil. Kemudian, ia dimasukkan ke dalam ruang vacuum pada suhu yang sangat rendah untuk jadikannya kering.
Dua-dua cara ni memang terbukti dapat hasilkan ekstrak kopi kering yang berkualiti, dengan bau, rasa dan aroma yang sama macam baru dibrew.
Cara Guna Kopi Segera
Caranya mudah je. Biasanya 1 sudu kecik serbuk kopi segera, hanya perlu dicampurkan dengan 1 cawan (250ml) air panas. Siap!
Kopi Segera Mengandungi Antioksidan dan Nutrisi
Kopi mengandungi banyak sangat antioksidan yang diperlukan badan (5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12). Kalau diikutkan, 1 cawan kopi kosong sebenarnya hanya mengandungi 4 kalories jek dan membekalkan sedikit amount potassium, magnesium dan niacin (Vitamin B3) (13).
Kopi Segera Mengandungi Kurang Kafein
Kafein merupakan antara peransang atau stimulant iaitu bahan yang menimbulkan boleh merangsang aktiviti fisiologi atau saraf dalam badan, dan kopi merupakan sumber stimulant yang agak tinggi (14). Tapi, kopi segera mengandungi kurang kafein berbanding kopi biasa yang dibrew. Satu cawan kopi segera mungkin mempunyai dalam anggaran 30 – 90 mg kafein, manakala satu cawan kopi biasa dibrew mengandungi 70 – 140 mg kafein (11, 15, 16, 17).
So untuk orang yang super sensitif dengan kafein, memang lebih ok minum kopi segera (18). Kalau nak kafein jauh lagi rendah, ada jek lagi kopi segera yang decaf. Terlalu sensitif pada kafein atau terlalu ambil banyak kafein boleh menyebabkan keresahan, kebimbangan, berdebar-debar, tidur yang terganggu, kegelisahan, sakit perut dan jantung degup laju (19).
Kopi Segera Mengandungi Lebih Banyak Acrylamide
Acrylamide ni sebenarnya adalah bahan yang mungkin berbahaya yang terbentuk bila biji kopi dipanggang (20). Bahan ini juga sebenarnya ada dalam makanan-makanan yang lain termasuklah asap, barang dalam rumah, dan juga penjagaan peribadi (21). Tapi, Acrylamide dalam kopi segera adalah 2 kali ganda lebih tinggi berbanding kopi yang baru dipanggang (20, 22). Kalau diikutkan kajian, terlalu banyak terdedah kepada Acrylamide ni mungkin boleh rosakkan sistem saraf dan meningkatkan risiko kanser (23, 24, 25).
Bahaya ke? Jangan risau. Jumlah Acrylamide dalam makanan dan dalam kopi sebenarnya sikit jek dari jumlah yang dikatakan berbahaya tu (26, 27). So, memang tak perlu dirisaukan akan kandungan bahan ini dalam kopi segera.
Faedah Lain Kopi Segera dan Kopi-kopi Bukan Segera
Banyak sebenarnya faedah kopi. Tak kiralah kopi segera ke bukan segera. Antaraya ialah:
- Meningkatkan fungsi otak (28).
- Boostkan metabolisme badan dan bantu bakar lebih banyak lemak (29, 30, 31).
- Ada kajian yang mengatakan bahawa ia ada kebarangkalian mengurangkan risiko berkait saraf, macam Alzheimer’s and Parkinson’s (32, 33, 34).
- Ada kajian yang mengatakan bahawa kopi mampu mengurangkan risiko menghidap diabetes Type 2 (35, 36, 37).
- Kopi dan kafein mungkin ada membantu dalam mengurangkan risiko penyakit hati seperti cirrhosis hati dan kanser hati (38, 39, 40).
- Kopi mengurangkan risiko depresion dan tekanan (41, 42).
- Kopi sebagai awet muda (43, 44, 45).
Walaubagaimanapun, kesemua kajian ini masih dikaji. Apa pon, kenalah berpada-pada bila nak minum kopi akan ambil kafein. Kalau setakat ambil 3- 5 cawan kopi segera, insyaAllah ok tak de masalah. Benda baik macam mana pon, kalau diambil berlebihan, ia boleh jadi racun. Maka, berpada-padalah.
Jadi, apa yang bahayanya kopi segera?
Bukan pada kopinya, tapi sebenarnya pada Krimer Sintetiknya.
Jadi, minumlah kopi segera. Ia mudah, senang di bawa dan tak kurang hebat berbanding kopi baru dibrew. Nakkan kopi susu? Letak susu, bukan Krimer. Dan sudah semestinya dengan gula yang berpada-pada kuantiti gulanya.
Nakkan tenaga segera, tapi sakit perut bila minum kopi? Atau sakit kepala bila minum kopi? Ada je alternatif lain. Saya sangat syorkan Cinch Tea dari Shaklee.