Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Shah Alam | Pengedar Vivix Shaklee Shah Alam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 145

Kesilapan Cara Simpan Makanan Yang Dah Dimasak

$
0
0

Berbahaya tau tak. Merbahayakan perut dan nyawa. Well, kalau ikutkan, memang terlalu laaa banyak kontradiks dengan apa yang dah pun diterapkan sepanjang kehidupan kita. Tapi apa yang membezakan adalah, bila kita banyak membaca, kita akan tau rupenya lagi banyak sangat (ye sangat!) yang kita sungguh tak tahu.

Zaman kejar masa sekarang ni, banyak ibu-ibu yang masak “ahead of time”. Maksudnya, masak untuk lunch dan dinner terus pagi-pagi tu. Balik rumah dari kerje terus panaskan makanan. Masalahnya, betul ke cara kita simpan makanan yang dah dimasak tu?

Kita selalu dengar, kalau nak masukkan makanan dalam bekas, kene pastikan sejuk dulu baru la tutup bekas. Nanti cepat basi. Kan? Kita fikir itu betul kan? Banyak pendapat pasal ini.

Takpe, jangan sentap. Nanti kita discuss mana satu betul mana satu salah.
Salmonella terutamanya, 15 – 20 sel salmonella pon dah boleh jadikan kita keracunan makanan. Dan kalau pulak cenonet makanan yang dijangkiti botulism pon dah boleh tau sebabkan kita lumpuh dan even mati!

Jom tengok kesalahan utama yang selalu kita buat

1) Rasa makanan, “Oh elok lagi ni” Haha

Salah! Jangan rasa makanan tu kalau kita ada instinct ia tak elok! Sebabnya, kita tak nampak bakteria tu, kita tak dapat hidu bakteria tu, dan kalaulah betul memang ada bakteria, kira sikit yang kita rasa tu pon dah boleh bawak jatuh sakit!
Penyelesaiannya: Buang je makanan tu. Bukan kita nak membazir. Tapi kalau kita suspect ia macam dah tak elok, tak payah pikir panjang, tak payah pikir ia membazir. Sebab kesihatan itu lebih bernilai. Contohnya, makanan expired. “Nampak elok sangat lagi. Sayang tak makan, membazir”. Bahaya ya kawan-kawan. Agama pon tak suruh kita memudaratkan diri sendiri tau.

2) Letak Makanan yang dah masak atas pinggan makanan yang mentah.

Contoh, goreng ayam. Ayam masak dan letak balik atas pinggan yang ada ayam mentah tadi (dah kosong sebab ayam dah goreng). Salah ya ni.
Penyelesaian : Sentiasa pastikan asingkan makanan mentah dengan makanan yang dah dimasak. Sebab bakteria dalam daging, dan product tenusu (cheese dan telur) yang mentah, boleh berpindah ke pada yang dimasak. Berbahaya!!

<

3) Thawing (nyahbeku) makanan beku pada suhu bilik

Yang ni memang sangat ramai orang buat. Contoh, bila nak masak ayam, kita dok pi letak ayam tu bawah sinki, air mengalir dan biarkan terdedah. Hamboi-hamboi, beranak pinak lah bakteria berganda-ganda dalam ayam tu. Kenapa? Sebab bakteria membiak pada suhu 5C hingga 40C. Pernah dengar kan berita ramai orang mati di kenduri perkahwinan disebabkan oleh makan ayam kenduri yang dijangkiti bakteria Salmonella. Tak sangka kan?

3 meninggal sebab keracunan makanan di kenduri >> Utusan Malaysia
Ayam masak merah dicemari bakteria Salmonella >> Sinar Harian

Penyelesaian: Ada 3 cara selamat untuk nyahbekukan makanan beku.
a) Di dalam peti sejuk (suhu bawah 5C)
b) Di dalam air yang sejuk (suhu bawah 5C juga)
c) Di dalam microwave (guna function defrost)

>

4) Sejukkan makanan, jangan tutup dulu nanti berwap. Dah sejuk baru masukkan peti ais.

Yang ini banyak kontroversi. Ada yang kata betul, ada yang kata ia salah. Memang ada yang menyarankan kita tunggu makanan berwap panas tadi sejuk dulu, barulah tutup. Dah tutup barulah masuk dalam peti ais. Jika memilih cara ini, pastikan dalam sejam tu dah masukkan peti ais. Jika lama-lama, tak elok sebab bakteria dah bermaharajalela.

