Saya Pengedar Vivix Taman Pulai Indah dan Pengedar Shaklee Johor Bahru
Saya ialah Pengedar Vivix Shaklee Taman Pulai Indah / agen Shaklee yang sangat komited di kawasan Johor Bahru, Taman Universiti, Skudai, yang sangat sedia untuk membantu anda. Saya sedia membantu anda mendapatkan produk Shaklee berkualiti tinggi tidak kira di mana anda berada.
Saya boleh COD dan juga boleh pos kan kepada anda mengikut masa dan kesesuaian anda.
Akhirnya Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee
Sehinggalah pada 23.8.2015 saya menjadi ahli Shaklee sekadar untuk mencuba Shaklee untuk anak-anak. Saya bermula dengan Nutriferon, Omega Guard, dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan antibodi anak-anak untuk melawan penyakit. Terima kasih kepada Zaleha Abdul Salam yang tak putus-putus memberi konsultansi kepada saya. Pendek kata tak pernah dia jemu melayan pertanyaan saya.
Akhirnya tahun 2017 ini telah merubah hidup saya. Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, anak-anak yang masih bersekolah, suami yang bekerja jauh, mak abah yang selalu sakit-sakit, ayah mertua pula menghidap kanser, saya tersedar bahawa belum terlambat jika saya ingin memulakan bisnes Shaklee demi keluarga yang tercinta. Moga saya masih belum terlambat untuk membahagiakan mereka. Saya perlu membalas jasa dan pengorbanan mereka. Bukan sahaja dari segi kewangan, malah untuk kesihatan mereka. Maka bermulalah perjalanan saya bersama Shaklee.
Dengan konsultansi dan tunjuk ajar dari Mentor Zaleha Abdul Salam dan Mentor Farha Maskuriy, alhamdulillah saya berada dalam bisnes Shaklee pada hari ini. Rasa macam bermimpi yang tak bangun-bangun dari tidur kerana saya kini bukan lagi saya yang dahulu. Dahulu, saya seorang yang buta tentang blog, wordpress, facebook dan instagram. Namun kini saya sudah tahu menggunakan medium-medium tersebut sebagai alat pemasaran saya. Disokong oleh Group Cergas (Farha Maskuriy) saya terus bangkit. Tu belum masuk cerita Group Leaders oleh Master Lyna lagi. Banyak yang saya pelajari dalam Group Leaders. Daripada seorang yang malu untuk berkata-kata, kini rasanya saya sudah boleh berdiri di hadapan khalayak ramai.
Bukan mudah rupanya untuk berbisnes. Namun tiada yang mustahil asalkan kita rajin belajar dan berusaha. Dengan Shaklee, bukan sahaja saya mendapat ilmu tentang kesihatan, ilmu tentang bisnes malah dapat mengeratkan silaturrahim. Apa yang penting ilmu kesihatan itu perlu diamalkan dan dikongsi bersama orang-orang di luar sana supaya kita sedar bahawa setiap penyakit ada penawarnya, namun kita yang perlu mencarinya.
Begitulah bagaimana saya bermula dengan Shaklee dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee. Perlukan tunjuk ajar saya? Boleh sahaja, boleh hubungi saya seperti nombor yang tertera di bawah ye.

The post Pengedar Vivix Shaklee Taman Pulai | Pengedar Shaklee Johor Bahru appeared first on Tips Keluarga Sihat by IbuCergas Dengan Produk Shaklee.