Apa tu Sunburn dan Macam Mana Cara Nak Menghilangkan Sunburn?
Sunburn ni atau orang gelar selar matahari atau kulit terbakar biasanya jadi kepada mereka yang selalu terdedah kepada sinaran matahari. Sinaran matahari mengandungi radiasi ultraviolet. Maka bila mana terdedah dengan radiasi ni dalam tempoh yang panjang semasa melakukan aktiviti luar seperti bersukan, berkayak dan aktiviti-aktiviti lain tanpa penggunaan pelindung kulit; kita akan kena sunburn. Sebab tu lah penting untuk mendapatkan lapisan perlindungan dengan SPF 30 sekurang-kurangnya di Malaysia ni.
Nak tau macam mana matahari tengok kita? Tengok link ini >> SInar UV penyebab Jeragat
Tanda/Gejala Sunburn
Ada banyak peringkat sebenarnya untuk belak sunburn ni.
Kesan sederhana :
- Kulit akan menjadi merah dan sedikit bengkak, terasa pedih
- Terasa Gatal
- Kulit panas dan kering dan rasa kasar
- Mungkin mengalami sedikit kesakitan pada otot kulit
- Kulit akan menggelupas selepas beberapa hari
Kesan teruk :
- Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
- Kulit menjadi sensitif dan terasa sakit pedih bila disentuh
- Demam mungkin juga akan terjadi
- Loya dan sakit kepala
- Rasa sejuk dan lemah badan
Komplikasi Sunburn
Bahay ke sebenarnya sunburn ni? Kalau kesannya sedikit dan sekadar belak sahaja, ia tak bahaya. Tapi sebenarnya jika kita terlalu terdedah dengan cahaya matahari dalam tempoh waktu yang lama, ia akan menyebabkan sunburn di mana ia akan meningkatkan risiko kerosakan kulit dan penyakit tertentu. Ini termasuk jangkitan, penuaan kulit yang pramatang (photoaging), kanser kulit dan kerosakan mata.
Namun ramai tak sedar akan hal ni.
Cara Mencegah Sunburn Daripada Terjadi
Kadang kita memang tak boleh elakkan diri dari terdedah dengan sinaran cahaya matahari. Ya lah, kita pergi ke sekolah, aktiviti sekolah dan aktiviti persatuan, memang akan mendedahkan diri kita kepada cahaya matahari yang banyak. Untuk mereka yang bekerja di luar, memang akan terdedah banyak juga.
Untuk mereka yang bekerja dalam pejabat pun sebenarnya akan terdedah sebab cahaya matahari akan memantul dan kita masih juga sangat berisiko.
Cara untuk mengurangkan risiko terdedah kepada sunburn adalah:
- Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama terutama semasa matahari terik.
- Gunakan pelindung yang sesuai untuk mengelak daripada terkena sinaran matahari yang terik.
- Guna pakaian yang sesuai dan kaca mata hitam untuk mengelak daripada terkena kesan cahaya ultra violet.
- Gunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum membuat sebarang aktiviti di bawah sinaran matahari yang terik.
Vitamin Yang Sesuai Untuk Mengelakkan Sunburn dan Merawat Sunburn ?
Kita sebenarnya boleh mengelakkan sunburn dari terjadi. Sebab tu lah kalau kita perasan, ade je kawan kita tak kene sunburn pon, sedangkan kita dah hitam legam haaa.
Vitamin C
Memang ada kajian siapa yang makan vitamin C dan juga menggunakan krim yang mengandungi Vitamin C akan sangat membantu dari terjadinya sunburn. Sebabnya Vitamin C kaya dengan sifat antioksidan dan melindungi kulit dari sel radikal bebas dari sinar UV yang merosakkan. Vitamin C juga membantu melindungi DNA daripada radical bebas.
Vitamin E
Bila mana kita ada Vitamin E combine sekali dengan vitamin C, sifat antioksidan kuat yanga da pada Vitami E akan melegakan lagi kulit dari sunburn. Tapi gunakan Vitamin E bukan sebagai sapuan. Ia lebih kepada merawat. Sebab kalau jadikan Vitamin E sebagai sunscreen; lagilah Vitamin E ni akan serap sinar UV.
Lycopene
Banyak ada dalam tomato dan juga buah tembikai. Ia sangat membantu melindungi kulit dari sinar UV. Jika product Shaklee, lycopene ada dalam Vitamin Carotomax Shaklee.
Vitamin lain yang membantu melindungi kulit dari sunburn adalah Resveratrol, dan juga minyak ikan. Collagen Shaklee juga membantu bila mana kulit dah pon belak dan rosak akibat sunburn terbakar dek matahari.
Testimonial Menghilangkan Sunburn Paling Cepat dengan Shaklee
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar Shaklee sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:
>KLIK SINI UNTUK SENARAI PENUH PAKEJ SHAKLEE dan SINI UNTUK SENARAI HARGA SHAKLEE. 1001 Sebab Kenapa Anda Wajib Jadi Ahli Shaklee. “Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga!Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”
The post Cara Menghilangkan Sunburn Paling Cepat dan Berkesan dan Selamat appeared first on Pengedar Shaklee Shah Alam | Pengedar Vivix Shaklee Shah Alam.