Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Shah Alam | Pengedar Vivix Shaklee Shah Alam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 145

Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik

$
0
0

Hah bestkan. Dalam 20 minit pon tanpa sedar sebenarnya memang dah ada side effect yang bagus tak merokok ni. Tahu tak berapa lama nicotine akan berada dalam badan perokok? Jenis nicotine withdrawal macam mana pulak ada dalam badan perokok? Withdrawal ni bermaksud tindakan badan kita nak keluarkan sesuatu dari badan.

Secara fitrahnya badan kita ni pon nak sangat sihat. Sebab tu kalau berhenti sekejap pon, badan kita akan cuba sedaya upaya untuk menyihatkan dirinya semula.

Jom tengok apa akan jadi bila perokok berhenti merokok, hatta untuk 20 minit pon.

20 Minutes Selepas Berhenti Merokok

Effect berhenti merokok ni memang cepat sebenarnya, cume kita jarang appreciate sebab kita tak nampak. Tau tak selepas hanya 20 minit dari rokok terakhir yang anda hisap, degup jantung mula dah jadi normal kembali. Masa menghisap rokok tu, sebenarnya kadar degupan jantung memang sangat meningkat. (CDC, 2004).

2 Jam Selepas Berhenti Merokok

Selepas 2 jam pulak, degupan jantung dan juga tekanan darah menurun ke paras normal paling ketara, hujung jari akan rasa lebih hangat berbanding masa tengah merokok. Hujung-hujung jari kaki pon makin hangat disebabkan pengaliran darah menjadi lancar. Tapi ada beberapa withdrawal effect awal (kesan akibat berhenti merokok) mula terasa, iaitu;

  • Rasa lapar sangat
  • Rasa debar-debar, tension dan frust
  • Pening dan susah nak tidur

12 Jam Selepas Berhenti Merokok

Selepas 12 jam pulak, kandungan bahan kimia karbon monoksida akan sangat berkurang dalam darah dan kandungan oksigen dalam darah pulak akan meningkat ke paras yang normal. Ramai yang tak tahu yang bila kita merokok, tobacco yang dibakar akan melepas kan gas karbon monoksida. Jika gas ini banyak disedut, karbon monoksida ni akan masuk dalam sel darah. Kepekatan gas yang tinggi akan menyebabkan sel darah merah susah untuk membawa oksigen dalam darah dan meningkatkan risiko kepada masalah cardiovaskular atau penyakit berkaitan jantung.  (CDC, 2004).278_quit-smoking-timeline_3 {focus_keyword} Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik 278 quit smoking timeline 3

24 Jam Selepas Berhenti merokok

Kadar serangan sakit jantung di kalangan perokok adalah 70 % lebih tinggi berbanding nonsmokers. Selepas hanya 24 jam berhenti merokok, chances untuk kene sakit serangan sakit jantung tu dah pun menurun!

48 Jam Selepas Berhenti Merokok

Bayangkanlah, tanpa disedari, dalam masa 2 hari (28 jam berhenti merokok), tiba-tiba deria rasa kita start untuk kembali pulih. Makan terasa lebih sedap, deria bau terasa lebih peka! Sedangkan rasa perokok sebenarnya dah kurang peka dengan deria rasa dan bau mereka. (Cleveland Clinic, 2007).

3 Hari Selepas Berhenti Merokok

Paling hebat adalah wakti ini, sebab masa nilah semua nikotin yang diambil 3 hari lepas dah dikeluarkan sepenuhnya dari badan kita. Malangnya, masa ni lah biasnaya perokok akan mula rasa kesan withdrawal effect yang akan memuncak. Masa ni akan rasa mual teruk, muntah, demam, sakit kepala, kejang dan sebagainya. Ada yang sampai tak boleh bangun sebab migrain teruk. Jangan putus asa, terus berhenti dan belanje diri sendiri sesuatu yang best sebagai ganjaran 3 hari berhenti merokok.