Ada pendapat lain menyatakan, sejam tu bakteria dah pon beranak pinak dah. Sebab bakteria akan tumbuh bila suhu bawah 40 darjah celcius. Jadi, pendapat kedua pula kata, sejurus selepas masak, terus tutup dengan cling wrap yang selamat untuk makanan, dan minimumkan ruang udara (lekatkan cling terus pada makanan atau kuah) supaya tak ada kondensasi. Masukkan dalam bekas kedap udara dan terus masukkan dalam peti sejuk.

“Wap air tu jadikan makanan basi. Betul ke?” Tak lah. Wap air tu masih panas (bila tutup makanan panas-panas). Jadi bakteria tak tumbuh (ingat, suhu bakteria tumbuh adalah bawah 40C). Jadi wap air tu sebenarnya selamat. Kalau tak nak wap air, pastikan cling wrap tu betul2 sentuh pada kuah @ makananan supaya tak ada kondensasi berlaku.

“Tak rosak ke peti ais kalau masuk terus panas-panas dalam peti ais?” Jawapannya tak. Peti ais zaman modern ni memang dah dibuat untuk cepat sejukkan makanan. So biarlah peti sejuk tu buat kerje diorang. Hehe.

Kat bawah ni video dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan cara menyimpan makanan yang dah dimasak. Kalau ikut video ni, memang suruh sejukkan dulu dalam sejam, sebelum masukkan peti sejuk. Wallahualam. Kalau saya, saya akan terus masukkan peti sejuk panas-panas.
>

Video: Menyimpan Makanan Siap Dimasak Secara Selamat

VIdeo: Menyimpan Makanan Siap Dimasak Secara Selamat.

Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia on Sunday, April 12, 2015

 

5) Basuh telur (ada yang siap rendam telur) dan masukkan dalam peti sejuk

Yang ini salah. Telur sepatutnya dibasuh sejurus sebelum digunakan. Masa beli tu, simpan jek dalam kartun kotak die tu, dan letak jek kat luar. Tak perlu simpan peti pon tak apa. Saya pernah ulas pasal telur ni di artikel ini >> Telur Tak Boleh Dibasuh dan Disimpan Dalam Peti Sejuk

>

Ada yang kata, jangan mengarut ah. Aku hidup jek makan makanan yang terbiar lama kat luar. Hurm… hurm.. lain orang lain ketahanannya. Lain orang lain lasak perutnya. Tak boleh samakan. Ini cumalah guideline yang diberi untuk optimizekan atau maksimumkan keselamatan makanan. Ya mungkin kita tak mati, mungkin takat sikit cirit birit atau sikit muntah. Tapi ingat, ada jek orang mati ya sebab keracunan makanan. Sanggup ke kita perjudikan nyawa anak-anak kecik kita. Kita mungkin dapat tahan. Tapi anak-anak kita, bayi-bayi kita? Dapat ke mereka tahan?

Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berbahaya. Tapi kita sendiri pon janganlah cari penyakit. Ye tak?

Rujukan:

http://www.foodsafety.gov/keep/basics/mistakes/
http://www.wikihow.com/Store-Food-to-Prevent-Food-Poisoning
http://www.chowhound.com/post/wait-til-food-cools-completely-refrigerating-303264
http://www.safekids.co.uk/foodsafetystorage.html
http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/video-menyimpan-makanan-siap-dimasak-secara-selamat/

[1] http://vitamin.ibucergas.com/category/vitamin-untuk-ibu-bersalin/
[2] http://vitamin.ibucergas.com/set-bersalin-shaklee-alahai-murahnya-harga/
[3] http://vitamin.ibucergas.com/harga-set-menyusu-shaklee-amat-berpatutan-juga/
[4] http://vitamin.ibucergas.com/cara-berhenti-merokok/
[5] http://vitamin.ibucergas.com/derita-sakit-bengkak-tonsil-ubat-sakit-tonsil-semulajadi/
[6] http://vitamin.ibucergas.com/cara-hilangkan-gelgata-kaligata-atau-urtikaria-urticaria-atau-hives/


Viewing all articles
Browse latest Browse all 145