2 Hingga 3 Minggu Selepas Berhenti Merokok

Selepas beberapa minggu pula, kita akan perasan yang kita lebih fit dan aktif membuat kerja dan boleh mula bersenam aktiviti fizikal tanpa rasa sakit. Semua ni sebab sel badan mula pulih dan peredaran darah berjalan lancar serta fungsi paru-paru juga bertambah effective dengan mendadak. Masa ni dah mula rasa senang sangat nak sedut udara dan tak ada rasa macam semput-semput. Withdarawal effect tadi pon dah mula berkurang bila masuk minggu ke 2 dan ke 3 ni. (AHA, 2012)

http://www.cdc.gov/tobacco/data_statistics/sgr/2004/posters/20mins/index.htm

1 Hingga 9 Bulan Selepas Berhenti Merokok

Selepas sebulan, paru-paru akan bertambah baik dengan mendadak. Malah paru-paru mula perbaiki sel dirinya dan fungsi paru-paru semakin baik. Dengan itu batuk akan sangat mula berkurang. Sesak nafas atau rasa nafas pendek-pendek tu mula terasa hilang. Biasanya kalau perokok tegar sekalipon, paling cepat withdrawal effect akan memakan masa beberapa bulan. InsyaAllah selepas tu akan baik semuanya.

Setahun Selepas Berhenti Merokok

Kalau tadi berhenti merokok 24 jam pon dah bolrh turunkan risiko serangan sakit jantung, ini berhenti merokok selama setahun, kadar kene serangan sakit jantung ni turun sebanyak 50% berbanding perokok! Tadi kita cakap orang yang merokok berisiko dapat serangan sakit jantung 70% lebih tinggi berbanding bukan somker kan? Nah, berhentilah setahun merokok. Kita dapat 50% peratus turun berbanding mereka yang masih merokok. (CDC, 2004).

Lima Tahun Selepas Berhenti Merokok

Tahukah kita bahawa bahan kimia karbon monoksida yang bertoksik tu yang dilepaskan oleh asap rokok akan membuatkan salur darah kita bertambah sempit? Bila salur darah sempit, risiko untuk kene strok semakin meningkat. Nah, berhenti merokok selama 5 tahun akan kurangkan risiko untuk menghidap strok, sama sja macam orang yang tak pernah merokok. (CDC, 2004).

10 Tahun Selepas Berhenti Merokok

Orang yang merokok memang sangat berisiko menghidap kanser (pelbagai jenis kansr), dan kanser paru-paru adalah yang paling bahaya. Ok, mungkin untuk dapat kanser paru-paru tu mengambil masa sampai 10 tahun merokok baru boleh dapat. Tapi kalau berhenti merokok, kira 50% statistik kata takkan kene lah kanser tu (CDC, 2004). Malah, risiko kanser lain macam kanser mulut, kanser tekak, kanser salur makanan, kanser buah pinggang, kanser hempedu dan kanser pankreas pon sama-sama jadi rendah! Soalannya, nak kanser ke tak nak kanser?

Quitting-and-stop-Smoking {focus_keyword} Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik Quitting and stop Smokingbenefits-of-quitting-smoking {focus_keyword} Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik benefits of quitting smoking

15 Tahun Berhenti Merokok

Kalau dah 15 tahun berhenti merokok, kira macam sama betul dah dengan orang yang tak merokok langsung. Dari segi risiko serangan sakit jantung, kira sama dah macam orang yang tak pernah hisap rokok (CDC, 2004), dalam erti kata lain, memang rendah la untuk kena sakit jantung.

cdc-quit-smoking-facts-1024x643 {focus_keyword} Faedah Berhenti Merokok, 20 Minit Pon Dah Nampak Kesan Baik cdc quit smoking facts

Faedah Berhenti Merokok Jangka Masa Panjang

Dari segi jangka masa panjang, purata orang yang berhenti merokok akan hidup 14 tahun lebih lama berbanding orang yang merokok (AHA, 2011). Jadi, berhentilah merokok sekarang, akan dapat extra faedeah hanyat dan kesihatan lain.

Macam Mana? Dah Bersedia Untuk Behenti Merokok?

Berhenti merokok memang tak mudah, tapi bukan lah mustahil. Memang banyak cabarannya terutama untuk melepasi tahap nicotine withdrawal tu. Tapi, hendak seribu daya, tak hendak memang berjuta dalih.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 145